Jumaat, 11 Mei 2018

hari keramat

ahli UMNO, perlu muhasabah diri... jangan shock lama sangat...

hari ini... hari keramat itu lahir... 72 tahun...
muda lagi dari Tun M..   hari ni UMNO lahir semula, 
setelah semalam tumbang.... 

hari ni juga... hari permulaan untuk UMNO berkubur di Sabah..... bila ramai yang mulai lompat-lompat...

cantik sungguh perjalanan UMNO ni... Tun M mulakan kewujudan UMNO di Sabah... Tun M juga yang bakal menguburkan UMNO di sana..... mungkin ka juga UMNO yang Tun hidupkan semula tahun 1988 ni juga akan berkubur....

sebelum tu.... video lama ni...


kalau dengar, kata akar umbi... UMNO mungkin masih gagah menerajui pemerintahan negara. tapi disebabkan sudah mabuk kuasa, hidup melambung dengan pujian, di kelilingi lagi jenderal-jenderal yang sentiasa nyaman berada di atas puncak, pantang mendengar kritikan terhadap orang nombor 1 negara, melenting dan tendang keluar siapa saja yang cuba ganggu PM...
hasilnya.... 

tsunami mula berkocak, bila MB kedah disingkirkan... tiada siapa yang cuba pertahankan, semua nak jaga periuk nasi... makin parah bila TPM pun ditendang keluar...

UMNO makin lemah... takut ja berkubur nanti... kalau betul akan diharamkan... x pa... tubuh semula, jenama semula... United Malay National Organisation... tukar kepada Melayu ( Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu )...
mungkin dapat berkat...

sebelum tu... mantan PM, DS Najib kenalah berundur... (banyak PEMUDA UMNO dah berani bersuara) juga kepimpinan tertinggi UMNO. selagi kelompok ni yang terajui, UMNO pasti tinggal sejarah ja.. betul-betul akan hilang..

Kesalahan dan kegagalan yang dilakukan pasti akan jadi sejarah dan ingatan anak cucu cicit nanti.. era DS telah berlalu, biarlah orang lain pula yang menggalas tugas. jadi dengarlah cakap akar umbi, demi kebaikan agama, bangsa dan tanah air.

( nak berehat... sehinggalah UMNO dapat bernafas kembali dengan tenang... oh..ya.. cepat-cepatlah buat PAU... kali ni undang-undang mengarut tak boleh cabar presiden tu mesti buang )

Apa pun.. kalau PH dapat buat kerja lebih baik dari BN, nampak gayanya.. akan kekallah BN sebagai pembangkang... mungkin akan hilang lagi negeri yang lain..

assalam semua





Khamis, 10 Mei 2018

sejarah tercipta...

Tahniah Tun M


Selamat menggalas semula jawatan PM. Semoga dengan kebijakan Tun M akan dapat memakmurkan negara dan melimpahkan kesejahteraan kepada rakyat.

Semoga janji semasa PRU14 dapat dilaksanakan. Suasana sudah berbeza, PH akan bekerja dan BN pula kemungkinan besar akan sibuk dengan ceramah. Berganti tempat.


untuk BN, perjuangan belum berakhir. PRU14 satu cara Allah menarik balik nikmat yang diberi. Ada yang angkuh, sombong, tikam belakang, rasuah, kroni dan macam-macam lagi. PRU yang baru lepas, menunjukkan, betapa besar kuasa rakyat. Moga ini memberi kesedaran, benarlah apa yang pernah Tun M ucapkan dulu, akhirnya berlaku.

yang angkat pemimpin, akar umbi... jadi jangan masih ada perasaan syok sendiri. Dengar apa saja luahan akar umbi. Kalau buat salah, akui kesalahan, sentiasa telus, sebab bila banyak diam, akan wujud bermacam-macam persepsi. tapi yang ini, tidak ditangani dengan sewajarnya, pemimpin yang baik ditendang keluar, pemimpin kuat kipas dapat tempat utama, ahli menegur kepimpinan, akan dibanlah... pemimpin mesti dipuja, disanjung...

untuk PH, berjuanglah demi agama, bangsa dan negara.. di bahu kalian negara ini disandarkan. Peganglah amanah, sebab kalau tidak, kalian juga akan tersungkur..

TSUNAMI MELAYU, akhirnya merobohkan juga pegangan terakhir BN. 

akhirnya....


                                                  dengan banyak negeri tumbang....



kemungkinan besar, Mahathir akan kembali menjadi PM. Jika menjadi kenyataan, semoga dapat mentadbir negara tercinta ini dengan saksama, adil dan sentiasa mendahulukan agama, bangsa dan tanah air..

tapi... penjumlahan kerusi masih lagi berlangsung.... 
yang pasti.... Penang, Selangor masih dalam genggaman PH. Johor, N9, dan Perak kemungkinan besar akan jatuh ke tangan PH...

Nanti update lagi... 


Rabu, 9 Mei 2018

tiba-tiba ja..


ghaib... siapa punya kerja ni...



RBA la ni... takut sangat....

Insya Allah... BN akan kekal memerintah esok...

ayuh... aminkan kemenangan BN demi agama, bangsa dan negara....

amin...!!!

Festival

Festival Pilihanraya Malaysia....

dirayakan 5 tahun sekali, lebih lama dari world cup...

apa pun, selamat mengundi....


ingatan mesra 

Mahathir buat menara berkembar petronas...
kita hanya mampu tengok ja.... nak gunapakai.... berapa kerat ja Melayu Bumiputera yang mampu duduk sewa di sana...

Najib baiki sistem pengangkutan... 
semua rakyat boleh guna.... memudahkan, banyak lagi la lepas ni... semua untuk rakyat... dah tahu 10 tahun akan datang, dengan kereta yang tiap tahun bertambah, jalan pasti jem gila.. solusi.. kena baiki sistem pengangkutan dari sekarang... manfaatnya... banyak... 

untuk yang akan mengundi... kalau anda penyokong kuat Pakatan Harapan, lihat anda sendiri, mungkin anda penerima BRIM, anak-anak dapat bantuan kewangan, sekolah percuma, biasiswa dan PTPTN, tinggal mungkin di rumah PPRT atau PRIMA, terima subsidi barangan terpilih.... kesihatan percuma, banyak lagi la.... masih tak bersyukur lagi....

hidup kita aman damai... sihat sejahtera... tak macam negara Arab... orang luar berbondong-bondong datang Malaysia sebab senang sangat cari rezeki, kehidupan boleh mewah kalau rajin... cuma, ada di kalangan kita saja yang bila tak dapat kerja... menyalak salahkan kerajaan... jual nasi lemak pun dihina....

Ayuh... bangkit rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.... pilihlah kerajaan yang sentiasa menjaga kesejahteraan rakyat, bukan para pemimpin dari kerajaan yang sentiasa menabur fitnah, caci maki sentiasa menyalahkan orang lain... anggap dia saja yang sempurna...

untuk PRU14 ni... kita kuburkan ahli politik yang gila kuasa, macam Tun M.... memang benarlah... kata-kata PAN sekular dulu, Mahathir itu mahazalim... tak cukup menzalimi rakyat... sekarang sedang menzalimi diri sendiri....ingatlah....kata-kata terakhir dulu... semasa PAU...

"dah lama dah.." buat orang sedih. rupanya sandiwara. dibalik senyum rupanya...


ada racun maha bisa... 
moga saja, bisa racun itu untuk para pemimpin pembangkang... yang mematikan dan menguburkan terus hayat politik mereka... para pemimpin yang rasis, kroni, anti melayu, anti islam, suka fitnah, suka caci maki... sebab tak pernah menghargai nikmat hidup di Malaysia..

selamat mengundi...

Adakah esok milik BN...?


INSYA ALLAH..

KUALA LUMPUR 8 Mei - Barisan Nasional (BN) yakin mengekalkan kuasa persekutuan dalam apa yang disifatkan sebagai pilihan raya yang menyaksikan pertembungan paling banyak penjuru dalam sejarah politik negara, menurut kaji selidik oleh firma tinjauan pendapat awam, Merdeka Center.

selanjutnya...


kalau benar, syukur alhamdulillah....
ada lagi.....
berita baik untuk rakyat Malaysia yang memastikan BN menerajui negara... 
yang ni tak pilih kasih, sama rata dapat.. dia penyokong BN ka atau dari puak pembangkang... sama ja dapat...

sebelum ni, untuk penjawat awam dapat 1 kenaikan gaji... jadi tahun ni saja ada dua kenaikan...
banyak sangat yang dibagi untuk rakyat.. nikmat ni perlu untuk disyukuri..
ini pun masih lagi zalim.... tak tahulah apa yang ada dalam kotak kepala puak pembangkang ni.... dah macam Rafizi, suka sangat tabur fitnah..... 
ni fitnah dia yang sangat popular.... tak pasal-pasal rakyat Malaysia dapat dosa MLM... semuanya gara-gara Rafizi.... jadi lepas ni, Rafizi muhasabah dirilah.... kenapa tak dapat bertanding dalam PRU14 ni, sebab fitnah yang dijaja... itu peringatan dari Yang Maha Kuasa... 


mungkin lepas ni, banyak lagi la orang-orang politik pembangkang yang akan tumbang dalam PRU 14, termasuklah karier politik Tun M... penamat karier politik yang amat menyedihkan bila bersekongkol dengan DAP...

Selasa, 8 Mei 2018

alangkah...

alangkah baiknya kalau... Tun M...
macam dalam gambar di bawah ni saja... lebih banyak ke masjid..
bukan sibuk di pentas ceramah....
dulu... dia jadi idola sangat...

sinonim sangat Tun M dengan Malaysia...
dengan pembangunan... dengan kemajuan yang dicapai... nama Malaysia pun dikenali...

tapi..
di akhir usia emas...
banyak habiskan masa dengan beribadat... itulah yang jadi harapan.. rakyat Malaysia.. menyanjung seorang negarawan ulung..

dulu, semasa Semangat 46 ditubuhkan... marah sangat bila Tunku sokong Semangat 46.. marah sangat... sanggup khianat parti.. bekas PM sokong pembangkang...  tak terbayang sungguh...

kini, senario suddah terbalik....Tun M pulak jadi kuda tunggangan pembangkang...

nyatanya Tun M lebih dahsyat dari Tunku. Gabung dengan DAP... dengan Kit Siang.. musuh politik yang ........ semua dah taulah, DAP itu parti apa.

tak pernah terbayang, Tun M akan bergandingan tangan menjahanamkan parti yang pernah diterajuinya dulu..

nak maki pun, tak sanggup... kang jadi macam mulut puak-puak pembangkang pulak.
kemudian, sepakat lagi dengan PKR. demi mencapai talian nyawa dalam politik, sanggup buat apa saja.

ini yang buat terfikir, tuduhan Mahathir terhadap Nuar. yang sumbatkan Nuar ke penjara. Betul atau tidak.. hanya Allah yang tahu...

Kemudian, sepakat lagi dengan PAN, yang selama ni cuba menguasai PAS, namun gagal... orang-orang ni selama ni menghina, mencemuh dan mencaci era pemerintahan Tun.

PRU 14 ni lah dapat bongkar wajah-wajah sebenar ahli politik. Berjuang untuk rakyat atau semata-mata untuk diri sendiri. yang rasis, yang perkauman tu, mesti tolak.. Malaysia dan maju, ekonomi dah baik... rakyat makmur dan sejahtera... pilih pemimpin yang fokus untuk memajukan negara, agar rakyat dapat hidup aman dan sejahtera.

namun... nampaknya Tun lebih memilih untuk dihina dan dicaci.. mungkin sampai akhir hayat.


sedih, orang kapir pandang Tun M hina sangat... klu diorang ni jujur dan ikhlas... patut sediakan kawasan majoriti pengundi Cina untuk Tun bertanding. Langkawi mungkin penamat bagi karier politik Tun..


walau Tun dah beralih arah... tapi, sedih sangat tengok... tapi itulah pilihan Tun. hanya doa untuk Tun saja semoga kembali sedar. Lupakanlah nikmat duniawi ni, kembali kepada kenikmatan yang lebih hakiki.


Isnin, 7 Mei 2018

tsunami Melayu

benarkah akan wujud...



tsunami pengundi Melayu...

persis seperti tsunami pengundi Cina, yang 90% menolak BN, serta pengundi India, lebih separuh memilih pembangkang...

Tsunami Pengundi Melayu

Yang pasti, PAN dan Bersatu, belum cukup kuat seperti PAS, untuk jadi pelengkap yang dapat menjatuhkan BN. Bila PAS keluar daripada Pakatan Harapan, bertanding secara sendirian, kemungkinan besar, kerusi-kerusi majoriti Melayu yang dimenangi pembangkang PRU13 lalu, akan kembali kepada BN. Yang boleh menang, yang MIX dengan pengundi Cina dan India.

Melayu patut sedar... patut sedar agenda DAP



zalim sangatkah BN hingga ada yang mati tak cukup makan di Malaysia ni, yang mati sebab terlebih makan ada la... di mana BN menzalimi rakyat. Rakyat Malaysia patut bersyukur... tinggal kuasa ja yang tinggal... kalau ni terlepas...



Ahad, 6 Mei 2018

seperti api

fitnah... seperti api... jika tak dipadam... habis semua musnah....

mungkin pembangkang akan menang banyak jika tidak bergelumang dengan fitnah....

tapi.... kalau tak fitnah.... 

lagi la tak boleh menang.... sebab tak ada isu...


politik la cara sihat... raih sokongan tanpa perlu menceritakan aib dan keburukan individu... kalau betul tak apa la.... yang jadi apa-apa, bila cerita tak betul... kan dah fitnah namanya.... 


ingat... dosa fitnah tu besar.... berapa ramai orang yang turut berbuat dosa, menjadi ejen menyebarkan fitnah..... 

Khamis, 3 Mei 2018

Malaysia yang...



sering ni terdengar.... Malaysia akan bangkrap, muflis, jatuh miskin disebabkan terlalu boros berbelanja...

kebetulan lagi nilai RM jatuh.... makin kuatlah persepsi yang negara akan bangkrap... RM tak laku la... RM tak boleh guna la...

nilai RM jatuh ni, bukan dialami oleh Malaysia saja... majoriti negara-negara lain... disebabkan nilai USD yang kuat dan mengukuh... dalam urusan matawang... nilai mata wang akan sentiasa berubah-ubah.. kecuali nilai matawang itu diikat.... macam era Tun M dulu...

dekat PRU14 ni tak pulak dengar....



betul ka negara akan bangkrap..... ada baiknya baca apa yang veteran DAP di atas cakap....

dengar juga dia cakap tentang DS Najib dan 1MDB....



kalau dah yakin, pangkahlah...






Siapa sokong BN atas keyakinan dia maka sokonglah.
Siapa sokong PAS atas keyakinan dia maka sokonglah.
Siapa sokong PH atas keyakinan dia maka sokonglah.
Itulah asas demokrasi.
Jangan kutuk, jangan caci, jangan maki ,jangan fitnah
raikan perbezaan dan eratkan persaudaraan.
Kawan tetap kawan itu pasti, tapi Lawan tetap lawan hanya Sokong politik, kita sakit kawan datang ziarah 
kita mati kawan datang ziarah sembahyang jenazah kita hantar ke kubur, talkin kawan aminkan tahlil pun kawan kita, yg kita sokong menang tak datang pun, jadi jgn taksub pada calon/parti

 #malaysiamengundi

Selasa, 1 Mei 2018

menang

PAS dah menang moral....

lepas ni jangan lagi jaja cerita ni.... dosa fitnah ja dapat...

menang saman fitnah


ingat tu, kempen raih penyokong dan undi, biarlah jujur dan ikhlas dilakukan kerana Allah....

Ahad, 29 April 2018

selamat


Penamaan calon dah selesai.... tinggal nak buang undi ja... tahniah dan selamat untuk yang jadi calon... kempenlah dengan jujur, amanah dan ikhlas...


Image result for pru 14 2018

pastinya yang jadi calon.... senyum sampai ke telinga.. masa ni lah jadi orang yang baik sangat, semua lawan tak baik... hanya dia sorang ja yang baik...

tapi kalau dia memang baik, sentiasa baik... moga-moga diberi peluang jadi YB, akan bertambah baik, baik kepada orang-orang yang mengundinya... kebaikannya pasti akan menebar, ke serata muka bumi... yang untung... pasti negaraku tercinta... Malaysia..

masa kempen ni... gunakanlah sebaiknya...elakkan fitnah, sebab ni salah satu punca kekalahan, kalau tak diri sendiri kalah, parti yang diwakili pula tumbang...

apa pun... yang tak dapat jadi calon, terutamanya yang disebabkan oleh kecuaian sendiri... terimalah hakikat. janganlah bersedih, panjang umur, 5 tahun lagi boleh lah jadi calon.... dampingilah penyokong yang kempunan nak buang undi nanti.... sepanjang 5 tahun nanti... bukan nak dekat PRU baru nampak batang hidung....

antara kecuaian yang menyebabkan tak dapat jadi calon atau hampir tak dapat jadi calon....

ada pula calon, ic pun boleh tertinggal.... nervous sangat sampai lupa benda penting.. hampir2 jadi PATI, nasib baik tak kena angkut balai... kalau tak, melepas jadi calon...

Rabu, 10 Januari 2018

ermmmm...





lega sikit la...

minyak turun...

tapi minggu depan.... tak tahu lagi...




tapi yang ni entah apa-apa...

tapi baik juga.... dalam politik, macam-macam bole jadi...

jadi kem sebelah nampak macam terdesak.... tinggal saja bn kena naikkan imej, jangan ada lagi kes macam tanah felda...

rakyat nampak pun macam...... nak balun ja penyamun-penyamun tu.

Blogger 1

bmf

bmf