Isnin, 30 April 2012

Ambiga dah kena...

Ambabiga ni kata: Duduk diam-diam aja untuk tunjuk protes.


Tapi BABI kat bawah ni ambil kredit, dengan mengapi-apikan pemuda-pemuda yang buat demo tu. konon nak tawan Dataran Merdeka sebagai simbolik menjatuhkan kerajaan BN.


Hasilnya, berlaku rusuhan dan polis dibelasah dengan teruk. Selesai demo BERSIH3, yang makan tahi BABI tentu sekalilah Ambabiga. Bukan BABI sebab BABI bukan penganjur. Pandai sungguh BABI ni bagi makan tahi yang dia berak tepi jalan. Pandai sungguh dia mengelak dari dikenakan tindakan.

Buat Ambabiga pulak, padan muka. BABI ni bukan hanya pandai liwat secara real tapi juga mampu meliwat secara halus.

Ahad, 29 April 2012

Dah Tamat

Drama BERSIH dah tamat. 

sekarang giliran KDN dan menteri yang bertanggungjawab pulak ambil tindakan terhadap penganjur. polis yang cedera parah tu sapa nak dipertanggungjawabkan. dia pun ada mak bapa, ada keluarga. Kalau berlaku kematian, sapa yang nak tanggung keluarga dia cam dia dapat gaji tiap-tiap bulan.



                                            -   jangan kata ( isu ni kecil aja )

Jangan dok tunggu dan lihat aja. nanti rakyat tambah amarah dan bagi kerajaan Malaysia ni pada Pakatan Rakyat. Kalau BN jadi pembangkang, sudah pasti keadaan Malaysia akan aman damai sebab BN tidak diajar untuk buat demo secara ganas. Itu kena fikir. aku pun malas sangat nak cakap. undang-undang dah jelas, masih lagi guna batang lembut untuk ajar pengkhianat-pengkhianat negara ni. 

Sabtu, 28 April 2012

sakit hati betul lah...

sakit hati betul tengok.... pembangkang nak jadikan Malaysia ni macam kat Mesir pulak. siap nak tawan Dataran Merdeka lagi...

sepatutnya hanya ini...


tapi jadi begini....




kalau dah kerasukan dajal-dajal ni..


B.A.B.I & AmBABIga.... undang-undang dan peraturan boleh langgar...

Khamis, 26 April 2012

Darah putih Nuar...

Malam ni tentu Nuar sakit kepala. Mesti kena cari jambu atau china doll untuk bagi hilang sakit kepala, darah putih dah menggelegak nak terpancut....


semuanya, gara-gara orang ni...



Naib Pengerusi DAP bantah himpunan Bersih 3.0
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan KAMIL MASLIH

KUALA LUMPUR 26 April - Seorang ahli Dewan Negara mewakili pembangkang menggemparkan sesi persidangan dewan apabila secara terbuka membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Ketika bangun membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, ahli Dewan Negara berkenaan, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang juga Naib Pengerusi DAP menyatakan pendirian tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian beliau terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara.

“Pada prinsipnya demonstrasi jalanan saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja dan tinggal di banyak negara, semua demonstrasi kononnya mula dengan aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi perang.

“Saya secara rekodnya, saya bantah, tak sokong bersih," katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parlimen, beliau menjelaskan bantahan itu adalah atas dasar pengalaman peribadinya apabila melihat banyak demonstrasi aman bertukar ganas.

“Sekiranya sesuatu berlaku, siapa yang akan bertanggungjawab? Penganjur dan individu terlibat tidak akan berada di sana. Siapa yang akan menjaga mereka yang terkorban dan mengalami kecederaan?

“Matlamatnya adalah untuk menyalahkan pihak berkuasa dan ini adalah tidak adil," tegasnya.

Beliau kemudiannya menempelak segelintir ahli Parlimen yang akan menyertai demonstrasi itu kerana hanya menggalakkan masyarakat di negara ini melanggar undang-undang.

“Jika ada undang-undang yang tidak baik, kita ada saluran lain seperti Parlimen. Jangan langgar undang-undang. Kita hanya menggalakkan orang melanggar undang-undang sedangkan kita sepatutnya menjadi pembuat undang-undang.

“Ini jelas bertentangan sama sekali," tambahnya. - UTUSAN

Rabu, 25 April 2012

Bahaya

bahaya sokong membuta tuli........


sokong BERSIH 3, bermakna sokong perjuangan betina haramjadah ni.......


apa perjuangan betina haramjadah ni...


1. sokong kebebasan untuk Lesbian, Gay, Bisek, Transexual


2. sokong orang murtad


3. sokong kebebasan beragama


4. memperlecehkan sistem kehakiman dan perundangan negara

Selasa, 24 April 2012

Upin & Ipin rugi

Upin & Ipin ditangguhkan. Tangguh bermakna mengundang kerugian... semuanya gara-gara demo...


sokong bersih maknanya sokong LGBT, sokong kebebasan beragama, sokong memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum, sokong Ambiga sebagai pejuang yang bakal memusnahkan negara dengan agenda yahudi.

sian Upin Ipin



Upin & Ipin ditangguh
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TAHUN lalu, tiga persembahan teater terbitan CTRA Production yang dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan kerana ‘Perhimpunan Bersih’.

Antaranya, teater Mak Dara Nyonya yang diterajui Juhara Ayob, Misha Omar, Sarimah Ibrahim dan Fara Fauzana yang mendapat sambutan hangat peminat teater tanah air.

Ketika dihubungi, Penerbit�nya, Siti Rohayah Attan berkata, pihaknya menganggarkan mengalami kerugian sekitar RM150,000, ketika itu. Terbaru, kata Rohayah, pementasan dengan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Upin & Ipin The Musical pula bakal menerima nasib sama apabila Bersih 3.0 diumumkan akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April ini.

“Pihak produksi bakal menanggung kerugian sekitar RM450,000 apabila dua pementasan Upin & Ipin di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan pada 28 April.


“Seluruh warga produksi juga berasa sangat kecewa kerana tiket pada tarikh itu sudah terjual sebanyak 80 peratus pada sebelah malam dan 60 peratus bagi persembahan siang yang akan dipentaskan dalam bahasa Inggeris.


“Apa yang menyedihkan, kebanyakan penonton yang membeli tiket pada tarikh berkenaan datang secara berkumpulan dari luar kota iaitu Segamat, Ipoh, Pulau Pinang dan Terengganu,” katanya.

Justeru, kata Siti Rohayah lagi, pihaknya terpaksa mengambil langkah segera dengan memilih tarikh baru iaitu pada 1 Mei bagi persembahan siang dalam bahasa Inggeris dan 7 Mei bagi persembahan sebelah malam.

“Langkah yang tidak diduga ini sudah tentu membabitkan penambahan kos dari segi penyewaan ruang, bayaran tambahan kepada pelakon dan tenaga produksi, peningkatan sewa peralatan teknikal, logistik dan sebagainya.

“Penonton yang sudah membeli tiket untuk 28 April ini boleh menukar tarikh tiket mereka pada tarikh baru atau boleh meminta wang mereka dikembalikan melalui ejen tiket iaitu Smart Mobile (ticket2u.biz),” katanya.

Sekalipun kecewa kerana terpaksa berdepan dengan kehendak segelintir masyarakat berlainan fahaman politik, Rohayah berkata, dia melihat apa yang berlaku itu sebagai cabaran dalam memartabat�kan pentas teater tanah air.

“Dua puluh tahun saya terbabit dalam bidang teater dan menerbitkan hampir 30 persembahan di seluruh negara, bukan sedikit cabaran yang perlu dilalui. Bukan saja terpaksa menunda dan membatalkan persembahan, malah pernah ditipu ratusan ribu ringgit oleh penaja di luar sana.

“Sebab itu, saya beranggapan apa yang bakal terjadi dalam Upin & Ipin The Musical atas kehendak Allah yang mahu mematangkan lagi saya dan pasukan produksi dalam mencari rezeki halal,” katanya.

Antara teater terbitan CTRA Production sebelum ini ialah Muzikal Tun Mahathir, Muzikal Lantai T Pinkie, Dejavu, Bukan Dejavu, Anugerah, Muzikal Gamat, Bulan Menangis dan Muzikal Ibu Zain.

Upin & Ipin The Musical yang berdasarkan siri televisyen popular Upin & Ipin dan ditaja KPJ Healthcare Berhad ini mula dipentaskan di IB bermula 14 April lalu sehingga 7 Mei nanti.

Keterangan lanjut mengenai teater ini bolehlah melayari www.ticket2u.biz.

Derhaka

Tuntut lepas jawatan YDP MAIPP maknanya derhaka kepada.....



Tuntut lepas jawatan HAL EHWAL AGAMA, PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA, derhaka pada ....



Isu jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang: Tuntut PKR, DAP tunai janji pilihan raya

GEORGETOWN: PAS mahu Abdul Malik Abul Kassim melepaskan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) walaupun beliau sudah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Februari lalu.

Ini bagi membolehkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man, yang kini memegang jawatan Timbalan YDP MAIPP, dilantik menggantikan Abdul Malik.

Abdul Malik yang juga EXCO Agama, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung dan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, dilantik memegang jawatan YDP MAIPP selama dua tahun, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Mohd Salleh berkata, PAS Pulau Pinang berpendirian bahawa Abdul Malik wajar mengosongkan jawatan itu segera dengan apa cara sekalipun bagi melancarkan pentadbiran MAIPP.

“Itulah (meletak jawatan) yang terbaik baginya,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Mohd Salleh yang mempengerusikan mesyuarat pertama MAIPP kelmarin, atas kapasitinya sebagai Timbalan YDP, berkata pengosongan jawatan itu seiring dengan pengakuan kerajaan negeri yang tersilap memperakukan nama Abdul Malik sebagai YDP MAIPP kepada Istana Negara.

“(Timbalan Ketua Menteri I) Datuk Mansor (Othman) pun sudah mengakui silap (memperakukan nama Abdul Malik kepada Istana Negara) dan wajarlah beliau (Abdul Malik) melepaskan jawatan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu.


Rabu lalu, Mansor mengakui kerajaan negeri melakukan kesilapan apabila memperakukan nama Abdul Malik sebagai YDP MAIPP kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 22 Disember lalu bagi menggantikan Ellias Zakaria.

Berikutan itu, kerajaan negeri memperakukan senarai nama kedua dengan menamakan Mohd Salleh sebagai YDP MAIPP.

Bagaimanapun, masalah timbul kerana Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan Abdul Malik sebagai YDP MAIPP berdasarkan perakuan pertama oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri mengemukakan senarai kedua dengan memperakukan Mohd Salleh sebagai YDP MAIPP kerana mahu menunaikan janji kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir pada 2009 yang berjanji melantik Mohd Salleh jika beliau menang.

Kini kerajaan negeri berusaha untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk merayu bagi membolehkan Mohd Salleh menggantikan Abdul Malik.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa, mengakui kepemimpinan PAS Pusat tidak senang dengan kemelut yang berlaku dan mahu PKR serta DAP menunaikan janji memberikan jawatan itu kepada PAS.

Abdul Malik ketika dihubungi pula berkata, PAS berhak membuat kenyataan memintanya mengosongkan jawatan berkenaan.

“Itu hak dia untuk membuat kenyataan,” katanya yang enggan mengulas lanjut isu berkenaan. BH

Isnin, 23 April 2012

Ujian dari Allah

Ujian dari Maha Esa. Semoga cepat sembuh dan dapat berbakti kepada masyarakat.



Azizah Mohd. Dun stabil, alami kesakitan ringan


KOTA KINABALU 23 April - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun yang terlibat dalam kemalangan awal pagi semalam berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami kesakitan ringan.

Pakar Runding Bedah Saraf dan Tulang Belakang Hospital Queen Elizabeth 2, Dr. Pulivendhan Sellamuthu yang merawat Azizah berkata, Azizah mengalami sedikit trauma dan diberi rehat secukupnya sebelum dibenarkan keluar dari hospital.

"Datuk mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian atas bahu dan belakangnya. Beliau dalam keadaan stabil dan amat baik kecuali rasa sakit itu," katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang menziarahi Azizah di hospital itu hari ini.

Dr. Pulivendhan, yang juga memberi taklimat perkembangan Azizah kepada Musa berkata, kesakitan dialami menteri kabinet Sabah itu perlu mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.
Dalam kejadian pukul 7.45 pagi, kereta yang dipandu pemandu Azizah, Yousriesyah Hujin, 33, tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki arah bertentangan dan melanggar besi penghadang jalan berdekatan Hotel Airport View, di KM6, Jalan Kepayan di sini.

Yousriesyah kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 dekat sini dan keadaannya juga stabil manakala pengawal peribadinya, Sairun Hamid, 51, masih memerlukan rawatan rapi susulan kaki kirinya dipotong akibat tersepit.
Musa juga menziarahi Sairun yang masih menerima rawatan di hospital itu.

Isteri Sairun, Norazlin Mohd Amin, ketika ditemui pemberita berkata suaminya juga masih memerlukan rawatan lanjut ekoran kaki kanan Sairun mengalami keretakan.

"Kami tunggu keputusan doktor berhubung keadaan kaki kanannya. Setakat ini kondisinya okay... semangat dia masih kuat dan semua pihak harus terus beri sokongan dan mendoakan yang terbaik untuknya," katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Norazlin berkata beliau bergegas pulang ke Kota Kinabalu sejurus menerima panggilan daripada kawan suaminya tentang kemalangan itu pada pukul 9 pagi semalam. - BERNAMA

Ahad, 22 April 2012

Bingung



Pilih satu sahaja sebagai pilihan anda.

A. YDP MAIPP

B. EXCO Negeri Pulau Pinang
(Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna).

Sabtu, 21 April 2012

Sebab fitnah mati...

Kematian Bob Kuman palsu, Bob masih sihat


2012/04/21
KUALA LUMPUR: Khabar angin mengenai kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang disebarkan melalui beberapa laman sosial hari ini disahkan palsu.

Rakan baiknya, Mohd Razali Harun, 39, berkata Bob Kuman masih sihat dan kini berada di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara.
"Saya amat kesal dengan penyebaran khabar angin seperti ini dan sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada Bob.
"Saya berada di sisi beliau ketika mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut dan ingin saya jelaskan di sini bahawa Bob sihat walaupun dibantu alat pernafasan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, tahap kesihatan Bob kini sentiasa dipantau oleh pembantu perubatan di rumahnya.

Seorang rakan artis, Richie Rachman ketika dihubungi berkata, perbuatan menyebarkan berita palsu seperti ini adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.

"Soal hidup dan mati memang tidak boleh dibuat main-main tidak kira sama ada artis ataupun orang biasa dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku," katanya. - BERNAMA


adakah sebab ini, maka berita kematian Bob Kuman disebarkan. Kalau dah sesat, kematian pun boleh dibuat main-main.



Jumaat, 20 April 2012

Haram jadi Halal

Ni sebablah kenapa mahasewel SMM tu buat demo. Bila dah hapuskan PTPTN, hutang dah kira langsai. Haram dah jadi halal.



Haram tidak bayar pinjaman PTPTN - Mufti Pahang


BENTONG 20 April - Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman.


Beliau berkata mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.


"Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat sini, hari ini.


Katanya peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. - BERNAMA

Khamis, 19 April 2012

Kantoi, mau kencing lagi






Kalau tak kecoh, PKR ni tentunya akan diam saja. PKR ni mana mahu bagi orang PAS jaga Islam. PKR mana percaya pada PAS untuk tegakkan syiar Islam. Macam kat Selangor, sebab tak mahu PAS terajui Islam, MB sendiri yang pegang. MB tu dari PKR.

Rumusannya, senang aja. PKR tak mahu PAS ganggu aktiviti-aktiviti haram, macam yang kat Selangor tu. Kalau PKR pegang, boleh tutup mata.

Isu di Pulau Penang, boleh orang PKR ni kata silap syor nama. Dah kantoi nak bolot semua, nak mengencing lagi. Kalau yang ni orang PAS percaya, memang sahlah, orang PAS ni kaki minum air kencing orang PKR

YDP MAINPP: Pulau Pinang akui silap syor nama
MOHD ISKANDAR OTHMAN
19 April 2012
Mansor (tengah) bersama dengan Salleh (lima, kanan) dan Malik (tiga, kanan) pada sidang media semala

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri mengakui telah melakukan kesilapan dengan mencadangkan nama Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) walaupun sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) pernah berjanji akan menamakan Pesuruhjaya Pas Negeri itu, Datuk Mohd Salleh Man.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Abdul Malik sebagai YDP MAINPP ketika itu dibuat disebabkan tidak mahu berhadapan dengan 'kesukaran' dalam pelantikan jawatan itu seperti yang pernah terjadi sebelum ini apabila cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Mohd Salleh tidak diterima.

“Kita mengakui kesilapan kita dengan menghantar nama Abdul Malik berikutan beliau menjawat jawatan Exco Agama dalam Kerajaan Negeri," kata beliau yang juga Naib Presiden PKR.

"Kita lakukan sebab pertimbangan kita ketika itu dan mengambil kira pengalaman pahit yang kita pernah lalui sebelum ini ketika zaman Datuk Shabudin Yahya memegang jawatan YDP.

"Walaupun pada peringkat mula kita telah mempunyai nama calon YDP sendiri namun usaha selama dua tahun untuk menggantikan calon YDP pilihan kita tidak kesampaian," katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir Mohd Salleh dan Abdul Malik.

Pada sidang media berkenaan Mansor menjelaskan terdapat kekeliruan berbangkit apabila watikah pelantikan daripada Istana Negera telah melantik Abdul Malik sebagai YDP MAINPP sedangkan Kerajaan Negeri telah mengutuskan surat rayuan pada 20 Januari lalu bagi mencadangkan Mohd Salleh dilantik sebagai YDP MAINPP.

Mansor berkata, Kerajaan Negeri telah membuat rayuan dan memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mendapatkan perkenan melantik YDP yang baru itu, namun sehingga kini hasrat Kerajaan Negeri itu belum tercapai apabila pihak istana tidak dapat menerima kunjungan itu disebabkan kesibukan Tuanku Abdul Halim dengan urusan-urusan yang lebih mendesak.

Dalam pada itu, Mansor berkata, sementara menantikan rayuan yang dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong itu, Mohd Salleh akan mempengerusikan semua mesyuarat MAINPP.

Rabu, 18 April 2012

Sebut BABY

Kini muncul pulak kelab.... TIBAI



sebelum ni ada slogan... ABAI





SEMUANYA KERANA.......

B A B I
( sebut baby, biar dengar enak dan sedap )

Selasa, 17 April 2012

Hapus PTPTN

HAPUS PTPTN,



Tapi yang ni kena hapus dulu..

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah



selain tu, negeri Kelantan, Selangor, dan Pulau Pinang juga ada menyediakan pinjaman pelajaran untuk penuntut yang bakal masuk U. Apa kata, pinjaman tu tukar kepada pemberian ikhlas buat pelajar-pelajar yang berasal dari negeri masing-masing. itu lebih afdal dalam usaha menghapuskan PTPTN.

PTPTN sebenarnya dah bagi percuma pinjaman tu. cuma terpulang pada pelajar tu nak bayar atau tak. kalau nak bayar, janganlah usaha untuk dapat ijazah kelas pertama. tapi siapa-siapa yang dapat ijazah kelas pertama, tak perlu bayar pun.

Jadi, masuk U kenalah belajar, belajar rajin-rajin hingga dapat result cemerlang bukan dapat CGPA 1.99 ke bawah tiap semester. Kalau tiap hari asyik nak berpolitik, memang sahlah tak dapat pinjaman PTPTN tiap semester.

Jangan-jangan mahasewel yang berdemo tu, dapat CGPA 1.99 ke bawah. Dahlah berhutang dengan PTPTN, ni tak dapat lagi duit pinjaman PTPTN sebab gred 1.99 ke bawah.

Pengecualian bayaran balik hutang PTPTN

Hapus Hutang

lepas demo hapus hutang PTPTN, mahasewel dan mahabangang akan buat demo lagi. demo hapus hutang pinjaman peribadi bank, hutang rumah, hutang kereta dan hutang kad kredit. hutang ngan along sekali pun dia orang akan minta hapus.

bank-bank kat negara kita ni perlu hati-hati dengan pendemo-pendemo hapus PTPTN ni. Kalau PR berkuasa, bank-bank kat Malaysia ni dia orang akan minta tutup. hutang pun boleh lupus.

















tahu berhutang tapi tak nak bayar. kerajaan bukannya zalim sangat, kalau gred capai cemerlang, tak perlu bayar hutang PTPTN. tapi dasar pemalas, semua nak free, tiap hari dengar cerita fantasi aljuburi, semuanya nak ambil jalan singkat. silap hari bulan, ijazah pun dia orang ni minta free, tak perlu belajar dah graduate.

Isnin, 16 April 2012

Sesat

Kalau Melayu dan Islam, tentunya dah sesat. Hari tu, taksub pegang lilin. Kali ni, taksub pulak kalungkan gambar orang dengan bunga.











Jumaat, 13 April 2012

Sindiket dadah

Aku tertarik dengan berita di bawah sebab dua perkara:

1. polis berjaya tumpaskan sindiket pengedaran dadah. saban hari, pasti ada saja sindiket dadah yang tumpas. orang bilang, patah tumbuh hilang berganti. mati satu tumbuh seribu. begitulah juga dengan sindiket dadah. benar-benar tak takut dengan hukuman mati jika tertangkap.

2. negeri yang jadi tumpuan sindiket dadah. selangor, pulau pinang dan kedah. kenapa ya?

Polis bongkar tiga makmal dadah di Klang, Kedah dan Pulau Pinang


GEORGE TOWN: Polis percaya telah menumpaskan sindiket pengedaran dadah tempatan yang aktif di beberapa negeri apabila menahan 14 lelaki dan dua wanita serta membongkar tiga makmal memproses dadah dalam serbuan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis turut merampas 2.5 kg dadah jenis syabu, bahan-bahan kimia dan pelbagai peralatan memproses dadah.

Polis juga merampas wang tunai sebanyak RM266,288 dan 10 buah kenderaan mewah bernilai lebih RM1 juta, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah teres di Klang, Selangor, polis menahan sembilan lelaki dan dua wanita serta merampas 228 gram syabu bersama peralatan memproses dadah.


Susulan serbuan itu, polis membuat serbuan di sebuah dusun di Kampung Kemunting, Karangan di Kulim, Kedah dan menahan tiga lelaki yang sedang membungkus dadah dalam sebuah pondok yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah, katanya. - Bernama

Isnin, 9 April 2012

Hero



Dia ni betul-betul hero. asal semua yang kerajaan tak boleh buat dia akan buat. Tak apalah, yang penting, dapat perintah Malaysia. Rakyat mesti digula-gulakan dengan jamuan yang enak-enak walau pun di dalamnya banyak racun.

Kalau semua nak percuma, nanti makan minum pun nak minta disuap. Hasilnya, kemalasan di kalangan rakyat di Malaysia akan jadi subur dan obes. Negara pulak akan maju ke belakang. Apa yang dibina bertahun-tahun akan lenyap.


PKR, Umno 'berlumba' kuasai isu PTPTN
G MANIMARAN
8 April 2012
PTPTN

SHAH ALAM - Dilihat sebagai antara modal politik penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 khususnya melibatkan kepentingan golongan muda, PKR dan Pemuda Umno menggunakan sepenuhnya isu Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), dengan masing-masing akan mengadakan sesi perbincangan khas minggu ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau akan mengetuai satu sesi runding cara berkenaan PTPTN di sini, Selasa ini.

"Saya akan ketuai runding cara PTPTN dan pembiayaan pendidikan tinggi," kata beliau menerusi akaun Twitter malam tadi.

Rafizi menghantar empat mesej Twitter khusus berkenaan dengan sesi runding cara menyentuh isu PTPTN.

Usaha menghubungi Rafizi untuk mendapatkan penjelasan lanjut masih belum berhasil.

Mesej makluman mengenai sesi runding cara itu dihantar beberapa jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadiri satu majlis di Batu Pahat, mengumumkan bahawa kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan.

Najib berkata, tindakan memansuhkan PTPTN akan hanya membebankan kerajaan dalam jangka panjang.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.

Dalam salah satu lagi mesej, Rafizi berkata, "soal PTPTN, kami akan terangkan secara angka dan mekanisme. Bukan macam Najib Razak sebut angka nak takutkan rakyat."

"Semua bankrap ikut dia," kata beliau lagi.

Malah kata beliau, runding cara PTPTN ini menemukan pimpinan muda dan wakil siswa dan orang muda bincang beberapa alternatif menyelesaikan kemelut PTPTN.

"Saya akan bentangkan pandangan mengenai PTPTN dan beberapa model pembiayaan baru untuk dibahas dan dibincang dengan pimpinan muda, siswa dan peserta," katanya lagi.

Dalam satu kenyataan media kelmarin, Pengerusi Biro Pengajian Tinggi Pemuda Umno, Shahrin Jamaludin berkata, pihaknya akan mengadakan persidangan meja bulat mahasiswa berkaitan isu beban hutang graduan dengan PTPTN.

Persidangan itu dijadual akan berlangsung di ibu negara pada Selasa dan Rabu ini.

Menurutnya, ia bertujuan membantu graduan mencari jalan menyelesaikan beban hutang yang dihadapi mereka.

Sementara itu, beberapa pertubuhan mahasiswa di bawah gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pula melancarkan demontrasi memansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka Sabtu ini.

SMM dianggotai oleh 10 kumpulan gabungan mahasiswa - antaranya Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Gerakan Demokratik Mahasiswa & Belia (Dema), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP).

Perhimpunan itu merupakan salah satu agenda "Malaysia Bangkit" yang turut disertai oleh pemimpin LMP, Adam Adli - aktivis yang menurunkan bendera tertera wajah Najib Disember lalu.

SMM berpendapat rata-rata pemimjam terbeban oleh sistem pinjaman dan bayar balik yang digariskan oleh PTPTN.

Ahad, 8 April 2012

Bagi Peluang Tadbir



Dah tiba masa untuk pencen. Bagi peluang orang lain untuk ambil tanggungjawab perintah Kelantan. sementara tarikh PRU13 belum lagi ditentukan, ada baiknya, bagi timbalan MB pangku jawatan MB. Biar bagi rasa macam mana nak perintah negeri. Kut-kut kalau BN menang, taklah timbalan MB tu kempunan. Kalau PAS masih bertahan pun, sekurang-kurangnya, bakal pengganti yang sahih dah ada. Taklah berebut-rebut pulak nanti.

Tapi MB ni mungkin takut nak lepas jawatan. takut orang dah tak pandang lagi. Maklumlah masa berkuasa, semua nak dekat, semua nak tolong angkat. Bila dah tak ada jawatan, sapa pun tak ingin.

Nik Aziz berehat di rumah


2012/04/08
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semalam, dinasihatkan doktor supaya berehat di rumahnya di Pulau Melaka di sini.

Setiausaha Sulit Kanannya, Ahmad Shargowi Derahman, berkata Mursyidul Am PAS itu tidak masuk pejabat di Kota Darulnaim di sini, hari ini, sebaliknya beliau berehat di rumah. "Tidak ada program rasmi yang membabitkan kehadiran Menteri Besar dalam sehari dua ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz, 81, dirawat di wad rawatan jantung (CCU) hospital itu sejak Rabu lalu selepas mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim. - BERNAMA

Khamis, 5 April 2012

Kelantan Negeri Terkaya



Cam mana dia boleh kata pembangunan di negeri Kelantan amat pesat. Yang banyak nampak projek dilaksanakan adalah projek persekutuan. Kalau itulah yang nak dilihat.

Laporan KDNK tu pulak, laporan untuk negara yang maju. Malaysia ni yang taraf negara membangun dan menuju negara maju, tapi nampaknya Kelantan maju dahulu barulah membangun...

Siapalah yang tulis berita ni, Ni dah macam perlekehkan negeri Selangor yang bayar seorang penasihat yang amat bijaksana namun masih tak mampu menyaingi Kelantan...

Rabu, 4 April 2012

Anak Emas

Bersungguh benar Adam Adli dan Safwan Anang menjadi batu api dan mengadu domba penduduk flat PKNS, Kampung Kerinchi. semuanya sebab nak menjadi hero. Tapi bukan nak jadi hero rakyat tapi nak jadi hero di mata al juburi. Manalah tahu kut-kut ada jawatan kosong kat pejabat al juburi. bolehlah sentiasa bersama al juburi di mana saja. kalau bernasib baik, pasti boleh dibawa melancong.

tapi hero sangatkah mangkuk dua orang ni di mata al juburi...... sedangkan....

Penduduk kejar siswa didakwa cetus kecoh


KUALA LUMPUR: Tindakan sekumpulan mahasiswa yang cuba mengganggu rundingan secara aman 34 penduduk flat PKNS, Kampung Kerinchi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang enggan mengosongkan rumah masing-masing untuk pembangunan kawasan itu menyebabkan sebahagian penduduk marah dan mengejar serta memaki-hamun kumpulan terbabit.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi semalam, selepas sebahagian daripada 433 penduduk yang bersetuju mengosongkan rumah mereka mula berang dipercayai kerana kumpulan terbabit cuba menghasut segelintir penduduk lain supaya tidak berpindah.


Difahamkan, penuntut yang cuba mencetuskan suasana kekecohan itu diketuai pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris, (UPSI) Adam Adli, 22, yang digantung tiga semester selepas menurunkan bendera gambar Presiden Umno di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra, 17 Disember lalu, selain disertai beberapa rakannya.

Selain Adam, turut berada di lokasi itu ialah penuntut Universiti Malaya (UM), Safwan Anang yang sebelum ini mendakwa dipukul polis ketika terbabit demonstrasi haram di hadapan UPSI pada malam Tahun Baru lalu.


Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, kekecohan bermula apabila kumpulan mahasiswa terbabit berada di tingkat tiga sebuah flat yang akan dirobohkan dan menyebabkan beberapa individu lain marah sambil menjerit mengarahkan mereka turun serta tidak mencampuri urusan pengosongan bangunan itu.


“Berlaku sedikit kekecohan ketika proses pengosongan, namun keadaan dikawal sebelum polis membawa keluar beberapa individu yang hampir dipukul penduduk selepas datang secara tiba-tiba dan naik ke sebuah flat berkenaan. “Kami turut menerima laporan Adam Adli yang mendakwa dipukul dan dikejar beberapa penghuni yang dipercayai berang dengan tindakan penuntut terbabit campur tangan urusan pengosongan flat berkenaan,” katanya ketika ditemui, semalam.


di mata al juburi sekarang ni cuma ada...

Selasa, 3 April 2012

Murtad

Isu murtad nampaknya makin meresahkan di Selangor. Dalam banyak pihak saling tuduh-menuduh siapa yang sepatutnya bertanggungjawab, boss yang pegang portfolio agama Islam nampaknya cool aja. Dia tak buat apa pun dia pernah kata nak menegakkan syariat Islam kat Selangor.

memang wajar PAS ambil peduli kerana sering kata yang ia memperjuangkan Islam. kenapa bila masalah murtad ni berlaku di negeri yang diperintah oleh mereka sendiri, PAS hanya jadi tunggul kayu. Nak harap PKR, jauh panggang dari api. Kalau dah sokong LGBT, apa kejadahnya nak tentang murtad pulak. Memang di bawah PR, kebebasan beragama itu diutamakan.

Dr. Rani

Dr. Hassan




salah pegang gamaknya ni, tu sebab jabatan agama tak tahu nak buat apa. macam-macam bukti dah tunjuk tapi masih tak buat apa.

PKR atau PAS

Kalau PR menang, siapa bakal MB Johor? Salahuddin atau Chua. Pas kata mesti orang Melayu dan Islam. Tapi kalau Anwar dah jadi PM, kata-kata tu boleh pakai ka. Tak ada yang mustahil bagi Anwar. Selagi benda tu bawa keuntungan padanya, lantaklah apa jadi pada Melayu dan Islam.

Harap pada PAS. Nak jaga Islam pun Anwar tak percaya. Tu sebab lah Khalid yang jaga Islam kat Selangor. Nanti kalau Keadilan yang banyak menang kerusi kat Johor, takkan pulak nak bagi PAS jawatan MB. PAS tu cuma makan sisa makanan PKR dan DAP aja.





PKR, Pas berebut jadi MB Johor

MUAR 2 April - Belum pun memerintah negeri ini, pakatan pembangkang sudah mula menampakkan sifat 'tamak kuasa' dan berebut jawatan untuk menjadi Menteri Besar jika menang di Johor.

Bagaimanapun, hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng sebagai Menteri Besar jika menang, tidak sehaluan dengan kehendak Pas yang mahu calon bagi jawatan itu diberikan kepada seorang Melayu dan beragama Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, hanya Melayu yang beragama Islam akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor jika pembangkang berjaya merampas negeri itu.

Katanya, semua pemimpin pakatan pembangkang telah bersetuju dengan syarat tersebut seperti yang dibincangkan sebelum ini.

"Kami telah bincangkan dengan pemimpin DAP dan PKR tentang perkara ini iaitu di Johor hanya Melayu Islam boleh dilantik menjadi Menteri Besar.

Blogger 1

bmf

bmf