Sabtu, 31 Disember 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat Tahun Baru 2012. semoga Malaysia tetap aman makmur dan rakyat hidup sejahtera walaupun Anwar Ibrahim berkemungkinan akan didapati bersalah kerana melakukan hubungan sejenis.

apa kata kita baca artikel yang aku c&p dari utusan ni:

Menghadapi cabaran 2012

Oleh DR. BURHANUDDIN ABDUL JALAL

BEBERAPA hari lagi kita semua akan menyambut tahun baru masehi 2012. Masa terus berlalu dengan pantas dan jika kita tidak bersedia atau tidak membuat tindakan bijak kita akan terus tertinggal malahan cabaran baru kian menghimpit kita.

Menyedari perkara itu, Islam telah menyarankan agar umatnya sentiasa peka dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan bagi memastikan kehidupan umat dan Islam terus terjamin.

Pada hari ini pihak kepimpinan negara telah menyarankan agar kita melakukan transformasi bagi memastikan kejayaan dapat dicapai dalam aspek ekonomi, politik dan sosial dan juga memperbaiki keadaan negara dan rakyat seluruh agar lebih baik dan sempurna.

Dalam Islam transformasi disebut sebagai islah. Ia bermaksud perubahan ke arah kehidupan atau keadaan yang lebih baik. Proses islah atau transformasi pada asasnya terdapat dua aspek yang perlu dilihat iaitu al-islah al-insan (transformasi kehidupan manusia) dan al-islah al-manhaj (transformasi sistem kehidupan manusia).

Dalam transformasi kehidupan insan, Islam telah menetapkan manusia sebagai alat yang dapat mengubah atau mencipta sesuatu perubahan. Oleh yang demikian segala bentuk perubahan atau pembaikan adalah bertujuan membina kualiti kemanusiaan.

Kitab suci al-Quran yang mengandungi pelbagai aspek pengajaran yang menyentuh aspek akidah, hukum-hakam, akhlak, sirah dan juga sains dan teknologi. Kesemua aspek tersebut disebut oleh Allah SWT sebagai satu petunjuk kepada manusia untuk mencapai perubahan atau membina peradaban kemanusiaan.

Ini jelas seperti firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (ar-Ra'd: 11)

Perubahan diri (taghir al-anfus) atau disebut sebagai self reform dapat dilakukan dengan wujudnya kesedaran dalam diri seseorang untuk melakukan perubahan.

Ini disebut sebagai self introspection atau muhasabah diri dan selanjutnya disusuli dengan tindakan untuk membangun semangat ke arah kebaikan dan juga pembaikan diri.

Muhasabah diri merupakan suatu tuntutan yang penting pada hari ini kerana kehidupan yang kian mencabar dari pelbagai aspek.

Amat sedih kerana ramai di kalangan umat Islam pada hari ini hanya sibuk melemparkan pelbagai tuduhan dan sering mencari kesalahan orang lain sehingga tidak mampu dan gagal menemukan faktor-faktor kelemahan diri sendiri.

Oleh yang demikian, kita perlu mengingati apa yang telah disebut oleh Khalifah Umar al-Khattab yang telah mengingatkan: "hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung."

Walaupun ramai yang mentafsirkan peringatan tersebut merujuk kepada persiapan kematian, tetapi kepentingan untuk bermuhasabah dalam pelbagai aspek kehidupan perlu kita lihat dalam konteks yang lebih luas.

Untuk itu kita perlu bermuhasabah dan tindakan tersebut perlu dimulakan oleh diri kita sendiri seperti mana saranan Rasulullah SAW yang menyebut ibda' binafsika (mulakan daripada diri kamu sendiri).

Perlu kita sedari bahawa umat Islam tidak akan terjatuh atau terperosok ke lembah kehinaan jika seluruh umat Islam mengamalkan dan memegang teguh ajaran Islam. Pelbagai cabaran dan kehinaan akan menimpa umat jika umat Islam gagal untuk mengambil ajaran Allah sebagai petunjuk dan panduan kehidupan.

Berdasarkan keadaan tersebut, beberapa tindakan memperbaiki diri dan membetulkan keadaan umat perlu dilakukan. Keadaan ini perlu dimulakan dengan membetulkan dari aspek visi keislaman yang jelas, akidah yang murni, ibadah yang kukuh dan disertai dengan ilmu serta sifat ikhlas yang mantap.

Jika ini dapat dilakukan ia akan melahirkan akhlak yang baik dan semangat penyebaran syiar Islam yang menyeluruh.

Proses yang disebutkan di atas akan memacu setiap insan Muslim ke arah yang lebih baik dan melakukan perubahan diri. Perlu kita sedari bahawa seorang Muslim yang baik, tidak akan pernah dalam dirinya bersifat statik dalam melakukan perubahan dalam diri.

Pada asasnya kehidupan hari ini perlu lebih baik daripada semalam dan kehidupan hari esok perlu lebih baik daripada hari ini. Jika berlaku keadaan yang statik atau jumud, ini bererti berlaku kemunduran dan jika tidak dibaiki, keadaan akan menjadi bertambah buruk dan akan menuju kehancuran atau kebinasaan.

Perkara ini perlu disedarkan kepada seluruh umat dan kesedaran fahaman wasatiah atau ummatan wasatan perlu digerakkan bagi mencapai ciri-ciri umat yang terbaik (khaira ummah).

Jika kesedaran ini dapat digerakkan dan dapat dicapai sudah pasti umat Islam akan dapat menjadi pemimpin dunia bukan sahaja dalam penguasaan politik tetapi juga dalam segala aspek kehidupan manusia seluruhnya kerana umat Islam pernah menjadi pemimpin dunia dalam bidang sains, teknologi, ekonomi, politik dan juga peradaban secara umumnya.

Al-Islah al-manhaj

Untuk al-islah al-manhaj iaitu transformasi sistem kehidupan manusia berdasarkan fikrah manusia yang merupakan makhluk sosial yang perlu kepada saling berkomunikasi dan berinteraksi di antara satu sama lain.

Dalam melakukan hubungan sosial atau interaksi, manusia memerlukan peraturan atau sistem yang dapat mengatur kehidupan dengan lebih baik dan sempurna.

Sehubungan itu, Islam telah mengatur atau membentuk sistem kehidupan manusia secara jamaie yang mampu membentuk sistem hidup manusia yang sempurna.

Ini semua terkandung dalam peraturan dan hukum-hakam yang terdapat dalam ibadah, munakahat, muamalat dan juga jenayah. Selain itu, Islam juga mementingkan aspek kepimpinan kerana manusia bukan makhluk haiwan yang hidup tanpa ikatan peraturan dan norma-norma tertentu.

Untuk itu, dalam hidup yang berperaturan dan bersistem, memerlukan kepimpinan yang mampu mengurus manusia ke arah yang lebih baik.

Ia tidak sekadar menumpukan kepada ibadah-ibadah khusus yang berbentuk individu semata-mata tetapi ia perlu terus dimantapkan dengan pengukuhan pelbagai aspek kehidupan dan peraturan Islam yang merangkumi aspek ibadah khusus dan ibadah umum yang melibatkan kepentingan seluruh umat.

Sirah nabawi juga telah mencatatkan terdapat dua orang nabi yang telah membawa syariat Islam dan diikuti oleh ramai umat manusia iaitu Nabi Musa a.s dan Nabi Muhammad SAW.

Kedua-dua pemimpin manusia utusan Allah itu tidak sahaja mengajak manusia melakukan ibadah secara khusus seperti puasa, solat, zakat dan zikir semata-mata tetapi kedua-dua utusan Allah itu mengajak manusia melakukan ketaatan Allah berlandaskan sistem Islam yang dibawa oleh mereka.

Untuk itu, dalam usaha membina sistem kehidupan yang bertujuan untuk membentuk manusia ke arah yang lebih sempurna dan berjaya, seluruh umat Islam perlu melihat ibadah serta aspek kehidupan bermasyarakat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam mampu membentuk masyarakat melakukan perubahan secara menyeluruh dalam kehidupan bermasyarakat dan bukan tidak mempercayainya atau meminggirkannya.

Sesungguhnya transformasi atau islah dalam konteks Islam yang berteraskan dua aspek yang disebutkan iaitu al-Islah al-insan (transformasi kehidupan insan) dan al-Islah al-manhaj (transformasi sistem kehidupan manusia) adalah saling berkait. Kegagalan pada satu aspek akan memberi kesan kegagalan kepada aspek yang satu lagi.

Ia umpama benih dan juga tanah yang saling berkaitan dalam bidang pertanian. Manusia seumpama benih yang perlu ditanam di tanah yang sesuai dan sistem (manhaj) merupakan tanah yang subur perlu bagi pertumbuhan benih yang baik.

Benih-benih yang baik tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang atau kering. Jika sebaliknya, walaupun tanahnya subur dan baik tetapi benihnya tidak baik atau rosak, kita tidak boleh mengharapkan pokok akan tumbuh dengan subur dan akan berbuah dengan lebat dan segar.

Justeru, dalam menghadapi tahun baru 2012 kita perlu membina semangat baru dan berazam menjadi individu yang bersedia melakukan perubahan yang lebih baik dan berkesan serta menjadi insan yang berguna.

Ia seperti mana peringatan Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 24-25.

PM wanita pertama

kalau benarlah seperti apa yang dilaporkan, sungguh malang sekali...

1. pakatan haram tak ada calon PM yang benar-benar berwibawa. ini secara langsung menolak kepimpinan Hadi dan Azmin. apa, dia orang berdua ni tak boleh jadi pm ke?
2. pembangkang amat yakin Anwar bersalah,sebab tu lah sibuk nak cari pengganti. kalau PM Malaysia nanti berdasarkan simpati rakyat, sudah tentu apa yang dikecapi sekarang akan musnah dan hancur.
3. fungsi penasihat PM, sama aja macam PM dah tak mempunyai kuasa

Nurul Izzah calon PM?

MELAKA 30 Dis. – Pembangkang akan menonjolkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang baru jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mendedahkan perkara tersebut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, itu adalah taktik terbaru yang dirancang oleh pakatan pembangkang untuk meraih simpati rakyat.

“Perkara ini telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan mereka juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai oleh semua pemimpin tertinggi dari DAP, Pas dan PKR.

“Taktik baru ini mereka tonjolkan seolah-olah mereka sudah yakin Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapa Nurul Izzah akan didapati bersalah dalam perbicaraan kes liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini.

“Dengan mencalonkan Nurul Izzah, pembangkang yakin rakyat terutama golongan muda pasti akan simpati terhadap bapanya yang kini menghadapi kes liwat,” katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas menghadiri majlis perjumpaan Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Yayasan Melaka hari ini.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pemimpin pembangkang melihat penampilan Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat tidak memungkinkan mereka untuk meraih sokongan rakyat seterusnya memenangi pilihan raya kali ini.

“Saya diberitahu pemimpin tertinggi pembangkang tidak bersetuju untuk menyandarkan harapan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail begitu juga Timbalan Presiden, Azmin Ali,” ujarnya.

Justeru katanya, pemilihan Nurul Izzah dilihat adalah pilihan tepat untuk meraih simpati rakyat bagi memastikan pembangkang menang pada pilihan raya nanti.

Tipu NFC



masih boleh senyum lagi. ialah, selagi mahkamah belum putuskan bersalah, tak kan nak meraung-raung sedih pulak. tapi, ada yang lainlah dengan senyum datuk ni... mungkin ada cerita yang menarik tentang NFC kut. tu sebab hingga sekarang NFC masih diam. yang buat salah lain, yang tanggung akibat lain...

AHLI perniagaan, Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, (dua dari kanan) dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas dua tuduhan berasingan menipu Pengarah Syarikat National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan bayaran bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat sehingga mangsa menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta, antara November dan Disember tahun lalu.

Selasa, 27 Disember 2011

Hukuman

Kesalahan dah nyata. hukuman untuk kesalahan pun dah ada garis panduan. pihak yang berkenaan nak tunggu apa lagi. tak kan tak boleh mahasiswa bangang ni tak boleh dihukum. bagi peluang belajar kat universiti, mangkuk hayun ni asyik nak perjuangkan parti pembangkang.

tindakan yang dilakukan benar-benar menghina pemimpin negara. kalau bagi kat PM, pasti dia bagi ampun. tapi wajarkah. hari ini muncul seekor parasit. kalau tak dimusnahkan, akan muncul beratus-ratus parasit yang akan merosakkan pemikiran mahasiswa-mahasiswi yang lain. jadi, sepatutnya pihak universiti tempat budak keparat ni belajar ambil tindakan. bagi hukuman yang setimpal.

atau pun rakyat nanti akan pandang pihak universiti bersetuju dan menyokong perbuatan budak longkang ni. tu sebab tak mahu ambil tindakan.


Tindakan ke atas mahasiswa terlibat kegiatan pelampau
27/12/2011 6:35pm

Oleh MUHAMMAD AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Mahasiswa yang terlibat dengan sebarang kegiatan pelampau di luar universiti akan dikenakan tindakan gantung pembelajaran ataupun gugur taraf sebagai seorang mahasiswa.

Timbalan Penasihat Kanan Pejabat Perundangan Universiti Sains Malaysia (USM), Khirul Anuar Che Azmi berkata, hukuman yang dijatuhkan bergantung kepada peraturan yang sedia ada.

“Seorang mahasiswa, Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, boleh dijatuhkan hukuman dibuang daripada universiti atau digantung pembelajaran selama dua semester.

“Contoh kes itu dipandang sebagai satu kes yang serius dan ia bergantung kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar di universitinya untuk hukuman,” katanya.

Katanya lagi, semua mahasiswa yang ditahan atas kesalahan disiplin akan diadili di peringkat universiti di mana mahasiswa ini akan dibicara dahulu oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar. - UTUSAN

Ahad, 25 Disember 2011

Utusan Malaysia Online - Rencana

sama cam cerita Anwar. cuma part kesudahannya aja yang belum pasti. yang berkemungkinan pasti, jalan menuju ke mahligai di sungai buluh hampir menjadi kenyataan. bestnya, hidup dalam kawalan keselamatan yang ketat. makan, berak, tidur sentiasa dijaga.

Utusan Malaysia Online - Rencana

Krisis Kewangan

aku tepek kat sini, sebab Anwar Ibrahim kata Tun Mahathir yang nak pinjam duit dalam krisis kewangan tahun 1997.


Dr Mahathir atasi krisis kewangan

Oleh Nor Mohamed Yakcop

MUNCULNYA satu detik, yang jarang sekali berlaku dalam hidup, apabila suatu peristiwa menakrifkan semula kehidupan seseorang dan merubah haluan buat selama-lamanya. Bagi saya, pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Buenos Aires, Argentina, pada petang 2 Oktober 1997 merupakan detik itu. Ia membolehkan saya memberi tumpuan selama enam tahun dalam kehidupan saya untuk berkhidmat dengan beliau, dan menemuinya hampir setiap hari. Sepanjang proses itu, ia membolehkan saya melihat lebih dekat keupayaan yang dimiliki insan hebat ini.

Jarang sekali kita melihat gabungan nilai-nilai mulia dalam diri seseorang, dan gabungan unik inilah yang membolehkan Dr Mahathir mengubah Malaysia daripada sebuah negara Dunia Ketiga kepada negara berkembang maju dan bertenaga, dan kini berada pada landasannya untuk menjadi negara maju. Gabungan kualiti ini jugalah yang membolehkan Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah lagi negara IMF semasa krisis kewangan 1997/98.

Ia bermula pada 29 September 1997, apabila saya menerima panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri yang memberitahu Dr Mahathir mahu menemui saya. Beliau berada di Cuba pada ketika itu, dan secara berseloroh, saya bertanya, adakah saya harus menemuinya di sana!

Saya diberitahu, bukan secara berseloroh, bahawa beliau akan tiba di Buenos Aires pada 2 Oktober dan saya harus memastikan diri saya berada di situ sekurang-kurangnya sehari sebelum ketibaan beliau. Saya segera berlepas ke Argentina, dan tiba pada 1 Oktober.

Perdana Menteri tiba pada 5 petang hari berikutnya dan kami segera bertemu di suite beliau. Dr Mahathir memberitahu, beliau telah bertanya ramai orang mengenai punca krisis kewangan tetapi tiada siapa mampu memberi penjelasan memuaskan. Beliau bertanya sama ada saya boleh menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Saya bertanya berapa banyak masa beliau ada. Dua jam, katanya. Saya pun menjelaskan bagaimana pasaran pertukaran asing berlaku, tentang kedudukan jangka pendek dan panjang, mengenai perlindungan nilai, bagaimana matawang dipinjam dan dijual, perbezaan "tawaran" dan "penawaran" serta bagaimana dana boleh dipindahkan di antara negara hanya dengan satu klik. Saya juga menjelaskan bagaimana pasaran ekuiti berlaku dan hubungan antara pasaran tukaran mata wang asing dan pasaran ekuiti. Dr Mahathir langsung tidak bercakap, kecuali bertanya satu atau dua soalan, dan mendengar penuh mendalam.

Selepas dua jam, beliau terpaksa menamatkan pertemuan itu untuk bersedia ke majlis makan malam rasmi. Beliau bertanya rancangan saya untuk malam itu dan saya memberitahu bahawa saya turut dijemput ke majlis yang sama. Dr Mahathir berkata: "Pulang ke bilik anda dan tulis semua yang anda beritahu sejak dua jam lepas, dan jumpa saya 7 pagi esok." Saya kembali ke bilik saya, tidak ke majlis makan malam dan menulis kesemuanya, yang selesai kira-kira 6 pagi.

Laporan

Saya menyerahkan laporan itu padanya sejam kemudian. Beliau menyuruh saya berehat dan menemuinya semula pada 2 petang. Apabila saya kembali menemuinya, beliau memberitahu beliau telah membaca laporan itu dan faham apa yang berlaku dalam pasaran kewangan. Kami mula membincangkan pelbagai kaedah untuk mengatasi krisis itu, dan perbincangan kami diteruskan selepas pulang ke Malaysia. Saya menemui beliau hampir setiap hari, kadang kala di kediaman beliau, dan pada masa lain di pejabat beliau. Kami mencuba beberapa mekanisme untuk mengatasi krisis itu, ada antaranya yang berfungsi pada mulanya, tetapi dana lindung nilai begitu kukuh hingga sukar untuk meneruskan penggunaan mekanisme itu dengan jayanya.

Pada awal 1998, Dr Mahathir meminta saya menerokai idea untuk mengenakan rejim kawalan pertukaran bagi mengatasi krisis itu. Saya masih ingat bagaimana saya menyediakan banyak nota mengenai perkara itu. Dr Mahathir meneliti nota-nota itu, dan sentiasa meminta maklumat demi maklumat. Kami telah melalui banyak pusingan perbincangan, sehingga beliau akhirnya yakin dengan kedua-dua konsep dan mekanisme yang dicadangkan. Selebihnya, saya rasa sudah menjadi sejarah.

Dr Mahathir juga meminta saya menyediakan satu kertas kerja mengenai bagaimana menamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura. Beliau berpendapat, satu sebab penting mengakibatkan pasaran saham jatuh ialah jualan singkat saham Malaysia di CLOB. Saya menyediakan laporan dan Dr Mahathir memahami, buat pertama kalinya, bagaimana CLOB beroperasi. Laporan itu, yang turut dilaksanakan pada 1 September 1998, telah menamatkan perdagangan saham Malaysia di CLOB.

Saya perlu menyatakan bahawa langkah-langkah kawalan pertukaran telah direka sedemikian rupa untuk meminimumkan aspek-aspek kawalan dan memaksimumkan hasil. Dr Mahathir telah meneliti banyak kali mekanisme yang dicadangkan itu untuk memastikan hanya ada sedikit elemen kawalan tetapi mencukupi untuk memastikan hasil yang positif. Tidak ada elemen birokrasi dalam langkah-langkah itu, seperti mewajibkan pengimport untuk mendapatkan kebenaran Bank Negara bagi mengimport. Ringgit juga ditambat pada tahap di mana ia tidak terlebih nilai.

Di hampir setiap negara lain yang mengenakan langkah-langkah kawalan pertukaran dan penambatan matawang, secara definisinya, banyak kawalan birokrasi dan matawang juga ditambat pada kadar terlebih nilai.

Sistem kawalan pertukaran (termasuk kadar pertukaran tetap), yang dilaksanakan pada 1 September 1998, sering dianggap sebagai penyelamat negara. Langkah itu sememangnya diperlukan tetapi ia tidak cukup untuk mengatasi krisis itu. Malaysia diselamatkan, bukan dengan kawalan pertukaran itu sendiri, tetapi oleh Dr Mahathir.

Biar saya jelaskan. Jika mana-mana negara membangun lain, yang menghadapi krisis sama, memperkenalkan langkah yang kita perkenalkan pada September 1998, ia mungkin gagal. Langkah-langkah itu berjaya di Malaysia adalah kerana keupayaan dan watak Dr Mahathir. Ekonomi dan sistem kewangan, di bawah kepimpinannya berada dalam keadaan sihat - cukup sihat untuk membolehkan langkah-langkah kawalan pertukaran dilaksanakan tanpa kesan negatif. Selain itu, gaya pengurusan kendiri Perdana Menteri membolehkan keputusan cepat dan tepat pada masanya dibuat, yang penting di bawah rejim kawalan pertukaran baru.

Beliau memastikan ekonomi Malaysia pada asasnya kukuh. Ringgit kukuh dan stabil. Di belakang kestabilan matawang (pada RM2.50 berbanding dolar Amerika Syarikat), Malaysia berada pada kedudukan amat baik. Pada akhir 1996, keluaran dalam negara kasar berkembang hampir 8.5 peratus dan pertumbuhan itu dijangka berterusan untuk tahun-tahun mendatang. Kerajaan telah menikmati lebihan fiskal. Hutang luar negara adalah rendah, pada 40 peratus daripada keluaran negara kasar. Akaun matawang dari imbangan pembayaran telah mengecil daripada defisit 10 peratus kepada lima peratus daripada KNK, dan dijangka terus bertambah baik. Inflasi berada pada tahap paling rendah iaitu 2.1 peratus. Kita mempunyai pertumbuhan kukuh lebih lapan peratus bagi sebahagian besar tempoh itu. Dan kekuatan asas ini merupakan faktor penting yang membolehkan langkah kawalan pertukaran berjaya.

Meneliti

Selama lebih setahun lepas langkah 1 September 1998 itu, Perdana Menteri bertemu kumpulan kecil kami enam hari seminggu - sekurang-kurangnya dua jam sehari - bagi meneliti pelbagai data ekonomi termasuk mengenai pertumbuhan pinjaman, eksport, import dan hartanah tidak terjual. Ini membolehkan beliau mengambil tindakan cepat, pada bila-bila masa perlu. Saya masih ingat satu pagi, semasa kami sedang meneliti angka-angka hartanah, beliau memandang saya dan mengarahkan saya menganjurkan pameran untuk menghabiskan hartanah yang tidak terjual. Saya lakukannya, dan hartanah bernilai lebih RM3 bilion telah dijual. Malah selepas berakhirnya krisis itu, Dr Mahathir terus menemui kumpulan kami, walaupun tidak sekerap sebelumnya. Dan Dr Mahathir terus meneliti semua data ekonomi dengan pensel tajam.

Tempoh 1997/98 adalah, mengikut parafrasa Charles Dickens, masa terburuk, tetapi ia juga masa terbaik. Keadaan paling buruk telah menyerlahkan yang terbaik dalam diri Dr Mahathir. Ada perumpamaan mengatakan pemimpin yang baik adalah seperti teh yang baik - anda hanya mengetahui kualiti sebenarnya apabila beliau berada dalam keadaan panas!

Sepanjang tempoh krisis, Perdana Menteri memberi tumpuan pada usaha mengatasinya. Siang malam, tiada perkara lain difikirkannya. Beliau membaca segala yang boleh mengenai kewangan; beliau terus meminta saya menyediakan nota-nota pelbagai isu teknikal. Kadang kala, walaupun selesema, beliau tetap bekerja. Beliau sedar beliau perlu memahami isu-isu berkenaan sebelum boleh berusaha mencari penyelesaian. Kepintaran semula jadi dan keupayaan beliau memberi tumpuan pada isu-isu teras sentiasa terserlah sepanjang krisis itu. Beliau tidak menunjukkan tanda takut walaupun dalam masa terburuk; satu-satunya kebimbangan beliau ialah keadaan ekonomi yang cepat merosot. Pada setiap masa, beliau yakin akan berjaya akhirnya.

Saya ingin menambah dua lagi perkara. Pertama, dalam melaksanakan langkah 1 September 1998, Dr Mahathir bukan saja menyelamatkan Malaysia malah negara-negara jiran juga.

Apabila Malaysia mengenakan langkah kawalan pertukaran, spekulator matawang menyedari negara lain yang terjejas (Thailand, Indonesia dan Korea Selatan) juga boleh mengenakan kawalan yang sama, dan mereka, dengan itu menghentikan aktiviti mereka. Spekulator menarik diri. Mereka membeli semula matawang yang mereka jual. Ini mengakibatkan kenaikan nilai mata wang serantau.

Selain itu, IMF tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia terutamanya sejak selepas melaksanakan langkah-langkah itu, kita melakukan perkara sebaliknya daripada apa yang IMF mahu - kita turunkan kadar faedah dan menyuntik kecairan dalam sistem. IMF kemudian mula melonggarkan syarat di negara lain dan membenarkan mereka merendahkan kadar faedah dan menyuntik kecairan bagi merangsang ekonomi mereka supaya Malaysia tidak mengatasi negara-negara IMF itu.

Perkara kedua ialah apa yang akan terjadi jika langkah kawalan pertukaran tidak dilaksanakan. Banyak syarikat di Malaysia mungkin gulung tikar akibat kadar faedah tinggi. Apabila syarikat jatuh seperti domino, bank akan menghadapi masalah kecairan dan mampu bayar yang teruk berikutan pinjaman tidak berbayar semakin membesar.

Masalah yang dihadapi oleh bank akan menyebabkan berlakunya tekanan kredit, yang akan membawa kepada satu lagi pusingan kegagalan korporat. Pendapatan kerajaan mungkin merosot dengan mendadak kerana kurang firma akan membayar cukai korporat, dengan itu mengurangkan keupayaan kerajaan untuk merangsang ekonomi melalui langkah dasar fiskal. Akibat daripada masalah yang dihadapi syarikat dan bank, kadar pengangguran akan meningkat dengan ketara, yang membawa kepada pusingan masalah kedua.

Ini adalah putaran ganas yang klasik, yang akhirnya boleh memusnahkan kestabilan sosial dan politik negara. Ini adalah senario yang menunggu untuk berlaku. Namunhttp://www.blogger.com/img/blank.gif, ia tidak berlaku kerana ketegasan dan keberanian Dr Mahathir, yang memutuskan untuk berusaha melalui jalan yang jarang dilalui. (less path travelled)


ambik dari Utusan

Sabtu, 24 Disember 2011

Letak Jawatan

sian ko Ramasamy, baik kau berambus aje dari DAP. Kau tak ada nilai di mata Karpal. Dia nak naikkan suku-sakat dia aje. Tapi ingat Karpal, ko pun mungkin akan terima nasib macam Ramasamy jugak.

Karpal minta Ramasamy letak jawatan TKM II Pulau Pinang
24/12/2011 6:42pm

GEORGE TOWN 24 Dis. — Pertelingkahan di antara Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dengan Timbalan Setiausaha Agung parti itu Prof P. Ramasamy semakin tegang apabila beliau hari ini menyeru Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Karpal Singh, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya.

"Kedudukan Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia mengenepikan keptusan jawatankuasa tiga anggota parti supaya tidak mendedahkan masalah dalaman parti kepada akhbar,” katanya kepada pemberita di sini.

Karpal Singh merujuk kepada laporan dalam sebuah akhbar harian semalam yang memetik Ramasamy sebagai berkata pengkeritik beliau (Ramasamy) sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka.

Karpal Singh berkata, dengan membuat kenyataan demikian Ramasamy jelas memberi gambaran kepada orang ramai bahawa dia mengaitkannya (Karpal Singh) bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam A Tanasekharan.

Karpal Singh mencabar Ramasamy supaya memberikan nama mereka yang terlibat dan melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pengerusi DAP itu berkata, Ramasamy telah gagal dalam tugasnya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan juga telah melakukan kesalahan kerana tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Ramasamy tidak dapat dihubungi untuk meminta ulasannya. — BERNAMA

Jumaat, 23 Disember 2011

salah

belum muktamad lagi, kena tunggu proses rayuan selesai. harap bekas MB ni bersabar dan terima keputusan atas perbuatan yang dilakukan. ada yang sedih dengan keputusan ni namun pasti ada yang gembira. yang gembira tu, sudah tentunya musuh-musuh politik sama ada satu kem atau pun luar kem. aku pun gembira juga sebab yang salah telah dibuktikan salah. lain kali jangan gunakan kuasa, sama ada wang atau pangkat untuk mendapatkan sesuatu. harap ini jadi pengajaran.

Khir Toyo dipenjara setahun, hak ke atas hartanah dilucutkan


2011/12/23
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, dipenjara setahun selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima barangan berharga tanpa balasan Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki turut memutuskan perlucutan hak tertuduh terhadap dua lot tanah dan rumah berkenaan dan diserah kepada Kerajaan Malaysia.
Beliau membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan, selepas menimbangkan semua keterangan bukti dan hujah pendakwaan dan pembelaan.
Bagaimanapun, Mohtarudin membenarkan permohonan pembelaan supaya hukuman itu ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai.

Khamis, 22 Disember 2011

Kalau Hasan Ali dicalonkan.

perenggan terakhir kata-kata Hasan Ali:

-Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja.-

kalau Hasan Ali dicalonkan semula oleh Pas, tak ada maknanya kata-kata beliau di atas. dah tahu Pas tu sesat, nak tunggu apa lagi. Jangan nanti, lidah jadi bercabang tiga.


Hasan Ali tidak kisah digugurkan sebagai Exco, ADUN
22/12/2011 3:41am

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”

"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib yang disiarkan malam tadi.

Menyentuh mengenai PAS, Anggota Dewan Undangan Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulamak yang kini hanya 35 peratus.

Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulamak sebagai barisan kepimpinan parti.

Ini adalah kerana golongan ulamak dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.

Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja. - BERNAMA

Khamis, 15 Disember 2011

keluar pkr

kapal dah hampir karam, baik lompat keluar daripada tenggelam. apa pun keputusan boo chang ni pastinya kerana su koon dah retire....






Boo Chang keluar PKR
Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
2011/12/15
pix_gal0
Ketua Cawangan Bukit Gelugor mahu sertai GERAKAN

GEORGETOWN: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Gelugor, Lim Boo Chang, semalam mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas hilang kepercayaan terhadap parti disertainya tiga tahun lalu itu, berkuat kuasa serta merta dan menyatakan hasrat menyertai semula GERAKAN.
Boo Chang yang juga Ketua Biro Undang-Undang dan Perkhidmatan Kemasyarakatan PKR Pulau Pinang turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Surat keluar PKR diserahkannya kepada Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, manakala surat peletakan jawatan Ahli Majlis MPPP diserahkan kepada Yang Dipertua (YDP) MPPP, Patahiyah Ismail, kedua-dua bertarikh semalam.

Boo Chang berkata, beliau menyertai PKR selepas pilihan raya umum Mac 2008 kerana tertarik dengan janji parti itu untuk mereformasikan rakyat, tetapi hilang keyakinan kerana kegagalannya menunaikan janji berkenaan, persaingan sesama sendiri yang melampau serta tindakan parti sering mengetepikan sebahagian ahli.

“Sepanjang tempoh itu juga saya memerhatikan hala tuju baru ditetapkan menerusi negara dinamik dan wawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mentransformasikan negara dalam semua sektor bermula dari politik, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan hinggalah kebajikan kehidupan seharian rakyat.

“Program 1Malaysia yang berterusan membuktikan kesungguhan beliau untuk dekat dengan rakyat serta mengetepikan fahaman politik dalam usaha menyatukan semua rakyat daripada pelbagai latar belakang,” katanya pada sidang media khas di sini, semalam.
Boo Chang berkata, pemerhatian teliti serta pengalaman menjadi ahli PKR selama tiga tahun membuktikan bahawa Najib adalah satu-satunya pemimpin yang berkemampuan membawa Malaysia terus ke depan serta peringkat tertinggi pada masa depan berbanding Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada peringkat kebangsaan, katanya, PKR jelas gagal menghalang PAS yang mendesak pelaksanaan undang-udang teokratik, manakala di Pulau Pinang pula PKR sering dipinggirkan DAP yang sombong dan memperlekehkan parti lain kerana mempunyai 19 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Lim Guan Eng yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Pulau Pinang selalu mengelak mengadakan mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat negeri bagi membuat keputusan secara bersama dengan pemimpin PKR dan PAS dalam melaksanakan sesebuah dasar,” katanya.

Boo Chang juga anak kepada salah seorang pengasas GERAKAN, Datuk Lim Ee Hong menyertai parti itu pada 1984 dan memegang pelbagai jawatan termasuk Naib Presiden pada 1993 sehingga 1996.

Ahad, 11 Disember 2011

tubuhlah suruhanjaya diraja

tubuh apa pun, hatta tubuh suruhanjaya diraja takkan mampu selesai apa-apa. prof lawan lawyer. mesti lawyer menang. satu lagi, prof ni macam senjata untuk pihak yang berkuasa dalam dap untuk balun si kapal singki. inilah contoh kalau parti dikuasai oleh anak beranak. pasti akan berlaku pertelingkahan yang tidak kunjung padam. saling menguasai dan saling berebut jawatan dan pangkat.

DAP tubuh panel untuk selesaikan pertelingkahan Karpal-Ramasamy
14/12/2011 2:22am

KUALA LUMPUR 14 Dis. - DAP menubuhkan satu panel tiga anggota bagi menyelesaikan pertelingkahan antara Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dan Timbalan Ketua DAP Pulau Pinang Dr P. Ramasamy.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, jawatankuasa eksekutif pusat parti yang bermesyuarat malam semalam memutuskan untuk membentuk panel itu bagi menyelesaikan isu tersebut dan ia akan dianggotai beliau sendiri, penasihat seumur hidup DAP Dr. Chen Man Hin dan pemimpin veteran Lim Kit Siang.

"Kami berharap dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin,” katanya kepada pemberita dalam satu komen ringkas selepas mesyuarat itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Pertelingkahan Karpal-Ramasamy bermula selepas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu dilaporkan berkata terdapat ”godfathers” dalam DAP selepas beliau menamakan tiga individu sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang. - Bernama

Hassan ALi

kalau betul la, malang sungguh nasib pro ulama. apa yang berlaku pada UMNO akhirnya berlaku juga pada PAS. UMNO jadi rosak bila ANWAR masuk UMNO. hasilnya, UMNO dipecahkan oleh puak-puak yang saling cantas mencantas, potong-memotong dan tikam menikm. kini apa yang berlaku pada UMNO berlaku pada PAS. namuh yang lebih menyedihkan, PAS bukan lagi parti yang mendukung ISLAM sebagai teras perjuangannya. PAS lebih mengutamakan ANWAR daripada suara akar umbi. semuanya disebabkan ramainya geng-geng ANWAR yang sudah menyusup masuk dalam kepimpinn PAS. Orang-orang yang berhasil mengenepikan kepimpinan ulama. PAS yng selama ini menuduh UMNO sebagai islam sekular tidak sedar walhal PAS sendiri yang kini berubah jadi islam sekular dengan adanya geng-geng Islam liberal di bawah Anwar. Orang PKR tapi pakai jubah dan serban PAS.

baca sini....

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Sabtu, 10 Disember 2011

Guan Eng buktikan Nurul Izzah Fitnah

Nurul Izzah kata kapal selam tak boleh menyelam. Guan Eng akui keupayaan kapal selam. cuma kata kos terlalu tinggi untuk beli kapal selam. guan eng, kalau suruh beli kapal selam mesti beli yang murah-murah, janji ada duit masuk. dia apa peduli yang kapal tu boleh timbul ke tidak, janji boleh menyelam. satu lagi, dia mesti beli dari china, sebab china kan pakar klon. murah, tapi aplikasi dalam semua hampeh cam handphone ciplak dari china, pakai dua ke tiga bulan dah rosak. bayangkan kapal selam malaysia jadi macam tu... tak kah membazir. biar mahal yang penting berkualiti tinggi, dan servis berpanjangan...

Guan Eng akui KD Tun Razak boleh selam


2011/12/10
LANGKAWI: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akhirnya mengakui kapal selam yang dikendalikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mampu menyelam dan aset pertahanan itu memang diperlukan negara ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengakui perkara itu selepas diberi peluang menyelam bersama kapal selam kedua negara, KD Tun Razak selama satu setengah jam bersama dua timbalannya, Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy, semalam.
Tiada persoalan mengenai boleh menyelam, sekarang ia boleh menyelam. Saya juga mengagumi keupayaan anggota yang mengendalikannya, katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Sebelum itu, beliau diterbangkan dari KD Lekiu menggunakan helikopter Super Lynx.

Ketika diajukan soalan sama ada berpuas hati dengan keupayaan KD Tun Razak menyelam, Guan Eng berkata, beliau menyahut pelawaan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyelam bersama kapal itu.

Beliau mengakui pengalaman menaiki kapal selam itu menarik tetapi menafikan beliau memperlekehkan keupayaan ATM khususnya TLDM berikutan pembelian kapal selam berharga RM2.5 bilion itu.

Kami (pembangkang) cuma mempertikaikan kos pembeliannya, tetapi kita menghargai sumbangan anggota tentera yang juga wira kita yang sanggup berkorban untuk negara.
Saya datang ke sini kerana menerima undangan Ahmad Zahid dan saya datang dengan hati terbuka, mengenai perkara lain kita boleh cakap panjang.

Kita mempunyai beberapa perbezaan pendapat mengenai harga sama ada ia berbaloi atau tidak, katanya.

Terdahulu, Guan Eng bersama Mansor, Ramasamy; Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Jamil Othman dan tiga wartawan dibawa dengan helikopter dari LTAL ke kapal KD Lekiu pada jam 2.09 petang sebelum dibawa ke KD Tun Razak kira-kira 45 batu nautika dari Langkawi.

Mereka kemudian dibawa menaiki KD Tun Razak yang menyelam pada kedalaman 30 meter selama satu setengah jam.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, KD Tun Razak sepatutnya berlabuh di jeti Awana Porto Malai, di sini, sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2011 (LIMA 11) untuk tontonan orang ramai tetapi terpaksa berlayar untuk membawa Guan Eng.

Kapal selam itu perlu belayar selama kira-kira lima jam ke laut lepas bagi membolehkannya menyelam, katanya.

Ahmad Zahid yang sebelum itu bersetuju menyertainya, menarik diri di saat akhir selepas dinasihatkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berbuat demikian.

Aset pertahanan laut milik negara yang sebelum ini dipamerkan secara statik sempena LIMA '11.

Rabu, 7 Disember 2011

beraninya perogol ni

beraninya perogol ni banding brader aljub. siasatan hanya berdasarkan dna, keterangan saksi, mangsa dan cap jari. brader aljub cukup ada video clip pun masih liat nak ngaku. bohong tak sudah-sudah

KOTA BHARU 6 Dis. - Suspek yang ditahan pada 25 November lalu kerana disyaki perogol bersiri mengaku terlibat dalam kesemua 26 kes rogol dan cubaan rogol di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya percaya setakat ini dapat menyelesaikan 16 kes rogol dan 10 kes menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan.

Beliau berkata, suspek dipercayai menggunakan modus operandi sama ketika melakukan kesemua jenayah itu sejak 2009.

"Suspek yang kita buru selama ini telah tumpas. Memang tidak ada suspek lain. Suspek sendiri mengaku merogol gadis-gadis itu dan gadis-gadis itu juga mengenalinya.

"Kita masih melakukan siasatan terperinci meliputi cap jari, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan keterangan-keterangan mangsa sebelum membolehkan suspek didakwa di mahkamah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Ahad lalu, seorang lelaki dipercayai suspek kes rogol bersiri membabitkan 19 gadis dan beberapa kes cubaan merogol di negeri ini, berjaya ditahan ketika cuba merogol mangsa terbarunya di dalam sebuah asrama pekerja wanita.

Modus operandi yang digunakan adalah dengan menunggu mangsa berseorangan, mengacukan pisau dan mengikat mangsa sebelum merogol.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, pihaknya menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes curi kenderaan menerusi Ops Lejang di dua lokasi di Pasir Mas malam tadi.

"Dalam kes pertama, polis berjaya menahan dua suspek berusia 48 tahun dan 28 tahun di Tendong, Pasir Mas, pada pukul 10.30 malam ketika mereka meleraikan salah sebuah daripada dua kereta dalam kawasan semak," katanya.

Katanya, tangkapan kedua dibuat selepas pihak polis terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Land Cruiser ketika melalui Jalan Tendong-Pasir Mas yang disyaki kereta curi berdasarkan satu laporan dibuat di Selangor.

"Ketika kenderaan itu cuba dihampiri polis, suspek cuba melarikan diri menghala ke Jalan Bunut Susu-Gelang Mas. Apabila tiba di Kampung Kubang Palas, Tendong, kereta terbabit hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan. Ia melanggar dua batang pokok dan merempuh sebuah rumah di tepi jalan.

"Salah seorang keluar dari sebelah penumpang dan melarikan diri ke dalam semak manakala seorang lagi cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap," katanya.

Tambahnya, hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas ketiga-tiga suspek dalam dua kes terbabit mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Isnin, 5 Disember 2011

tengok aje ke..

dalam agama pas, nik aziz memang nabi di kalangan penyokong fanatik pas. jadi nak heran apa. dah nama pun Parti Ajaran Sesat. kalau dah sesat, tunggu apa lagi, pihak jabatan agama tak kan nak duduk diam aja. takkan tindakan berpilih-pilih, alarqam diharamkan, tapi pas terkecuali. apakah parti politik tak boleh diambil tindkan. kalau disusur, banyak kesesatan yang dibawa oleh pas, terutamanya tentang pelaksanaan hukum hudud, fatwa-fatwa yang mengelirukan, dan sumpah bai'ah. jadi, pihak yang berkenaan, nak tengok aje ke, hingga keadan jadi lebih teruk, baru nak bertindak...

Kufur samakan dengan nabi

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my




KOTA BHARU 4 Dis. – Sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Malah mereka turut mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) mengambil tindakan ke atas Shamsul Zaman Sukri atau ‘Ustaz Budak’ kerana bimbang ucapan orang fanatik seperti itu akan menjadi wabak dan malapetaka kepada masyarakat.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah berkata, punca utama perkara tersebut berlaku adalah disebabkan jahil agama dan sikap terlalu mendewa-dewakan pemimpin.

“Orang Pas sememangnya taksub kepada pemimpin mereka dan tidak pelik perkara ini berlaku kerana sejarah telah membuktikannya, sebagai contoh di India kumpulan Qardiyani menganggap pemimpin mereka sebagai nabi.

“Hadis ulama pewaris nabi yang digunakan oleh Shamsul Zaman untuk merujuk Nik Aziz nabi adalah salah, ahli sunnah memahami ulama pewaris nabi dalam ilmu hukum dan meneruskan misi dakwah dan bukan menjadi nabi, kalau begitu semua ulama dari zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang berjuta-jutalah nabi.

“Kecintaan ‘Ustaz Budak’ itu kepada Nik Abdul Aziz keterlaluan dan melampaui batas sehingga mendewa-dewakannya melebihi segala-galanya sehingga tidak sedar batas-batas perkataan yang boleh membawa kufur atau murtad,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya MAIK menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

Desakan tersebut dibuat selepas sebuah portal detikaperubahan.com mendedahkan rakaman video yang menunjukkan Shamsul Zaman telah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi berasaskan hadis, ‘ulama adalah perwaris nabi’.

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Nik Abdul Aziz juga perlu bertanggungjawab dalam isu tersebut kerana sikapnya yang membentuk penyokong Pas menjadi taksub dan menanam kebencian kepada umat Islam dalam UMNO.

“Pada setiap minggu di hadapan Pejabat Pas Kelantan, Nik Abdul Aziz mengajar orang ramai supaya menganggap orang UMNO tidak Islam kerana mahu orang UMNO dan Pas bermusuh serta menanam benih-benih benci terhadap pemimpin parti itu.

“Dia turut bertanggungjawab dan jangan mendiamkan diri, kerana membenarkan pembohongan dan terlalu suka kalau dia dipuji dan dipuja,” katanya yang secara sinis bertanya adakah Ustaz Budak itu sudah mumayiz, dapat membezakan baik dan buruk atau akil baligh sehingga mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Jurucakap sebuah pertubuhan yang menghimpunkan warga institusi pondok tradisional, Minda Pondok, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman pula berkata, Shamsul Zaman wajib bertaubat kerana kenyataan itu amat bertentangan dengan Islam.

“Hadis nabi yang sahih sudah jelas iaitu ‘tiada nabi lagi selepas aku’. Jadi bagaimanapun pula kita boleh samakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

“Dalam Islam mengaku Imam Mahadi pun haram apatah lagi nabi, dahulu al-Arqam dikenakan tindakan kerana pemimpinnya mengaku Imam Mahadi, sebab itu JAIK kena ambil tindakan,” katanya.

Jumaat, 2 Disember 2011

Calon

calun boleh menang lawan calon orang umno. naib presiden ni benar-benar tambah pm pening kepala nak pilih calon.


Kriteria utama jadi calon

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ahli parti yang benar-benar menjadi ‘orang UMNO’ akan diberi keutamaan oleh pucuk pimpinan untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, justeru ahli dan para pemimpin parti khususnya golongan muda wajar bermuhasabah diri sama ada mereka sekadar ahli biasa atau mempunyai ciri-ciri taat dan setia, cinta dan kasih serta berkhidmat dan berkorban untuk parti.

“Inilah pesanan Presiden khususnya kepada pemimpin muda iaitu dalam keghairahan hendak menjadi calon dan mendapatkan tempat, adalah penting mereka sendiri mesti muhasabah diri, sama ada mereka ahli biasa sahaja dalam parti atau betul-betul merupakan ‘orang UMNO’.

“Orang UMNO’ sudah tentunya akan menjadi keutamaan pucuk pimpinan dalam memikirkan siapa yang akan dicalonkan untuk mewakili parti dalam PRU13,” katanya ketika mengulas ucapan dasar Presiden parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini

Turut hadir, dua lagi Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya berkata, adalah tidak mencukupi bagi anggota parti itu sekadar menjadi ahli UMNO tetapi mereka perlu menjadi ‘orang UMNO’ yang perwatakannya tergambar daripada tindak tanduknya dan sistem nilai yang dipegang iaitu taat dan setia, cinta dan kasih serta berkhidmat tanpa jemu dan berkorban untuk parti.

Hishammuddin menambah, ucapan itu menandakan Presiden membawa semua ahli ke ambang PRU-13 yang mana sejarah menunjukkan ‘orang UMNO’ dan ahli UMNO dibezakan dari segi kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan semangat yang perlu ada dalam jentera parti itu.

Katanya, kadang kala persepsi terhadap perbezaan itu wujud di beberapa peringkat lapisan UMNO dan di peringkat akar umbi masih menebal dari segi perpaduan, kesatuan, kesetiaan, pahit getir untuk memastikan UMNO kekal sehingga hari ini.

Menurutnya, mereka yang menyedari mereka bukan benar-benar ‘orang UMNO’ perlu memberi laluan kepada orang lain demi memastikan kemenangan BN pada PRU13.

“Siapalah kita ini, kalau kita tengok Presiden dan Perdana Menteri sebelum ini, daripada Allahyarham Tun Hussein, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri yang sanggup melakukannya demi kelangsungan dengan tertib dan secara sopan, maka siapalah kita yang di peringkat wakil rakyat semata-mata,” katanya.

Perkara berkenaan, kata Hishammuddin, tidak hanya berkisar di kawasan UMNO tetapi juga menyentuh kemampuan Barisan Nasional (BN) memastikan momentum kemenangan dibawa ke peringkat parti komponen BN di seluruh kawasan.

Menurutnya, ketika ini generasi muda perlu lebih menghayati game changer itu kerana mereka yang akhirnya mencorak masa depan kepimpinan UMNO kerana mereka tidak melalui detik-detik cemas, kepayahan dan kesusahan untuk memastikan survival UMNO seperti zaman terdahulu.

Blogger 1

bmf

bmf