Sabtu, 30 April 2011

AMK PKR

Gambar di bawah ialah kekecohan yang serupa dengan rusuhan tepi jalan. Puak PKR ni memang letak otak kat biji telor dia orang la. Patutnya, dia orang demo kalau orang tu tak mahu melakukan sumpah laknat demi membuktikan kebenaran. Ini orang nak buat sumpah laknat pulak yang dia orang nak halang. kan ke mangkuk bingai betul. kalau orang tu salah, biarlah dia tanggung akibat dilaknat Allah. Tak hari ni mungkin esok lusa. Bukan tahun ni mungkin tahun mendatang. Tapi janji Allah adalah pasti.

Jumaat, 29 April 2011

Karya Agung

Banyak blog dalam bloglist blog ni menyiarkan tentang video seks seorang pemimpin pembangkang versi penuh. lihat untuk mencari kebenaran adakah benar ianya pemimpin anugerah Tuhan atau sebaliknya. jangan tengok dengan penuh nafsu, kang lepas ni melanggan china doll pulak. main kat hotel, tak pasal-pasal keluar pulak video versi korang.

Selasa, 26 April 2011

DNA Lelaki Y

Misteri DNA lelaki Y yang selama ini menjadi tanda tanya akhirnya terungkai. Lelaki Y ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Cuma kali ni apa lagi taktik dan helah peguambela Anwar untuk menolak bukti dan hujah.

Anwar Lelaki Y

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

ANWAR Ibrahim hadir di mahkamah bagi mendengar penggulungan kes liwat terhadap bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari di Mahkamah Tinggi Jenayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 25 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pendedahan identiti tersebut dibuat oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pengesahan identiti itu juga membuatkan kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang berada di galeri awam kelihatan diam seketika.

Mohd. Yusof menyatakan, perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima, Dr. Seah Lay Hong dan saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon mengesahkan profil DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari dengan DNA yang terdapat pada tuala Good Morning, botol minuman 'Cactus' dan berus gigi adalah sepadan.

Ketiga-tiga barang tersebut diambil dari lokap yang menempatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalaman pada 16 Julai 2008 selepas beliau ditangkap, sebagai bahan bukti.

''Dengan padanan tersebut, tanpa sebarang ragu, ia mengesahkan bahawa penyumbang air mani Lelaki Y yang tidak dikenali dan dijumpai di dalam dubur mangsa adalah milik tertuduh,'' tegas Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu.

Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut dan tertuduh perlu dipanggil membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya.

Selain itu, beliau menyatakan, barisan pembelaan tidak pernah mencabar secara serius keterangan terperinci Mohd. Saiful Bukhari berhubung kejadian liwat tersebut yang diberitahu dalam prosiding tertutup sebelum ini.

Niat tertuduh untuk melakukan perbuatan tersebut juga jelas kelihatan pada beberapa insiden yang berlaku sebelum dan pada hari kejadian.

Mohd. Yusof menyatakan, tertuduh berulang kali meminta Mohd. Saiful Bukhari untuk datang ke Kondominium Desa Damansara malah pada hari kejadian, Anwar sekali lagi mengingatkan pengadu agar ke tempat kejadian dengan membawa gel pelincir, KY Jelly.

''Tertuduh boleh berbincang mengenai jadual kerjanya dengan mangsa sewaktu masih berada di pejabat tetapi dia tidak berbuat demikian malah turut meminta Mohd. Saiful Bukhari membawa KY Jelly. Apa perlunya diminta membawa pelincir tersebut sekiranya hanya ingin berbincang mengenai jadual kerja?'' katanya.

Sepanjang perbicaraan selama 57 hari, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dengan saksi pertama dan utamanya ialah Mohd. Saiful Bukhari.

Isnin, 25 April 2011

1Melayu, 1Bumi

Heboh dengan 1Melayu 1Bumi. Idea ni bagus tak? Pada aku, tak boleh guna dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Amat bahaya dan boleh mencetuskan huru-hara. Bukan sekarang tapi pada tahun-tahun yang akan mendatang. Cukup-cukuplah kita disatukan dalam slogan 1Malaysia. Ini pun sudah cukup ampuh. Kalau Cina tidak memperdulikan slogan ni, tak apa, ramai kaum dah boleh terima dan bersama berganding bahu mencapai negara maju dan Wawasan 2020. satu masa nanti, kaum Cina pasti akan turut serta. Mana taknya, takkan dia nak jadi kera sumbang dalam satu kelompok yang ramai. Bukan kita yang nak sisihkan tapi dia orang yang sendiri nak sisihkan diri.

Blogger 1

bmf

bmf