Rabu, 29 Februari 2012

Badrulamin - konspirasi UMNO

Badrolamin dan pencacai pembangkang:

Apa yang berlaku kepada ostat Bad adalah konspirasi terancang UMNO,agensi kerajaan dan blogger. mana mungkin ostat yang mengumpamakan Anwar sebagai Imam Mahadi boleh berkhalwat. bukan calang-calang orang boleh nampak bayangan Imam Mahadi pada diri seseorang. Bini pun dah cakap anwar tu Anugerah Tuhan kepada rakyat Malaysia.

ostat Bad ni ditangkap khalwat sebab fitnah UMNO dan kospirasi terancang untuk meruntuhkan ostat yang dah sama level dengan ularmak PAS



tapi yang kat bawah ni dia tak mahu kata konspirasi UMNO. Dia tak mahu kata dia kahwin dua dan dapat bini muda sebab kerja jahat dan kerja kotor UMNO.



dapat sedap cara haram, kantoi salahkan UMNO. dapat sedap cara halal tak pulak bagi bagi kredit kat UMNO. ostat Bad ni kalau tak kerana UMNO pimpin kerajaan Malaysia, mana mungkin dia dapat kahwin dua. bayangkan kalau Malaysia ni macam palestine, atau iraq, dapat tak dia kahwin dua.

Selasa, 28 Februari 2012

Sebab Datuk Phahrol Tolak

Ini nak jadi MB...



yang ni masih kekal sebagai MB.

masa makin suntuk, PRU13 dah semakin hampir. nampaknya yang kat atas tu akan kempunanlah jawatan MB.



satu lagi, apa beza Exco dengan jawatankuasa PAS negeri. Exco ada ketua, jawatankuasa PAS negeri pun ada ketua. kalau benar dia tak sebulu ngan kepimpinan DS Azizan sebagai ketua, dia juga sepatutnya lepaskan jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS. sebab pimpinan jawatankuasa PAS negeri diterajui oleh DS Azizan. Barulah pimpinan PAS Kedah tenang sebab tak ada langau yang berbeza pendapat ngan ketua...

nampak sangat dia ni nak jadi MB. entah siapalah yang gula-gulakan dia ni akan bakal jadi MB Kedah ekoran beberapa isu besar yang menjatuhkan imej DS Azizan sebagai MB.

Phahrolrazi akui ada perbezaan pendapat dengan Azizan


2012/02/28
ALOR SETAR: Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan PAS Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.
Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar".
"Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu.

"Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati.

"Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar.

"Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini. - BERNAMA

Mesti Badrulamin ada kung fu

Ostat Badarulamin kata, dia dibelasah oleh samseng dalam 20 orang. Tapi bila tengok gambar dia pergi JAIP, langsung tak ada kesan merah ke, biru ke kat muka. Kalau kat badan tu, mungkin teman khalwatnya lebih arif sebab masa tu dengarnya hanya paka towel. Tak ada juga tampal plaster ke kat muka ke, tapak tangan ke akibat dibelasah. Tulang-temulang pun tak ada yang patah gamaknya sebab ostat ni masih boleh jalan sendiri ke pejabat JAIP. waktu naik tangga pun steady aje seperti tak ada sakit apa-apa akibat dibelasah oleh samseng seramai 20 orang. Ostat siap senyum lagi, cam senyum puas aja.

rumusannya, dari aksi ke pejabat JAIP, ostat langsung tak menderita apa-apa kesakitan walau pun telah dibelasah sebegitu ramai samseng.




tak pulak macam orang kat bawah ni, lembik semacam.seorang je tonyoh muka dia, tapi suara salakan dia tembus ke bulan. tapi kalau jumpa jambu, jadi keras alang kepalang.




agaknya, aksi ostat ada persamaan dengan aksi di bawah kut. cuma, kat bawah ni, samseng dia lagi ramai. tapi kalau 20 orang tu, dah cukup tenaga untuk belasah seorang tua yang dah sampai separuh abad.

ostat ni memang banyak ilmu kut. ilmu pelemah samseng dan ilmu penakluk perempuan. hebat dia ni, nama mesti dah sebaris Anwar dan Mat Sabun.

Isnin, 27 Februari 2012

Ustaz Badrulamin : Kalau....

Berita penangkapan khalwat Ustaz Badrulamin....



ini teman khalwat Ustaz Badrulamin...




Kecoh satu Malaysia berikutan penangkapan khalwat Ustaz Badrulamin di Pahang.

pemimpin pembangkang sibuk membangkang projek Lynas, ada pulak yang buat projek lain. Ada saksi mengatakan, yang perempuan dah jumpa Ustaz selama 3 hari kat hotel tu. Tapi lantaklah, 1 hari ke, 3 hari ke, yang isunya, ada pertemuan dalam bilik hotel. kononnya nak bagi tazkirah..... tapi maukah dia bagi tazkirah dan masuk dalam bilik hotal dia kalau perempuan ni yang minta tolong...

Sabtu, 25 Februari 2012

PKR Berkabung

Bersangka baik aja. Semua Ustaz itu ilmu agamanya tinggi. sejak kecil aku ditanam dengan fikiran begitu. Namun sejak dua menjak ni, kebanyakan pemimpin pembangkang yang menggelar diri mereka ustaz menjahanamkan title USTAZ yang aku anggap mulia itu.

ini Ustaznya



dan ini pasangannya



aku mohon ampun hujung rambut hingga hujung kaki andai berita ini fitnah. namun andai berita ini benar, mohon yang ditangkap khalwat jangan berdalih dan cuba putarbelitkan lagi isu. yang nyata, dia orang ditangkap berdua-duaan dalam bilik, berpakaian yang menimbulkan syak wasangka, dan begitu lama untuk buka pintu semasa serbuan dilakukan. 10 minit sudah cukup lama, inikan pula setengah jam.

boleh rujuk di sini. PISAU

Seorang pemimpin PKR ditangkap khalwat di Kuantan
25/02/2012 10:55pm

KUANTAN 25 Feb. – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok di sini awal pagi ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata, pemimpin PKR bersama wanita itu ditangkap oleh sepasukan penguat kuasa JAIP kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Mohd Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut penangkapan pemimpin PKR itu, yang pernah menggelarkan Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi. – BERNAMA

Pro Ulama PAS makin pupus




Habislah golongan Pro Ulama dalam PAS. Siapa saja golongan Pro Ulama dalam PAS yang pegang jawatan akan habis riwayatnya dalam politik. Terkini, MB Kedah, DS Azizan. Usaha sedang rancak dan giat untuk menyingkirkan Azizan dari kerusi MB. Beberapa isu kecil dibesar-besarkan terutamanya isu AUKU, di mana Azizan diserang dari segenap sudut. Semuanya semata-mata untuk menjatuhkan imej kepimpinan Azizan yang lemah dan mirip kepada UMNO.

Baru-baru ni pernah bergolak, kononnya DS Azizan akan meletak jawatan, namun akhirnya itu hanyalah gossip-gossip dari puak yang anti Azizan. Kini, isunya kembali memuncak berikutan beberapa exco yang enggan dilantik semula ke jawatan mereka. Alasan yang cukup kuat jika benar beberapa exco ini enggan dilantik semula pastinya kerana mereka tidak sebulu dengan cara kepimpinan DS Azizan.

Jika Azizan tumbang, berjaya disingkirkan dari kerusi MB. Anwar pastinya gembira sakan. Satu-satunya tembok yang perlu dilanggar dan dirobohkan sudah pasti DS Haji Hadi. Jika berjaya, PAS 100% telah berjaya dikuasai oleh PKR. Nik Aziz...? lagila gembira kerana tidak ada lagi suara-suara kasar dalam PAS yang mengecam dan mengutuk Anwar. Lagi senang Nik Aziz, sebab tak perlu susah payah nak mempertahankan Anwar...


Usaha jatuhkan Menteri Besar Kedah

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Tekanan politik yang terpaksa dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga menyaksikan ‘pemberontakan’ empat Exco kanan Pas didakwa berpunca daripada tangan ghaib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan itu dibuat bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kerana katanya, Anwar tidak menyukai mana-mana pemimpin ulama dalam Pas yang tegas mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam kerana mahu prinsip itu diliberalkan.

Menurut Mohammad Fairus, bibit-bibit usaha bagi menjatuhkan Azizan bermula apabila Anwar secara terbuka dalam satu mesyuarat pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan dasar menaikkan peratus pemilikan bumiputra untuk tanah rizab Melayu kepada 50 peratus.

“Saya sendiri (selaku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada masa itu) berada dalam mesyuarat dan Anwar tidak setuju dengan dasar 50 peratus pemilikan bumiputera untuk tanah rizab Melayu. Anwar mahu dasar tersebut diliberalisasikan seperti sedia kala.

“Namun Azizan tidak berganjak dengan pendiriannya kerana beliau memang dikenali sebagai pemimpin ulama Pas yang berjiwa Melayu dan sejak detik itu, Anwar melalui golongan ‘Anwarinas’ dalam parti Pas merancang untuk menjatuhkan Azizan.

“Sebab itu sehingga hari ini kita tidak mendengar seorang pun golongan ‘Anwarinas’ dalam Pas mempertahankan Azizan. Mana suara Datuk Mahfuz Omar? Mana suara Mohamad Sabu dan naib-naib presiden Pas lain,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas krisis kepimpinan terbaru dalam Kerajaan Pas Kedah yang menyaksikan ‘pemberontakan’ empat Exco kanan dari parti Pas selepas pelbagai tekanan sebelum ini bagi memaksa Azizan melepaskan jawatan selaku Menteri Besar Kedah gagal.

Azizan sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin pakatan sendiri apabila beliau mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Kedah, menggantung pelajar selain keberaniannya menyanggah isi kandungan Buku Jingga pakatan pembangkang, apabila berkata ia bukan al-Quran.

Mengulas lanjut, Mohammad Fairus mendakwa, perkembangan terbaru yang menimpa Azizan juga membuktikan Anwar mengamalkan politik kuku besi dan beliau akan melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan pihak yang menyanggahnya daripada menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim berkata, Azizan kini mangsa seterusnya kerakusan politik Anwar selepas Datuk Dr. Hasan Ali berjaya ditendang keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor kerana lantang mempertahankan Islam.

Katanya, usaha Anwar untuk menyingkir golongan ulama dalam Pas bertambah mudah kerana parti tersebut kini dikuasai lebih 70 peratus golongan pro kepada ketua pembangkang itu dan mereka tidak teragak-agak untuk ‘menikam’ rakan sendiri jika matlamat ke Putrajaya cuba dihalang.

“Siapa yang menjadi pencatur kepada tangan-tangan ghaib bagi menyingkir pemimpin ulama dalam Pas cukup jelas. Selepas Hasan Ali kini Azizan pula, apakah semua ini sekadar kebetulan? Ini semua perancangan matlamat menghalalkan cara oleh Anwar,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula tidak menolak kemungkinan tangan-tangan ghaib yang cuba membunuh karier politik Azizan berasal dari Anwar.

Katanya, ini kerana PKR sendiri bercita-cita besar untuk menonjolkan pengaruh parti itu di Kedah dengan cara menukar warna kepimpinan Pas di negeri jelapang padi itu agar seiring dengan dasar dan kehendak Anwar.

Jumaat, 24 Februari 2012

Anwar patut jumpa Majlis Syura



Anwar sepatutnya berjumpa dengan Majlis Syura Ulama Pas untuk menjelaskan kenyataannya dalam WSJ. Bukan bertemu dengan Nik Aziz. Sebab Anwar dan Nik Aziz satu kepala. Dua-dua anggap diri lebih baik dan mulia dari orang lain.

Mungkin juga dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas hari tu, Nik Aziz lebih banyak mempertahankan Anwar berbanding ahli Majlis Syura yang lain. Tu sebablah, lepas pertemuan dengan Nik Aziz, Anwar masih lagi dengan angkuh mempertahankan apa yang dikatakannya dalam WSJ.

Sebagai sebuah parti yang tetap berpegang teguh bahawa Israel adalah negara HARAM, sepatutnya Anwar dah kena pelempang Nik Aziz. sepatutnya juga, Nik Aziz adalah orang pertama di Malaysia yang mengecam kenyataan Anwar dalam WSJ. Tapi, apa Nik Aziz buat, konon perjuangkan Islam, perjuangkan rakyat Palestine yang dizalimi rejim Israel namun hakikatnya, Nik Aziz hanya nak selamatkan Anwar.

Nak tangkap ular, kena tangkap kepala. Dan ini yang berlaku pada PAS. Nak taklukkan PAS, Nik Aziz mesti digula-gulakan dulu. Kalau dah melekat dan tunduk, badan dan ekor pasti akan mengikut.

Apa pendirian Majlis Syura Ulama Pas?

Oleh SYUKRI SHAARI dan FAZRINA AYU RADUIAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim menggesa Majlis Syura Ulama Pas menjelaskan pendiriannya berhubung tindakan parti itu yang terus menyokong dan memberi kerjasama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana katanya, tindakan parti itu menyokong Anwar yang secara terang-terangan menyokong Israel, boleh dianggap sebagai bersubahat.

"Saya menggesa Majlis Syura Ulama Pas supaya menyatakan pendirian dalam hal ini kerana Anwar tidak melakukan dua perkara yang telah diputuskan oleh majlis tersebut untuk membuktikan bahawa beliau tidak menyokong Israel.

"Selain itu, saya juga mahu tahu pendirian majlis tersebut sama ada parti itu dianggap sebagai bersubahat kerana menyokong kenyataan Anwar seperti yang dikeluarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang tidak akan menyaman WSJ berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam semalam, Anwar berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.

Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini sebulat suara memberi kata dua kepada Anwar supaya menarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel dan menyaman WSJ bagi membuktikan bahawa beliau tidak menyokong negara berkenaan.

Dalam pada itu, Razali turut mempertikaikan tindakan Anwar yang hanya memberi penjelasan kepada Nik Aziz sahaja.

Sedangkan, katanya, Anwar sepatutnya memberi penjelasan tersebut kepada Majlis Syura Ulama dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana ia membabitkan kepentingan ummah.

Sementara itu, berhubung dakwaan bahawa syarikat Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel, Razali menyifatkannya sebagai strategi pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

"Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dan mengiktiraf negara tersebut apatah lagi mempertahankan keselamatan negara itu.

Ini merupakan perkara yang berbeza serta sengaja dibangkitkan untuk mengalih pandangan, mengelirukan dan bertujuan mendapatkan sokongan rakyat. Kita tidak perlu menyokong pihak yang melakukan kesalahan kerana kita mempunyai pilihan, menolak atau bersubahat," jelasnya.

Khamis, 23 Februari 2012

Mufti Perak minta Anwar dan Nizar bertaubat segera... | Muka Hadapan

gambar pegang lilin pun patut masuk sini juga.

Mufti Perak minta Anwar dan Nizar bertaubat segera... | Muka Hadapan

Rabu, 22 Februari 2012

BAI'AH

Bai'ah itu memang ada. Ada dan diamalkan oleh PAS. Tujuannya, agar calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya. Kalau menyeleweng, “maka akan celaka dunia dan akhirat”. Hanya itu sajakah akibat jika menyeleweng. Atau adakah akibat lain yang cuba disembunyikan. Adakah keluar PAS juga dianggap melanggar Bai'ah.

seram bunyinya, tapi benarkah PAS tidak menyeleweng dari dasar Islam. Fitnah, fatwa songsang, memecahbelah perpaduan dan ketaksuban terhadap pemimpin bukankah dah menyeleweng namanya. Dan itu semua amat sinonim dengan PAS.

Satu lagi, yang dipeliahara cuma undang-undang tubuh PAS, bukan pemimpinnya. Pemimpin PAS bukan nabi, lainlah kalau pengikutnya dah menganggap pemimpin PAS nabi.

Celaka dunia akhirat – Hadi

KUALA LUMPUR 21 Feb. — Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

“Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. — BERNAMA

Isnin, 20 Februari 2012

UMNO VS PAS

Artikel kat bawah ni, buat aku gelisah sepanjang hari. Apa perlu UMNO ganti peranan PAS.
Apa peranan PAS dalam negara kita ni? Tak ada, nol. Yang ada:

1. Parti yang memecahbelahkan perpaduan orang Melayu
2. Parti yang menyesatkan akidah orang Islam

lantas apa perlu UMNO ganti peranan PAS. PAS langsung tak memberi apa-apa sumbangan kepada agama, bangsa dan tanahair. Sedangkan UMNO diwujudkan demi agama, bangsa dan tahan air. pada aku, UMNO perlu berdiri sendiri, tak perlu ganti peranan siapa-siapa. UMNO itu sendiri sudah banyak memainkan peranan dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. Mungkin dari segi pelaksanaan Islam itu tidak dilihat, namun penerapan nilai-nilai Islam itu telah berlaku dari sejak UMNO memimpin negara.

dalam usaha memartabatkan Islam dan membantu orang-orang Melayu, masjid, surau, madrasah, ajk masjid daripada imam semuanya mendapat perhatian. Guru KAFA dan JQAF diambil semuanya kerana membantu orang Melayu dan mengukuhkan syiar Islam itu sendiri. banyak sangat UMNO buat dalam memertabatkan dan menegakkan syiar ISLAM di negara ni.

lantas,apa perlunya ganti peranan PAS. tak kan ganti PAS menyesatkan akidah orang ISLAM.

UMNO perlu ganti peranan Pas

KUALA LUMPUR 19 Feb. – UMNO diminta menggantikan peranan memperjuangkan Islam yang ditinggalkan Pas agar parti Melayu tersebut memperoleh sokongan padu daripada umat Islam terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, berdasarkan kajian akademik beliau selama ini, UMNO dilihat mempunyai beberapa kelebihan dari segi politik sekiranya parti pemerintah itu menggunakan pendekatan sedemikian.

Katanya, memandangkan Pas kini telah kehilangan identiti dan perjuangan asal mereka demi kuasa politik, maka UMNO sekarang menjadi tonggak kepercayaan golongan ulama dan cendekiawan Islam sebagai benteng akidah paling hadapan umat agama tersebut.

“Apa yang saya nampak, sekiranya strategi ini digunakan, sokongan terhadap UMNO akan bertambah kerana orang Melayu dan Islam ini tidak boleh dipisahkan.

“Dahulu UMNO dituduh parti bukan Islam, sekular dan sebagainya, namun kini mereka perlu mengambil ruang itu. Saya yakin UMNO dapat mengetuk pintu hati masyarakat apatah lagi ketika ini Pas telah berkawan dengan pihak yang ternyata menentang Islam.

“Pas bertukar ke arah liberal disebabkan strategi berpolitik baru mereka yang bermatlamatkan kuasa. Ini yang berlaku kini, berbeza dengan pendirian parti itu dahulu, yakni begitu fanatik. Kenapa ia berlaku? Kerana mereka nampak ruang dan peluang itu untuk mendapat sokongan daripada skop yang lebih besar,” katanya.

Sabtu, 18 Februari 2012

IMF buat Anwar hangin




puak pembangkang mesti tak baca artikel kat bawah ni. Lebih-lebih lagi tuan penasihat ekonomi RM1 negeri Selangor. mesti angin senggugut datang

Pujian IMF buktikan pengurusan kewangan Malaysia mantap

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Gambaran positif yang diberikan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa sistem kewangan Malaysia adalah mantap dan berdaya tahan serta berada pada kedudukan yang baik untuk menghadapi persekitaran luar yang mencabar, mengesahkan bahawa pengurusan kewangan negara dijalankan dengan baik.

Pujian harus diberi kepada Bank Negara Malaysia dan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang arif mengenai pengurusan kewangan berkenaan, hasil daripada kawalan ketat yang dikenakan terhadap bank-bank dalam menjalankan operasi mereka dan mengekalkan daya tahan ekonomi negara.

BNM mempunyai satu pasukan yang berpengalaman dalam pengurusan ekonomi sehingga dapat mengenal pasti krisis hutang Eropah dan bersedia untuk memperkenalkan langkah-langkah pengurangan jika berlaku kejatuhan yang memberi kesan kepada Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa sistem perbankan Malaysia mempunyai permodalan yang baik sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan-peraturan perbankan kewangan antarabangsa Basel II yang antara lain, mahu institusi kewangan mempunyai modal yang baik.

Malaysia, tidak disangsikan lagi, mempunyai perlindungan yang mantap dengan bank-bank yang kukuh dan modal yang baik yang boleh membawa ekonomi melalui masalah jika ia muncul.

Bank pusat telah begitu teliti dalam menyelia dasar fiskal serta kewangan negara dan ini telah lama berlaku dalam meningkatkan sistem perbankan dan daya tahan ekonomi terhadap ragam dalam pasaran antarabangsa seperti cabaran luaran yang mungkin timbul dari krisis hutang Eropah.

Semasa sesuatu krisis, ekonomi sering bergantung kepada sistem perbankan untuk menarik negara melaluinya dan dalam hal ini, Greece gagal kerana bank-banknya tidak mempunyai modal yang mencukupi dan oleh itu tidak cukup kuat dari segi kewangan.

Di Malaysia, semasa krisis kewangan 1997/98, serta ketika kelembapan ekonomi global 2008/09, hasil daya tahan bank dan permodalan yang kukuh yang membantu ekonomi untuk terus berkembang.

Kedudukan kewangan kerajaan yang teguh membolehkannya memperkenalkan dua pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion pada November 2008 dan Mac 2009 yang membantu memberikan kesan positif terhadap ekonomi.

Sebaliknya, banyak ekonomi lain, termasuk negara-negara maju dan beberapa di rantau ini, telah melalui masa yang sukar kerana kerajaan mereka tidak bertindak dengan cepat untuk menangani kelembapan akan berlaku.

Lembaga Eksekutif IMF, dalam laporan terbaru, juga memuji sistem kewangan Malaysia yang kukuh yang telah meletakkan negara ini untuk sekali lagi mengadakan semula "langkah sokongan luar biasa yang sama dengan yang digunakan pada 2008-09" sekiranya risiko menurun menjadi kenyataan.

Penunjuk ekonomi utama Malaysia juga baik dengan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku keempat berkembang sebanyak 5.2 peratus dan 5.1 peratus peratus bagi seluruh tahun ini, disokong oleh keadaan permintaan domestik yang menggalakkan serta perbelanjaan sektor swasta dan awam.

Petunjuk lain bagi kedudukan negara ialah jumlah perdagangan tertinggi yang pernah dicatatkan berjumlah RM1.3 trilion tahun lepas, meningkat 8.7 peratus dari 2010.

Penganalisis berkata permodalan sistem perbankan yang kukuh akan menyokong pelaksanaan Projek Permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi serta meningkatkan Bidang Ekonomi Utama Negara dan akhirnya pendapatan negara.

Mereka berkata, semangat Perdana Menteri dengan melaksanakan cepat dan bersungguh-sungguh projek infrastruktur utama di bawah ETP akan terus membantu merangsang ekonomi meskipun cabaran yang akan berlaku. — Bernama

Sokong Anwar



setelah PAS bagi ingatan pada ketua pembangkang negara Malaysia, agar tarik balik kenyataan atau saman WSJ jika kenyataannya diputarbelitkan, namun apa kata Anwar. Ketua Umum PKR tu tetap dengan kata-katanya. Kalau begitu, Anwar secara rasmi mengakui dan mengiktiraf kewujudan negara haram Israel wal hal hampir keseluruhan negara Islam tidak mengiktirafnya.

Kenapa Anwar tak perjuangkan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestine ekoran tindakan kejam regim Zionis. Apa kah kita perlu jadi macam Nik Aziz dan hanya kata: Itu tak apa, dia punya pasal. Takadakah kecaman terhadap Anwar selari dengan pendirian PAS yang menganggap negara Israel itu haram. Apakah PAS hanya lepas tangan dengan isu ini walhal PAS sebumbung dengan PKR dalam pakatan. Sementelahan pula, Anwar sebagai leader Pakatan Rakyat.

Apakah nanti, jika ditakdirkan PR memerintah Malaysia, dan Anwar mengiktiraf Israel, PAS akan menyetujuinya juga. Nampaknya, semakin hari PAS semakin hilang arah tujuan.

Itu dia punya pasal – Nik Aziz

KOTA BHARU 17 Feb. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Jumaat, 17 Februari 2012

Berlatih di Cruzeiro, Brazil

Harap-harap dua remaja ni akan sukses nanti dan mampu memikat hati kelab Cruzeiro sekaligus mengikat kontrak dan bermain dengan kelab itu. Nampak memang mustahil, namun tidak ada yang mustahil jika dua remaja ini dapat menunjukkan pretasi yang membanggakan.

Dua remaja Pulau Pinang jalani latihan dengan kelab Cruzeiro

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GEORGE TOWN: Kemahiran luar biasa seorang remaja S Kumaahran dalam bermain bola sepak telah menarik minat kelab Cruzeiro dari Brazil untuk menawarkannya sebagai pemain kelab itu.

Pemain berusia 16 tahun itu akan menjalani ujian prestasi selama dua bulan di Belo Horizonte di Brazil mulai 25 Februari ini.

Beliau sebelum ini pernah mengikuti latihan sebulan dengan kelab itu di tempat yang sama pada Ogos tahun lalu.

Kumaahran berkata peluang untuk bermain dengan kelab Cruzeiro itu menjadi impiannya sejak kecil dan tidak menyangka ia menjadi kenyataan dalam hidupnya.


"Ini peluang kedua untuk saya mempelajari skil-skil hebat dari kelab Cruzeiro, mereka berlatih berbeza dan lebih cekap. Ia benar-benar mengubah persepsi saya mengenai bola sepak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Katanya, beliau juga menaruh harapan untuk menyarung jersi kebangsaan satu hari nanti tetapi mahu beraksi dengan pasukan luar negara dahulu bagi menimba pengalaman di peringkat antarabangsa.

Beliau yang berasal dari Butterworth ditemui selepas menerima sumbangan untuk perbelanjaan di Brazil sebanyak RM2,000 daripada Presiden persatuan Persatuan Bola Sepak India Pulau Pinang (PIFA) J Dhina.

Selain Kumaahran, seorang lagi pemain bola sepak remaja B Sanjeet Dinesh, 16, yang juga berasal di Butterworth turut menerima sumbangan berkenaan bagi menampung perbelanjaannya semasa latihan dengan kelab Cuzeiro.

"Saya tahu bahawa saya tidak akan mendapat banyak peluang seperti ini. Tetapi saya percaya pada diri saya sendiri dan saya rasa ia peluang bagi saya untuk mencontohi idola saya, Santokh Singh, di arena antarabangsa," katanya yang pertama kali dipanggil untuk berlatih dengan kelab berkenaan.

Sementara itu, Jaino Matos wakil rasmi Cruzeiro di Malaysia berkata kelab itu sangat berminat untuk membawa Kumaahran menjalani percubaan sekali lagi dan rakyat Malaysia semua harus berbangga dengan semua itu.

"Ia merupakan sebuah kelab besar dan elit, mereka pasti melihat potensi yang ada pada Kumaahran dan terbaru Sanjeet Dinesh. Terus terang kedua-dua remaja itu mempunyai potensi untuk bersinar pada masa akan datang," katanya yang juga jurulatih bola sepak Majlis Sukan Negara. - Bernama

Rupanya Anwar Pejuang Keselamatan




Disebabkan Anwar ni seorang yang memperjuangkan keamanan dan kemakmuran, terutamanya keselamatan sesebuah negara, dan dalam kes ini, lebih memberikan keutamaan kepada keselamatan negara haram Israel, dia sewajarnya dipuji dan patut dilantik sebagai seorang pejuang keamanan.

Namun jangan pulak hanya mementingkan keselamatan Israel sahaja. Keselamatan Palestine dari ancaman Israel macam mana? Hari-hari dengar ada aja serangan Israel terhadap Palestine yang mengorbankan nyawa. yang ni dia tak nak ulas pulak. Kenapa..?

kalau dia ni pentingkan sangat keselamatan sesebuah negara, apa kata dia perjuangkan negara-negara yang sekarang ni tengah bergolak. Negara-negara Arab seperti Mesir, Libya dan Syria serta beberapa negara lain seperti Afganistan dan Somalia perlu juga dia beri perhatian. Negara-negara ni jadi huru-hara disebabkan anasir-anasir luar. sepatutnya, ini yang dia beri perhatian dan sentiasa cakap di mana sahaja negara yang dia pergi.

Ini tak, ribut takda, petir takda, tetiba keluar tentang isu keselamatan Israel. Adakah Anwar sangat mengetahui tentang keselamatan Israel? Adakah dia sangat arif bila Israel menerima ancaman keselamatan dari negara-negara lain? Apakah maknanya tu? Kenapa kiblatnya hanya kepada Israel? Kenapa tidak kepada Libya, yang pemimpinnya sangat berjasa namun kematiannya begitu dimalukan sekali.



Akhbar Jerusalem Post puji Anwar

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post menerusi penulisnya, Michael Ordman menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha yang dapat menjamin keselamatan negara haram itu.

Ordman yang diiktiraf pemikirannya oleh Jerusalem Post kerana prihatin terhadap teknologi bagi menjamin kelangsungan Israel berkata, beliau secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pembangkang itu.

"Dari segi politik dunia, secara peribadi saya suka dengan berita bahawa Ketua Pembangkang Malaysia mengiktiraf Israel ketika ditanya sama ada Anwar bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.

Beliau berkata demikian sebagaimana dipetik dalam entri terbarunya bertajuk We have lift-off yang ditulis pada 6 Februari lalu, di laman web Jerusalem Post, http://blogs.jpost.com.

Ini bukan kali pertama 'lidah' Israel itu memuji Anwar kerana pada 20 Mac 2008, akhbar sama menerusi rencana bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?' turut menyanjung Ketua Pembangkang tersebut.

Pada 26 Januari lalu, akhbar The Wall Street Journal menyiarkan kenyataan kontroversi Anwar yang menyokong keselamatan Israel apabila berkata: "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel."

Kenyataan itu mendapat kecaman pelbagai pihak tetapi Anwar menegaskan pendirian tersebut dibuat berdasarkan penyelesaian dua negara dalam isu Israel-Palestin, konsep yang ditentang Pas dan majoriti umat Islam.

Khamis, 16 Februari 2012

DS Azizan Redha PR Kalah




Nampaknya DS Azizan dah nampak bayang-bayang kekalahan PR dalam PRU nanti. Namun apa yang cuba dinyatakan di sini ialah:


1. Kenapa DS ni cakap macam orang dah putus asa aja. Atau dia dah tahu yang PR terutamanya PAS akan bungkus dalam PRU nanti. Siap tunjukkan kalimat, dah jadi lumrah dalam politik, ada pihak yang menang dan kalah kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi yang membolehkan rakyat memilih kerajaan yang disukai.

2. dari kenyataan di atas, sudah pastinya, DS Azizan akan dicop sebagai orang UMNO. Kenapa.. kerana DS Azizan mengakui negara ini mengamalkan sistem demokrasi. Ini bagai beri gambaran bahawa DS Azizan mengakui ketelusan SPR dalam menjalankan tugas. Ini juga sebagai pengakuan bahawa BN tak pernah main kotor dalam PRU. Memang pun sebenarnya begitu, cuma puak-puak PAS terutamanya ketua putar belitnya aja yang menggambarkan sebaliknya. Semua kesalahan dan keburukan tentunya pada BN dan baik-baik aja pada PR. Namun kini rakyat sudah bijak menilai. mana kaca mana permata. peluang yang diberikan oleh rakyat, nyatanya digunakan untuk memuaskan nafsu dunia dan melupakan kebajikan rakyat.


Pas sedia hilang kuasa pentadbiran di Kedah

ALOR SETAR 15 Feb. – Pas Kedah sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sudah menjadi lumrah dalam politik ada pihak yang akan menang dan kalah kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi yang membolehkan rakyat membuat pilihan kerajaan masing-masing.

“Kalau rakyat sokong kita, kita duduklah bertugas lagi sebagai kerajaan. Kalau rakyat tidak mahu kita selepas usaha macam-macam, mereka tidak mahu juga, apa boleh buat.

“Kita sedia sebarang kemungkinan, ini biasalah. Kamu pergi perang ingat boleh menang selalu ke?,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat Kedah semalam bahawa negeri ini merupakan negeri yang boleh dimenangi BN jika pemimpin-pemimpin peringkat negeri mampu menyelesaikan masalah dalaman dan bekerja dengan lebih keras.

Kata Timbalan Perdana Menteri, rakyat Kedah kini semakin menyedari kelemahan kerajaan negeri yang diterajui Pas yang tidak berupaya meneruskan pembangunan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.

Azizan yang juga Menteri Besar berkata, sudah menjadi lumrah dalam politik jika sesebuah parti itu mempunyai masalah dalaman tetapi mendakwa tiada masalah yang besar berlaku dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Rabu, 15 Februari 2012

Lakonan Nik Aziz





1. Anwar buat kenyataan tentang isu keselamatan Israel ( maknanya Anwar sokong penubuhan negara Israel sedangkan Malaysia tetap tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Pas selari dengan pendirian Malaysia berkaitan isu negara Israel. Kalau penasihat dah sokong Israel, maknanya PKR pun sokong apa yang dikatakan Anwar sebab presiden PKR langsung tak ulas isu negara Israel. DAP, lagilah setuju sebab tak ada pun kecaman daripada parti atau pemimpin-pemimpin parti )

2. PAS melalui majlis syura menggesa Anwar menarik balik kenyataan atau menyaman WSJ jika ternyata WSJ memutarbelitkan kenyataan Anwar. Gesaan dari majlis syura ulama bukan dari pemimpin-pemimpin PAS. Pandainya dia orang berlakon depan Anwar dan DAP. Kalau individu yang buat kenyataan, pastinya dah kena herdik dek Anwar. Tapi disebabkan keputusan dari majlis syura, masing-masing nanti akan tuding jari.

3. Kalau Anwar tak tarik balik kenyataan atau saman WSJ, isu akan jadi basi sebab PAS tak akan ambil apa-apa tindakan. Gesaan atau saranan kepada Anwar hanya tinggal wap aja. Hasilnya langsung tak beri apa-apa faedah. Isu Anwar sokong keselamatan negara Israel akan hilang begitu aja.

4. Lantas apa perlunya majlis syura buat mesyuarat kalau sekadar bagi ingatan atau saranan aja pada Anwar sedangkan kalau Anwar tak buat apa-apa, PAS tetap aja jadi macam parti sampah. Tak bolehkah ambil tindakan seperti kecaman, amaran atau ugutan terhadap Anwar disebabkan kenyataan Anwar yang nyatanya lebih banyak membawa kerosakan pada PR.

5. akhirnya isu surat Tun M kepada Israel juga dimainkan walhal isu surat tu dah jelas palsu.


KOTA BHARU 14 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman Wall Street Journal (WSJ).

Beliau berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.

"Kalau dia (Anwar) hendak berjumpa (saya) tidak ada apa, kami cukup sokong orang yang duduk atas kebenaran, tidak merasa gerun.

"Cuma sebab dia buat kenyataan terbuka, saya hendak jawab secara sulit tidak betul, isu terbuka, jawab juga mesti terbuka supaya orang ramai dapat tahu," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan wakil-wakil agama di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal propembangkang yang memetik sumber dalaman PKR bahawa Anwar akan bertemu dengan beliau untuk menjelaskan isu Israel itu.

Malam tadi, Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan mendesak Anwar supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam WSJ baru-baru ini.

Pas turut meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Desakan tersebut dibuat selepas ahli jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur kelmarin.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sehingga kini beliau masih belum dihubungi pemimpin tertinggi PKR mengenai pertemuan itu.

Dalam pada itu, ketika ditanya apakah tindakan Pas sekiranya Anwar masih tidak menarik balik kenyataan tersebut atau pun menyaman WSJ, beliau berkata: "Tidak apa biar begitu dulu, kalau tidak tarik balik itu masalah kemudian."

Selasa, 14 Februari 2012

Pemain Indonesia Join Espanyol

Pemain Indonesia sudah melangkah jauh. Khabar terbaru, seperti artikel di bawah, Arthur Irawan telah dierima oleh kelab Sepanyol, Espanyol. Tentunya ini sesuatu yang amat menarik terutamanya apabila Harimau Malaya akan cuba mempertahankan piala AFF nanti dan Indonesia pastinya akan cuba menurunkan Arthur Irawan.











BARCELONA-Kabar mengejutkan datang klub anggota La Liga, Espanyol. Tim sekota Barcelona tersebut resmi mengikat striker Indonesia berusia 18 tahun Arthur Irawan.

Pemain kelahiran Surabaya 3 Maret 1993 ini memang relatif tidak terkenal di Indonesia. Namanya memang sempat muncul pada awal 2011 lalu. Terutama waktu pelatih tim nasional saat itu Alfred Riedl melakukan seleksi pemain timnas U-23 proyeksi SEA Games XXVI. Sayangnya Arthur yang ikut seleksi, tidak lolos untuk menembus tim inti.

Namanya langsung dicoret karena kalah bersaing dengan penyerang-penyerang muda lainnya. Waktu itu Riedl berasalasan bahwa usia Arthur masih sangat muda untuk tampil di ajang sekelas SEA Games.

Namun rupanya Espanyol mengendus bakat pemain asal Lytham Town FC (klub West Lancasshire Football League Division 2 Inggris Utara) tersebut.

Tidak membutuhkan waktu lama, klub yang bertengger di posisi tujuh klasmen sementara Liga Spanyol langsung menyodorkan kontrak. Tidak disebutkan berapa besar kontrak tersebut.

Tidak juga diketahui untuk berapa tahun Arthur bisa berada di klub itu.

“Arthur Irawan adalah pemain muda yang menjanjikan. Kami sukses menemukan mutiara muda dari Indonesia ini. Sebetulnya Manchester United juga tertarik dengan Arthur, namun keluarganya ingin dia melanjutkan studi,” kata rilis resmi Espanyol kemarin.

“Sekarang menjadi tugas dan tantangan staff kepelatihan tim untuk membuat dia berkembang. Agar Arthur secepatnya beradaptasi dengan gaya di level tertinggi sepak bola Eropa,” lanjut pengumuman tersebut.

Rencananya Arthur akan menghabiskan setahun waktunya di tim junior. Kalau menunjukkan progres bagus, Arthur akan bisa naik tingkat membela tim senior Espanyol.

Menurut keterangan Espanyol Arthur menghabiskan waktu kecilnya bermain sepak bola di Jakarta. Setelah gagal seleksi bersama tim nasional, Arthur kembali ke Inggris dan menjalani tes untuk klub League One Preston North End yang juga berbasis di Lancashire.

Majlis Ulama Pas buat kecoh

wah, hari ni PAS sudah jadi berani. harap-harap DAP juga akan ikut PAS desak Anwar sebagaimana yang PAS buat. Pun begitu, kita tengok sejauh mana keputusan majlis syura ini disokong kumpulan penyokong Anwar dalam PAS. mesti lepas ni, penjilat-penjilat Anwar akan terpekik terlolong dan menuduh majlis syura ulama pulak sebagai ejen UMNO...

sebab ini perkara baik, aku nak tabik majlis syura ulama PAS. Nik Aziz, dia ni hanya tanda tangan aja. terpaksa ikut kerana dalam majlis syura ulama, dia tak ada kawan yang sama-sama menyokong Anwar.

Pas desak Anwar tarik balik kenyataan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 13 Feb. - Pas hari ini mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam.

"Jawatankuasa Agung dan Majlis Syura membuat keputusan meminta saya mengirim surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ.

"Sekiranya kenyataan WSJ tidak tepat, kita harap Anwar menyaman WSJ. Saya telah menandatangani surat di Kuala Lumpur semalam dan insya-Allah surat itu akan dihantar oleh Setiausaha Majlis Syura selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan malam bersama Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan di Hotel GRV di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Anwar dalam wawancara dengan WSJ baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjaga keselamatan negara Israel.

Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam, malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.

Menteri Besar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai pendapat banyak pihak bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan itu hanya untuk menarik sokongan dari negara asing.

"Bila kita bersahabat kewajipan kita adalah tegur-menegur, apa yang kita tengok kawan kita tidak betul kita tegur, apa yang kawan kita tengok kita tidak betul dia tegur kita, itu ajaran agama.

"Saya telah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang kawan dan Mursyidul Am Pas supaya dia tarik balik kenyataannya mengenai Israel kerana Israel ini negara haram. Saya telah sebut kepada Duta Amerika Syarikat ketika dia datang ke pejabat saya dua tahun lepas, saya kata kalau selipar Jepun sekali pun tidak ada hak untuk ambil negara kita, inikan pula negara Palestin. Siapa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pandai-pandai bahagi dua bumi Palestin," katanya.

Isnin, 13 Februari 2012

Parti Ajaran Sesat




Bravo... nak bagi tabik pada MB Trengganu ni. Siap bagi pilihan lagi. Memang pun PAS itu Parti Ajaran Sesat. Akronim pun dah sesuai. Kepanjangan PAS pun tak ada Islam. Tapi kata memperjuangkan Islam. Negara dah Islam nak perjuangkan Islam apa lagi. Kalau kat Amerika tu bolehlah. Negara tu belum Islam lagi.

Banyak bukti yang boleh mengaitkan PAS dengan ajaran sesat. Dengan fatwa merapu dari mursamdol yang tak mahu pencen-pencen tu hingga presiden parti ugut tak mahu bertanding PRU nanti pun, dia selamba aja jawab dia tetap akan bertanding sebab khidmatnya masih diperlukan.

Jadi, kepada DS Ahmad, tak payah gentar. orang menjual memang patut dibeli. kalau jadi saman, akan keluarlah bermacam-macam kesesatan yang PAS lakukan nanti.

Label ‘parti ajaran sesat’: MB Terengganu sedia disaman Pas

HULU TERENGGANU 12 Feb. – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said enggan tunduk kepada desakan Pas yang memberi tempoh tiga hari agar beliau menarik balik kenyataannya mendakwa parti itu sebagai ‘parti ajaran sesat’.

Malah, Ahmad bersedia disaman oleh Pas berhubung dakwaan itu sambil menyerahkan kepada parti berkenaan untuk memilih sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Beliau tidak sesekali gentar dengan desakan parti tersebut kerana yakin dakwaan terhadap Pas itu mempunyai kebenaran berdasarkan banyak bukti kukuh.

“Ikut pandai dia lah (terserah pada Pas), saya tunggu (bila Pas akan saman). Saya tak akan tarik balik.

“Terserah pada dia sama ada nak bawa kes ini ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Nak saman, saman lah. Tapi dia kata kita (BN dan UMNO) macam-macam tak apa. Dia kata kita kafir tak apa,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di daerah ini hari ini.

Ahmad diminta mengulas mengenai pendiriannya berhubung desakan Pas agar beliau menarik balik kenyataannya selepas melabelkan Pas ‘parti ajaran sesat’.

Minggu lalu, Pas memberi tempoh tiga hari kepada Ahmad agar menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan ‘parti ajaran sesat’.

Amaran itu dinyatakan Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik bahawa sekiranya dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataannya, parti itu akan mengambil tindakan terhadapnya.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, penyelewengan dan kesesatan yang dibawa Pas terhadap umat Islam bukanlah perkara baru, malah sudah lama diketahui rakyat.

Bukti jelas dan nyata, kata beliau, adalah ‘Amanat Haji Hadi’ dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah.

“Selagi Tok Guru mereka (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak menarik balik amanat itu, selagi itulah Pas berada dalam kesesatan bersama sebahagian pengikutnya yang begitu taksub,” tegasnya.

Sabtu, 11 Februari 2012

Pemuda Pas Buat Lawak

Baca artikel kat bawah memang lawak. Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana kenyataan beliau boleh membuatkan PAS dan parti komponen PR dibenci rakyat. Yang PAS dan ketua PR buat macam=macamdakyah dan fitnah agar rakyat membenci UMNO, BN dan rakyat yang menyokong BN tu dia tak fikir pulak. Kalau takat hasut untuk benci UMNO dan BN tak apa lah, yang keluar amanat Hadi kafirkan orang UMNO tu apa kejadahnya.

patutnya, dia buat laporan polis juga pada penggerak ABU ( Aku Benci UMNO ).

sinar harian


Pemuda Pas buat laporan terhadap Hasan Ali
Wartawan Sinar Harian
11 Februari 2012

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini membuat satu laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ekoran kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara.

Laporan polis itu merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, 31 Januari lalu.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, ucapan itu sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum.

"Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci Pas serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Hasan dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah negara republik. Pemuda Pas juga mendakwa Hasan berkata DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.

Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

Raja Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

"Kalau ia tidak benar, dia (Hasan) kena nafikanlah, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penafian dari beliau.

"Jadi untuk permulaan kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan kita telah bersedia untuk mengambil tindakan lanjut selepas itu," kata Raja Ahmad dipetik organ Pas.

Jumaat, 10 Februari 2012

Ekonomi Malaysia makin.....

Bila baca artikel kat bawah ni, penasihat ekonomi negeri selangor pastinya sakit kepala dan sakit hati. tabung negeri selangor makin kecut, tapi ekonomi kerajaan pusat makin bertambah baik dan makmur. padan sangatlah nilai penasihat ekonomi negeri selangor tu RM1. langsung tak bawak apa-apa kebaikan pada ekonomi negeri selangor. nak menjahanamkan adalah juga.

semuanya disebabakan keadaan negara yang aman makmur. kalau ikut pembangkang yang tiap masa nak berdemontrasi, maka jahanamlah negara. untuk menjamin ekonomi negara terus berkembang dan setiap rakyat mendapat manfaat dari ekonomi yang pesat membangun, kerajaan sewajarnya terus memelihara keamanan dan kemakmuran negara. parasit-parasit yang berusaha menghuru-harakan negara dengan demontrasi liar seharusnya dicop sebagai pengkhianat dan seharusnya dikenakan hukuman yang berat.

Dagangan RM1.3 trilion hasil pengurusan, pentadbiran cekap BN: Najib


2012/02/10
SEREMBAN: Pentadbiran dan pengurusan yang cekap Kerajaan Barisan Nasional memungkinkan perkembangan positif ekonomi negara, termasuk kejayaan mencatatkan jumlah dagangan paling tinggi, sebanyak RM1.3 trilion tahun lepas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, angka itu sekali gus bererti nilai dagangan keseluruhan negara meningkat dua kali ganda berbanding pendapatan kasar negara (GDP) yang mencatat RM560 bilion.
Pencapaian itu, katanya, meletakkan Malaysia antara negara yang paling tinggi dari segi nisbah GDP dengan nilai dagangan keseluruhan.
"Apabila ekonomi negara berkembang, hasil negara bertambah, dan bila kita urus kutipan hasil dengan baik, kita akan dapat pendapatan yang bertambah.

"Sebab itu bila saya bentang Bajet 2012, saya boleh, dengan keyakinan membantu meringankan beban rakyat," katanya pada majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik Kampung Abok dan Penyerahan Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumudin; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), Datuk Ir Idris Haron.

Najib tiba di sini pagi tadi untuk lawatan kerja sehari ke Negeri Sembilan.
Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, mengumumkan pencapaian Malaysia mencatatkan jumlah dagangan paling tinggi tahun lalu iaitu RM1.3 trilion, naik 8.7 peratus daripada 2010.

Pencapaian itu menempatkan Malaysia dalam kedudukan lima teratas dari segi perdagangan antarabangsa, selepas Singapura dan Hong Kong, melepasi Amerika Syarikat, Switzerland, Australia, Kanada dan United Kingdom.

Mustapa turut menyasarkan pertumbuhan antara lima dan enam peratus jumlah dagangan Malaysia, tahun ini.

Najib berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, perancangan induk negara harus dilihat dalam konteks yang besar dan meluas.

"Kalau tidak ada perancangan besar, negara kita bukan sahaja tidak akan maju, malah kita tidak akan mempunyai dana dan hasil yang cukup yang boleh kita agihkan dan diperturunkan kepada rakyat," katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak membuat pinjaman kewangan daripada mana-mana institusi kewangan luarm termasuk Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), untuk membiaya bantuan kerajaan, termasuk wang ehsan persekolahan, baucer buku 1Malaysia (BB1M) dan BR1M.

"Jadi, kalau ada pembangkang yang mendakwa kononnya kita pinjam daripada World Bank atau IMF, ini cerita karut, fitnah dan dongeng yang patut ditolak oleh rakyat Malaysia," kata Najib. - BERNAMA

Khamis, 9 Februari 2012

RPK dan Datuk Patrick Wong.

RPK mengesyaki yang Datuk patrick Wong ni kena bunuh. Namun cam biasa, RPK hanya berani melalak dan melolong aja. kalau ada bukti, kenapa tak bagi pada polis. Final nanti, polis dan BN juga yang disalahkan.

Kematian Patrick Wong diklasifikasi sebagai bunuh sejak awal lagi - polis
09/02/2012 5:25pm

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Polis hari ini menjelaskan kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), Datuk Patrick Wong pada 2009 telah diklasifikasi sebagai kes bunuh sejak awal lagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Persekutuan, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata demikian sebagai merujuk kepada artikel bertajuk “Episode 2: The Murder of a Whistleblower” yang disiarkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam portal berita online Malaysia Today.

"Polis menyangkal andaian bahawa kami memutuskan bahawa kematian Datuk Patrick Wong adalah akibat jatuh,” kata Mohd Bakri dalam kenyataan hari ini.

"Dari awal lagi, kes itu diklasifikasi sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes masih belum ditutup dan penyiasatan masih diteruskan,” tegasnya.

Mohd Bakri merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu agar tampil dan membantu siasatan polis.

Dalam artikel itu, Raja Petra membangkitkan persoalan berhubung kematian Patrick, mendakwa ahli perniagaan itu telah mengumpul maklumat mengenai skandal perlombongan pasir di Selangor sejak beberapa tahun sebelum kematiannya.

Raja Petra mendakwa Patrick mati di tangan pembunuh upahan dan bukannya akibat rompakan. — BERNAMA

Rabu, 8 Februari 2012

Demokrasi Ala Zaid





bersuara untuk menentang kebodohan pemimpin, akhirnya kena pecat. inilah demokrasi yang dibawa oleh zaid. iras-iras cam pakatan rakyat. bersuara aja untuk membetulkan pemimpin yang dah gila dan mabuk pasti akan dikenakan tindakan. namun nampaknya parti KITA lebih dahsyat. hanya kritikan yang menolak hasrat pengerusi parti untuk menguburkan parti KITA, dia orang ni kena pecat. inilah barulah contoh kuku besi dan diktator. pantang kena kritik dan tegur.

sepatutnya, zaid kena minta pandangan ahli akar umbi jika nak bubarkan KITA. ni tak, disebabkan dana yang dijanjikan ditarik balik, terus ambil keputusan untuk bubar parti. nampak sangat dah mata duitan. perjuangan berdasarkan tajaan orang luar. kalau kepala dah tak betul, badan dan ekor pun akan jadi tak betul.

seperti saranan dua orang yang kena pecat tu, sebaiknya Zaid untuk diri dan bagi peluang pada orang lain untuk pimpin parti. kalau dia nak rujuk pada PKR atau join dengan DAP. silakan. nampak sangat perjuangan zaid ni tak konsisten. konsisten hanya satu je. gila kuasa.

'Pemecatan tak ikut prosedur'
Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my
2012/02/08
pix_gal0
Pengerusi KITA Pulau Pinang, Kedah anggap Zaid pentingkan diri

GEORGETOWN: Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Pulau Pinang, Tan Tee Beng, mendakwa pemecatannya sebagai ahli parti itu adalah satu tindakan salah kerana tidak mengikut prosedur.
Ahli Parlimen Nibong Tebal itu yang belum dimaklumkan oleh parti mengenai tindakan ke atasnya berkata, beliau akan membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebaik menerima makluman rasmi mengenai pemecatannya.
“Sehingga kini saya tidak dimaklumkan sama ada melalui surat, panggilan telefon atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Saya hanya mengetahuinya daripada wartawan.

“Saya akan tunggu notis rasmi daripada parti untuk mengetahui siapa yang mengeluarkan arahan untuk memecat saya dan siapa yang tandatangani surat.

“Selepas itu saya akan membuat laporan kepada ROS,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin KITA, Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman, berkata Tee Beng dan Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim, dipecat berkuat kuasa serta-merta kerana membuat kenyataan menjejaskan parti.
Keputusan itu dibuat sebulat suara pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan, kelmarin. Bagaimanapun, Tee Beng dan Zamil boleh merayu dalam tempoh 14 hari.

Sebelum ini, Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan untuk membubarkan parti itu tetapi beberapa pemimpin KITA di peringkat negeri, termasuk Tee Beng dan Zamil tidak setuju kerana cadangan dibuat tanpa dirujuk terlebih dulu kepada pemimpin lain.

Mereka mendakwa Zaid bertindak atas kepentingan diri dan membuat keputusan seorang diri, mendesak supaya Zaid yang keluar parti dan membiarkan KITA diuruskan pemimpin lain.

Di ALOR SETAR, Zamil menyifatkan pemecatannya daripada parti tidak sah berikutan ahli akar umbi dan kepemimpinan negeri sudah sebulat suara tidak mengiktiraf Zaid sebagai presiden parti.

Katanya, pemecatan beliau dan Tee Beng yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin malam kelmarin, tidak munasabah selain disifatkan bodoh dan gila.

Beliau yang mengakui tidak dimaklumkan mengenai pemecatan itu sama ada menerusi surat, panggilan telefon ataupun SMS daripada Jawatankuasa Disiplin parti berkata, pemecatan itu tidak akan mengganggu tugasnya sebagai pemimpin KITA negeri.

“Saya tidak dimaklumkan mengenai pemecatan itu dan hanya mengetahuinya menerusi rakan media. Saya pelik dalam masa Zaid berhasrat hendak bubarkan parti, dia bertindak memecat kami.

“Zaid seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian dan membuat tindakan mengikut kehendak dirinya dengan membelakangkan ahli parti akar umbi. Dia (Zaid) buat parti ini macam syarikat yang boleh dibuka dan ditutup (bubar) sesuka hati.

“Perkara itu menimbulkan kemarahan ahli dan pemimpin parti negeri. Saya mewakili kepimpinan KITA Kedah sebulat suara mahu beliau mengundur diri selain tidak lagi mengiktiraf Zaid sebagai presiden,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Selasa, 7 Februari 2012

Azmin @ Hilmi

dia buat salah, dia salahkan pulak kerajaan Malaysia. sepatutnya dia salahkan kerajaan negeri kerana ruang lingkup kesalahan yang dilakukan di selangor. Kerajaan selangor pulak macam tak ambil peduli dengan penahanan Hilmi, sepatutnya kerajaan Selanor gembira kerana suspek utama penyebaran gambar bogel Eli dah berjaya kena tangkap. tapi, dia ni orang kuat PKR. bila dah kena tangkap dan diadili oleh mahkamah, satu lagi kebusukan PKR akan dihidu oleh rakyat Malaysia.

Selangor teliti penahanan lelaki dikaitkan dengan Exco

SHAH ALAM 6 Feb. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengambil berat dengan spekulasi susulan laporan penahanan seorang lelaki oleh pihak berkuasa Indonesia yang dikaitkan dengan PKR dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri akan meneliti laporan media tersebut dan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri.

Serentak dengan itu, menurut kenyataan itu, perkara tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera.

‘‘Kerajaan negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahgunakan isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu.

‘‘Kerajaan negeri menyeru rakyat supaya tidak mengizinkan politik kotor dan serangan peribadi digunakan untuk mengalih pandangan terhadap agenda mentadbir negeri secara telus, berkesan dan efektif yang diterapkan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan tersebut mengulas laporan beberapa media dipetik dari sebuah portal berita Indonesia yang menyiarkan berita penahanan seorang lelaki yang mendakwa sebagai anggota PKR oleh pihak berkuasa republik tersebut kerana memiliki dokumen palsu.

Portal berkenaan dalam laporannya Sabtu lalu menyatakan, rakyat Malaysia, yang dikenali sebagai ‘Azmin Helmi’, 37, ditahan oleh pegawai Imigresen Indonesia di Batam pada Jumaat lalu.

Lelaki tersebut yang dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dilahirkan pada 27 Mac 1975 dikatakan mempunyai kad pengenalan Indonesia dan kad keluarga yang palsu dikeluarkan di Batam selain kad kelahiran palsu daripada Karimun.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Imigresen Batam dilaporkan memberitahu media bahawa Azmin yang menyatakan dia adalah anggota PKR telah memasuki Indonesia dengan menggunakan pasport Malaysia melalui pelabuhan Tanjung Balai di Karimun pada 15 Februari 2009.

Dia dikatakan memberitahu pegawai penyiasatan bahawa dia telah menjelajah ke serata Indonesia, melawat Pekan Baru, Jakarta selain tinggal di Cengkareng, Cingkawang dan Pondok Kelapa melebihi 30 hari tempoh visanya.


Hilmi sah ditahan di Indonesia

Isnin, 6 Februari 2012

Nasib Ulama PAS

Orang PAS baru tahu. dari awal lagi belang PKR dan DAP dah jelas. Dua parti ni mana nak iktiraf PAS. Dua pari ni hanya anggap PAS ni macam penumpang. Tak bagi faedah pun pada PKR dan DAP. Tapi ada yang dua parti ni nak. Sokongan orang-orang PAS. Tu sebab lah dua parti ni nak bermuka-muka. konon inilah, konon itulah pada PAS. wal hal sebaliknya. PAS hanyalah jadi tunggangan dua parti ni takluk PUTRAJAYA.

kini isu Azizan pulak. MO nya dah jelas. singkirkan golongan ulama sebelum PRU13 agar PAS hanya ikut je kata DAP dan PKR. Tanpa golongan ulama yang selama ini jadi tunjang PAS, maka senanglah PAS dikawal oleh ketua pakatan. itu sebablah, kenapa terlalu banyak serangan terhadap Azizan walhal dia orang ni dari kelompok yang sama.


Konspirasi cuba singkir Azizan
Oleh Nahar Tajri
nahar@bharian.com.my
2012/02/06
Pemimpin, ahli PKR dalang penyebaran isu cuba jejas imej MB Kedah

ALOR SETAR: Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dipercayai terbabit dalam usaha halus untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan sengaja membangkitkan pelbagai isu untuk menjejaskan imej beliau menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Sumber dalaman PAS berkata, usaha halus itu mula digerakkan secara aktif sejak beberapa bulan lalu untuk menyingkirkan Azizan jika pembangkang kembali menguasai Kedah selepas PRU-13.
Berikutan itu, ahli PAS peringkat pimpinan pertengahan dan bawahan negeri kini bertekad untuk mempertahankan kedudukan Azizan dan menuntut semula semua kerusi PKR yang bermasalah lompat parti bagi diserahkan kembali kepada PAS.

“Walaupun tidak membabitkan PKR Kedah secara keseluruhan, namun perbuatan segelintir mereka dibimbangi mampu merencatkan usaha pembangkang untuk kekal memerintah Kedah selepas pilihan raya umum akan datang.

“Apa yang dikesalkan beberapa orang dari PKR, termasuk di peringkat kepemimpinan negeri didapati mula tersalah arah dan bersikap oportunis untuk mencari populariti.

“Perbuatan ini mungkin menguntungkan mereka secara peribadi namun tidak kepada pembangkang.
“Mereka harus fokus untuk menghadapi pilihan raya secara bersama dan bukan dengan menyerang Azizan hingga melemahkan pembangkang,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, PAS bagaimanapun masih percaya bahawa perpaduan antara PKR dan DAP adalah kunci kepada kejayaan pada pilihan raya akan datang, namun tidak mustahil mengambil tindakan yang lebih agresif jika kegiatan golongan itu menular dan menjejaskan perpaduan pembangkang.

“Jika ia berterusan, ahli kita di peringkat pertengahan dan bawahan akan mendesak semua kerusi PKR yang lompat parti diserahkan semula kepada PAS,” katanya.

Kelmarin, UMNO Kedah menyifatkan suasana semasa politik negeri memberi gambaran jelas bahawa kedudukan Azizan semakin goyah berikutan wujud usaha dalaman menjejaskan imejnya dan menggantikan dengan tokoh lain menjelang pilihan raya akan datang.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata berdasarkan isu dan maklumat yang diketahuinya ketika ini menunjukkan usaha menyingkirkan Azizan semakin jelas dan ia didalangi beberapa pimpinan dalaman pembangkang sendiri.

Beliau berkata, tindakan beberapa pemimpin PAS dan PKR yang mempertikaikan tindakan Azizan berhubung isu penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN), menunjukkan bahawa pembangkang itu hanya mengutamakan politik, tanpa berusaha memahami tindakan Azizan.

Anwarisme

kebanyakan pemimpin PAS tak mahu akui ini, sebabnya mereka secara langsung dah terikat dengan Anwar. Tak tahu apa yang digula-gulakan oleh Anwar sehingga mereka sanggup mempertahankan Anwar lebih hebat daripada mempertahankan presiden mereka.


Oleh Zainudin Maidin - Utusan Malaysia.



APA yang sedang berlaku kepada Pas sekarang hampir menyerupai krisis yang menggugat pucuk pimpinan UMNO lebih 12 tahun lalu. Penerapan anasir-anasir Datuk Seri Anwar Ibrahim menggoncang Pas dan akan menghancurkannya jika kesedaran tidak mengatasi sentimen yang menutup akal dan mata terhadap kebenaran.

Bezanya cuma Anwar tidak sempat menukarkan nilai dan prinsip asal UMNO walaupun percaturan politiknya berjaya menyingkirkan semua halangan kepada kemaraannya, tetapi Pas telah berjaya dikuasainya sehingga menukarkan keperibadian, memesongkan akidah, menjadikan kepimpinan ulama hanya sebagai patung-patung dan Pas menjadi ultra liberal.

Halangan besar kepada Anwarisme iaitu Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali manakala Azizan menunggu giliran. Kepimpinan ulama umpama melukut di tepi gantang walaupun sesekali cuba tunjukkan Al ulama Warisatul Ambia (ulama mewarisi kenabian).

Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa masuk Anwar ke dalam UMNO pada 1982 dengan harapan akan menggelapkan masa depan Pas tetapi 18 tahun kemudian tangannya sendiri digigitnya.

Dr. Mahathir hampir keseorangan dalam saat kecemasan menghadapi cabaran genting terhadap kepimpinannya. Yang tinggal hanya mereka yang bersiap sedia untuk mengikut arus.

Semua ini berlaku menerusi taktik terancang, penguasaan institusi strategik, mengambil kuasa ke atas media arus perdana, elektronik dan cetak, memperkecilkan projek-projek mega Perdana Menteri, membangkitkan amalan kronisme, memperkenalkan Islam Madani untuk menyaingi gagasan Penerapan Nilai-Nilai Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dinafikan sebagai inisiatif Dr. Mahathir, persengketaan dengan Singapura didakyah sebagai berpunca daripada Dr. Mahathir dan pelbagai lagi tikaman dari dalam untuk menghilangkan keyakinan terhadap kepimpinannya.

Dr. Mahathir hanya tersedar pada saat terakhir, dalam keadaan lemas dan cemas, tetapi kekuatan minda dan jiwa luar biasa yang ada padanya dengan bantuan segelintir kawan-kawan yang masih setia telah membolehkan beliau timbul semula dan berenang mengharungi badai serta mengalahkan pencabarnya.

Apabila Datuk Kamaruddin Jaafar bekas Setiausaha Agung ABIM dan Setiausaha Politik Anwar menyertai Pas dan dengan pantas mendapat tempat sebagai Setiausaha Agung Pas, maka kelihatan jelas strategi penyusupan yang cukup licin untuk mengAnwarismekan Pas.

Tetapi barangkali Pas terhidu bahaya maka langkah seperti menarik benang dalam tepung diambil. Kamaruddin telah digantikan dengan Datuk Mustafa Ali, seorang nasionalis yang merupakan survivor handal dalam Pas.

Mustafa telah selamat mengharungi ombak politik apabila pimpinan nasionalis cauvinis Pas digulingkan oleh kepimpinan ulama dogmatis dan seterusnya dalam keadaan Pas berada di lembah ultra liberal.

Menguasai

Grand design Anwar dari awal penyertaannya untuk menguasai UMNO dimudahkan oleh kepimpinan Dr. Mahathir yang memberikan kepercayaan penuh kepadanya tetapi akhbar Utusan Malaysia tidak turut terperangkap dalam strategi medianya yang diinisiatifkan oleh orang kuatnya daripada Berita Harian. Namun keadaan berubah setelah berlaku perubahan pucuk kepimpinan Jabatan Pengarang Utusan Melayu.

Kelemahan Dr. Mahathir di sebalik semua keulungan, kepintaran, kebijaksanaan, kecekapan dan keberaniannya yang mengagumkan rakyat Malaysia dan juga masyarakat dunia ialah beliau boleh terpengaruh dengan orang yang karismatik, petah bercakap dan pandai berdrama dengan idea-idea besar.

Kebanyakan wartawan dapat mencium lebih dahulu perasaan tidak sabar Anwar untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir.

Dengan berasaskan kepada semua maklumat yang sahih, suatu hari saya memberitahu Dr. Mahathir tentang ancaman yang sedang di dihadapinya di belakang tabir tetapi beliau bertanya kepada saya, “Zam, yang baik tentang Anwar tak adakah, semuanya hanya buruk belaka”.

Dalam program Hal Ehwal Semasa terbitan RTM pada April 1993, Rosnah Majid daripada Utusan Malaysia mendedahkan strategi Anwar yang ketika itu baru menjadi Menteri Kewangan untuk mencabar Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Program itu disertai juga oleh Rijal Arbee daripada Berita Harian sebagai panel dengan Dr. Kamal Salih daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) sebagai moderator.

Rosnah telah bertanya; Apakah benar saudara Anwar akan mencabar Ghafar untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO? Anwar mengalih pertanyaan itu dengan jawapan, “Apa gunanya dibangkitkan pekara ini sekarang sedangkan pemilihan pucuk pimpinan akan berlaku hanya pada November.”

Tetapi apabila Rosnah mengemukakan bukti bahawa beliau telah mengatur strategi yang cukup rapi dengan meletakkan orang-orangnya dalam semua media termasuk Utusan Malaysia, TV3 dan Berita Harian untuk mempromosinya, Anwar kemudian naik berang dan terus menuduh pertanyaan Rosnah itu mewakili orang yang benci dan iri hati dengannya.

Taktik inilah juga yang digunakannya sehingga sekarang apabila ada pertanyaan wartawan yang mencabar kredibiliti atau mendedahkan pembohongannya. Sudah lumrah mereka mendengar jawapan balas dengan pertanyaan daripadanya, “Oh, awak dari mana? Daripada UMNO, alat Barisan Nasional,” dan sebagainya.

Banyak peristiwa yang menimbulkan keraguan tentang penghayatan Anwar dengan nilai dan aspirasi UMNO.

Pertamanya, tidak lama selepas beliau menjadi Menteri Pelajaran, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) membantah Konsert Anak Desa Bersama Sudirman yang dijadualkan berlangsung pada 5 Januari 1985.

Siapa yang mendalangi gerakan ini mudah diketahui kerana akhbar kumpulan New Straits Times Press yang menjadi promoter agenda-agenda Anwar menjuarai bantahan manakala kumpulan Utusan Melayu pula menyokong konsert itu.



alt



Kekecohan isu ini menarik perhatian Dr. Mahathir yang memanggil Ketua Pengarang Berita Harian dan Utusan Melayu ke kediamannya pada suatu malam yang turut dihadiri oleh beberapa orang anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO termasuk Musa Hitam, Abdullah Badawi dan Anwar sendiri bagi membincangkan perkara itu.

Tentangan

Dr. Mahathir yang hairan kenapa mesti ada tentangan terhadap Sudirman, telah mengarahkan supaya konsert itu diteruskan. Tetapi beliau tidak menyedari siapakah yang berada di belakang bantahan itu dengan tujuan menunjukkan semangat ABIM masih membara sekalipun telah menyertai kerajaan.

Demikian juga dalam isu penentangan terhadap pertubuhan ajaran sesat Al-Arqam. Walaupun Perdana Menteri menyokong kuat perjuangan Utusan Malaysia untuk mengharamkan Al-Arqam tetapi akhbar Berita Harian menyokong gerakan itu dengan pelbagai publisiti dan menganjurkan majlis baca puisi Al-Arqam di PWTC. Anwar menjemput pemimpin Al-Arqam dan ahlinya berbuka puasa di kediaman beliau di Damansara bersama-sama dengan para wartawan dan pengarang kanan akhbar.

Apabila saya memberitahu Dr. Mahathir bahawa Utusan Malaysia tidak akan menghentikan penentangan terhadap Al-Arqam kerana berseorangan dalam hal ini, Dr. Mahathir meminta ia diteruskan kerana beliau tetap menyokong tetapi tidak menyedari siapa yang sedang menikam dari belakang.

Apabila Anwar menguasai Utusan Malaysia sepenuhnya, rombongan Al-Arqam telah melawat Ibu Pejabat Utusan Melayu dan diberikan sambutan. Namun akhirnya Al-Arqam telah diharamkan.

Harus diingatkan banyak peristiwa ‘gunting dalam lipatan’ hanya terdedah bila Dr. Mahathir menyedari kesilapannya tetapi beliau terpaksa membayar harga politik yang sangat mahal untuk menyingkirkan seorang yang amat dipercayai dan disayanginya pada saat-saat kedaulatan negara hampir tergadai kepada kuasa asing dan maruah bangsa yang dibinanya sejak lebih 20 tahun hampir terpadam.

Saya pernah memberitahu Dr. Mahathir secara terbuka dalam tulisan dan juga dalam ucapan semasa menjadi Menteri Penerangan dan sebelumnya, yang disiarkan oleh media cetak bahawa kesilapan besar beliau adalah membawa masuk Anwar ke dalam UMNO, tetapi beliau menjawab, “Mana saya tahu dia akan berbuat demikian”.

Sebenarnya tidak semua orang Pas yang percaya dan senang dengan Anwar, baik yang telah tersingkir atau yang masih berada di tampuk kuasa parti atau kerajaan.

Setelah saya kalah dalam Pilihan Raya 2008, saya telah menjemput Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk melancarkan buku Ulama Terbilang Negeri Kedah, Allahyarham Haji Abdul Rahman Merbok, yang diterbitkan oleh JASA semasa saya menjadi Menteri Penerangan.

Azizan menyetujuinya kerana saya rakan semaktab dengannya dan Haji Abdul Rahman ialah guru bapanya.

Tetapi suatu yang tidak dapat saya lupakan hingga hari ini ialah bisikan Azizan kepada saya di majlis itu yang diadakan di surau pekan Merbok, “Buat apa RTM buat siaran langsung debat dengan Anwar di Dewan Bahasa? Saya menjawab, “Saya bukan lagi Menteri Penerangan”.

Penerapan anasir-anasir Anwar ke dalam Pas telah memesongkan parti itu daripada jati dirinya serta kemurnian prinsip agung perjuangan Islamnya. Walaupun Anwar hanya menarik tali dari luar dan tidak berada di dalam Pas seperti dia berada dalam UMNO tetapi kesannya kepada Pas lebih buruk lagi.

Pas telah menjadi begitu toleran terhadap segala kemaksiatan yang menjadi bahan cacian dan kutukan terhadap UMNO sebelumnya, daripada penjualan arak, persundalan, murtad, seks songsang dan terakhir, penerimaan kepada kepimpinan yang mahukan pengiktirafan terhadap keselamatan Israel.

Sudah terlalu lewat untuk Pas kembali ke pangkal jalan. Pas tidak mempunyai seorang manusia luar biasa yang berkaliber besar seperti Dr. Mahathir dalam UMNO yang berupaya mengumpul serta memulih kekuatannya dengan pantas, tegas dan nekad untuk timbul semula bagi menentang dan memusnahkan musuh dalaman.

Tidak ada siapapun dalam Pas yang akan dapat menandingi kekuatan Anwar. Para ulama pun telah menjadi umpama patung-patung.

Apa yang dapat diucapkan kepada Pas dalam saat-saat kesedihan menyaksikan penyerahan dirinya kepada segala kemungkaran hanyalah “Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya".

Sabtu, 4 Februari 2012

Bila Keadilan Bengang dengan Partnernya




Israel dan Anwar

Memang Anwar sokong Israel, sebab dia tak pernah pun perjuangkan isu Palestine. Tu sebab PAS dan DAP diam. sokong kata-kata Anwar memang sah cari bala. cara terbaik ialah mendiamkan diri. kalau ada yang kata Anwar tu memperjuangkan Palestine, sila tinggalkan link di mana Nuar sokong Palestine dan menolak kewujudan negara Israel.

tak perlulah Anwar ikut jejak Tun Mahathir yang sentiasa menyokong Palestine. Cukuplah Anwar kata Israel tu bangsat nombor wahid. kalau sekadar kutuk serangan ke atas kapal bantuan, ada juga orang-orang Israel yang kutuk serangan tu. kutuk sebab serangan tu tak bertamadun dan tak berperikemanusiaan. bukan kutuk negara Israel.

jadi memang wajarlah, DAP dan PAS berdiam diri. tak kan nak menjerit sakan menyokong Anwar walau tindakan Anwar tu memang salah. tak kah jerut leher tu namanya.

apa pun, yang tinggal kini hanya keadilan saja yang cuba mempertahankan kata-kata Anwar. tak ada sapa lagi yang nak bantu Anwar. Tu lah sapa suruh sokong Israel...

Jumaat, 3 Februari 2012

Lagi 1 parasit PAS

Dr. Abdul Rani Osman, inilah salah satu parasit dalam PAS. kalau bukan parasit, sepatutnya dia cakap yang elok-elok je tentang Hadi. Hasrat Hadi tu sepatutnya ditentang dengan cipta macam-macam alasan, macam alasan Harun Taib yang nak tengok Hadi jadi PM. Ini tak, dari kata-katanya semacam mempelawa pulak Hadi berundur dan kekal dengan keputusannya.

satu lagi, mungkin Hadi tak kan berundur. kenyataannya itu semacam satu ujian, saja nak test market. sama ada dia ni popular ke tak. tapi nampak gayanya, seluruh ahli PAS hatta PR pun tak sependapat. ada yang nak Hadi kekal dan ada yang lagi suka Hadi berambus. yang paling suka tentu sekali lah mat sabun. wow, jadi presiden parti PAS, boleh lagi jadi PM. mesti dia akan korek balik kes liwat Anwar jika pakatan berjaya memenangi PRU 13. Lepas Anwar, tentu sekali calon yang paling layak jadi PM ialah Presiden PAS.

apa pun ia mungkin satu signal pada Nik Aziz supaya cepat-cepat bersara. dia ni macam makin kemaruk pulak pegang kuasa di hujung-hujung hari ni.


Hadi mahu berundur bukan kerana ‘parasit’ Pas

SHAH ALAM 2 Feb. – Pas Selangor menolak tanggapan bekas Pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali kononnya kesediaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mempunyai kaitan dengan dakwaan wujudnya ‘parasit’ dalam parti itu.

Pesuruhjayanya, Dr. Abdul Rani Osman berkata, kenyataan Abdul Hadi itu merupakan pandangan peribadi beliau yang berkemungkinan mahu memberi tumpuan untuk bertanding satu kerusi sahaja pada pilihan raya umum akan datang.

‘‘Tidak ada desakan, tekanan atau pengaruh ‘parasit’ seperti yang didakwa oleh Hasan. Abdul Hadi mungkin mahu memberi tumpuan pada satu kerusi sahaja, bukan beliau bermaksud mahu berundur,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang bercadang tidak bertanding pada PRU13 akan datang.

Bagaimanapun, kenyataan Abdul Hadi itu mencetuskan pelbagai desas-desus yang mendakwa tindakan tersebut berpunca daripada kepimpinan Pas pada hari ini yang bermasalah selain banyak dasar parti dipengaruhi oleh golongan tertentu.

Malah, Hasan yang dipecat daripada parti itu pada 8 Januari lalu turut mendakwa, Pas tidak lagi berpegang pada matlamat perjuangan asalnya iaitu menubuhkan negara Islam berikutan penguasaan kumpulan ‘parasit’ yang telah mempengaruhi dasar parti itu.

Hasan dalam satu laporan media pada 16 Januari lalu mendedahkan kumpulan berkenaan yang berjaya menyusup masuk ke dalam parti kini semakin kuat dan telah memegang pelbagai jawatan penting dan strategik.

Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru ketika ditanya mengenai pendirian Pas Selangor berhubung hasrat Abdul Hadi itu menyatakan, pihaknya tidak ada masalah sekiranya Presiden Pas itu mempunyai hasrat sedemikian.

‘‘Itu terpulang kepada Abdul Hadi. Sebaik-baiknya biarlah ahli Pas di peringkat akar umbi yang menentukannya. Namun, bagi Pas Selangor, kita harap beliau kekal bertanding dan memimpin parti,'' katanya.

Khamis, 2 Februari 2012

IGP




namun puak penabur fitnah ni pastinya akan kata, itu bukan IGP. dia punya senyum bukan macam IGP dulu.

Kepulangan IGP ke tanah air tamatkan khabar angin
02/02/2012 11:20am

SEPANG 2 Feb. - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tiba di tanah air hari ini selepas melakukan lawatan kerja lima hari ke London bersama polis United Kingdom, sekali gus menamatkan khabar angin berhubung kematiannya.

Ismail, ketika ditemui kumpulan wartawan yang menanti kepulangan beliau di Lounge VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 8 pagi, kelihatan sihat dan ceria serta bersalam-salaman dengan mereka yang hadir.

"Tidak ada apa-apa. Saya bersyukur dapat kembali ke tanah air,” katanya yang tiba di tanah air dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Ketibaan beliau disambut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan beberapa pegawai kanan polis Bukit Aman.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Isnin lepas menafikan khabar angin bahawa Ismail telah meninggal dunia di London. - BERNAMA

Pecat Azizan

tak ada yang berani nak pecat Azizan ni...

1. dia dah pecah rahsia tentang kelemahan buku jingga..

2. dia tetap pertahankan AUKU ( kata musuh Azizan, Azizan kata dia guna akta IPTS )

3. kali ni kalau kerajaan tangkap dan hukum mahasiswa, boleh buat cara Azizan.

4. dia dah buat perjuangan PR tambah celaru

5. jadi, bila nak pecat Azizan.. dia ni budak UMNO juga ni sebab menentang arus...

‘Sokongan semakin kuat’

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 31 Jan. – Walaupun terdapat tekanan daripada sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berhubung kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, namun ia tidak menggugat kedudukan Menteri Besar Kedah itu.

Sebaliknya, Azizan yang kini berhadapan dengan isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menegaskan, kedudukan beliau semakin kukuh dengan sokongan daripada ahli-ahli Pas di peringkat pusat dan negeri.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah tersebut yang baru-baru ini menjalani rawatan kerana masalah jantung berkata, isu berkenaan tidak akan menggugat kepimpinan beliau.

‘‘Saya bersedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu itu pada mesyuarat politik bulanan Pas jika diminta berbuat demikian.

“Siapa yang betul, saya atau depa (mereka), sekarang depa merasa malu sebab dah tersilap,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semalam bahawa Pas Pusat akan memanggil Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah untuk memberi penjelasan berhubung tindakan KUIN menggantung lima pelajarnya mengikut AUKU 1971, April lalu.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, Pas Pusat perlu mendengar penjelasan tersebut sebelum mengambil sebarang keputusan kerana apa yang dilaporkan oleh media berbeza dengan apa yang berlaku.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari meminta supaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan kerana tindakan terhadap pelajar itu bercanggah dengan kandungan Buku Jingga.

Isu KUIN dikatakan menjadi ‘senjata baru’ kepada kelompok tertentu yang cuba menjatuhkan Azizan daripada kerusi Menteri Besar Kedah.

Sebelum ini, Azizan juga dikatakan tidak disenangi oleh PKR dan DAP kerana dilihat melakukan beberapa tindakan yang dianggap akan merugikan pakatan pembangkang.

Sebelum ini, ketika mengulas isu penggantungan mahasiswa berkenaan, Azizan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin pakatan pembangkang apabila menyatakan Buku Jingga yang mengandungi manifesto pakatan tersebut bukanlah al-Quran yang perlu dipatuhi sepanjang masa.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, beliau tidak ada masalah untuk memberi penjelasan kepada kepimpinan parti berhubung isu KUIN itu.

Beliau menjelaskan, tindakan tatatertib terhadap pelajar KUIN itu tidak diambil mengikut AUKU 1971 tetapi berdasarkan Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996.

Menurut Azizan, apa yang dinyatakan oleh Buku Jingga berhubung AUKU ialah memberi kebebasan kepada pelajar untuk berpolitik dan berpersatuan tetapi pelajar berkenaan digantung pengajian kerana mengganggu pentadbiran KUIN dan menjejaskan imej pusat pengajian itu.

Oleh itu, beliau meminta pihak luar yang tidak memahami isu sebenar tidak mencampuri isu dalaman KUIN bagi mengelakkan kekeliruan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, reputasi Azizan tidak terjejas walaupun terdapat usaha dari dalam atau luar Pas yang cuba menjadikan isu KUIN itu untuk melemahkan kewibawaan menteri besar itu.

“Sokongan terhadap Datuk Seri Azizan dari hari ke hari bertambah kuat kerana kejayaan beliau dari pelbagai sudut termasuk pembangunan KUIN sendiri menyebabkan ada pihak yang cemburu, tetapi ini perkara biasa dalam politik,” katanya.

Sebagai contoh, jelasnya, isu hiburan di bulan Ramadan baru-baru ini juga berjaya ditangani selepas Azizan memberi penjelasan walaupun sebelum itu ada pihak tertentu cuba mencari kelemahan beliau.

Rabu, 1 Februari 2012

PRU 13-BN bakal tumbang

kalau Tanah Melayu ni dah tergadai, dah jadi macam singapura, masa tu baru nak menyesal. Lupakan soal parti seketika. Mana gerak kerja UMNO hatta PAS nak pikat pengundi baru. Mana orang-orang UMNO/PAS nak tolong daftarkan bangsa Melayu sebagai pengundi. Nanti dua parti ni sibuk berperang, ada pihak lain pulak yang dapat labanya...

Melayu paling ramai tidak daftar mengundi

PULAU PINANG 31 Jan. - Orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, berdasarkan kajian pihaknya mendapati orang Melayu memandang remeh perkara itu dengan memberikan pelbagai alasan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan sebenar orang Melayu yang terbabit daripada jumlah terkini 3.7 juta orang yang layak mendaftar tetapi tidak berbuat demikian.

"Ada yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa untuk mendaftar. Malah ada yang mengatakan tidak ada perubahan besar akan berlaku dengan hanya satu undi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas taklimat persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada pegawai pengurus pilihan raya negeri di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Sehubungan itu, Abdul Aziz menasihatkan golongan itu agar segera berbuat demikian bagi membolehkan mereka menunaikan hak dan tanggungjawab pada pilihan raya umum nanti.

Dalam perkembangan lain beliau memberitahu, hanya 50 responden memberikan maklum malas daripada 42,057 orang yang disenaraikan sebagai pengundi meragukan.

"Daripada 50 orang itu, 26 masih aktif manakala 24 lagi tidak dapat dipastikan status mereka," jelasnya.

Oleh itu, katanya, seramai 42,031 nama lagi akan digugurkan daripada senarai pemilih selepas tarikh semakan berakhir hari ini.

Sementara itu Abdul Aziz menjelaskan, cadangan untuk mengadakan proses pengundian awal bagi pengundi di luar negara tidak dapat dilakukan dan akan kekal dengan kaedah sedia ada iaitu undi pos.

"SPR ada meminta kerjasama Wisma Putra untuk melaksanakannya, namun mereka tidak dapat melakukannya kerana pelbagai faktor. Antaranya jumlah pengundi yang ramai selain kedudukan mereka yang berselerak," katanya.

Blogger 1