KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama dipolitikkan.

"Kenyataan itu bukan saja disalah tafsir malah ia dimanipulasi," kata Anwar kepada pemberita di lobi parlimen.
"Apa isunya? Saya baca kenyataan dia yang menyebut mengenai kerangka perlembagaan (kebebasan beragama). Ini jelas," kata Penasihat PKR itu ketika diminta mengulas kontroversi berikutan kenyataan Nurul Izzah, anggota parlimen Lembah Pantai itu.


Kenyataan Izzah itu dipetik sebuah portal berita hujung minggu lalu mengulas mengenai kebebasan beragama dalam Perlembagaan.

Nurul Izzah hari ini mengeluarkan kenyataan di laman sosial 'Facebook' bahawa beliau tidak menyokong gejala murtad.

Pada sidang akhbar di Parlimen, Nurul Izzah berkata beliau dinasihatkan peguam untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi mengenai isu berkenaan.

- BERNAMA