Rabu, 8 Februari 2012

Demokrasi Ala Zaid





bersuara untuk menentang kebodohan pemimpin, akhirnya kena pecat. inilah demokrasi yang dibawa oleh zaid. iras-iras cam pakatan rakyat. bersuara aja untuk membetulkan pemimpin yang dah gila dan mabuk pasti akan dikenakan tindakan. namun nampaknya parti KITA lebih dahsyat. hanya kritikan yang menolak hasrat pengerusi parti untuk menguburkan parti KITA, dia orang ni kena pecat. inilah barulah contoh kuku besi dan diktator. pantang kena kritik dan tegur.

sepatutnya, zaid kena minta pandangan ahli akar umbi jika nak bubarkan KITA. ni tak, disebabkan dana yang dijanjikan ditarik balik, terus ambil keputusan untuk bubar parti. nampak sangat dah mata duitan. perjuangan berdasarkan tajaan orang luar. kalau kepala dah tak betul, badan dan ekor pun akan jadi tak betul.

seperti saranan dua orang yang kena pecat tu, sebaiknya Zaid untuk diri dan bagi peluang pada orang lain untuk pimpin parti. kalau dia nak rujuk pada PKR atau join dengan DAP. silakan. nampak sangat perjuangan zaid ni tak konsisten. konsisten hanya satu je. gila kuasa.

'Pemecatan tak ikut prosedur'
Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my
2012/02/08
pix_gal0
Pengerusi KITA Pulau Pinang, Kedah anggap Zaid pentingkan diri

GEORGETOWN: Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Pulau Pinang, Tan Tee Beng, mendakwa pemecatannya sebagai ahli parti itu adalah satu tindakan salah kerana tidak mengikut prosedur.
Ahli Parlimen Nibong Tebal itu yang belum dimaklumkan oleh parti mengenai tindakan ke atasnya berkata, beliau akan membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebaik menerima makluman rasmi mengenai pemecatannya.
“Sehingga kini saya tidak dimaklumkan sama ada melalui surat, panggilan telefon atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Saya hanya mengetahuinya daripada wartawan.

“Saya akan tunggu notis rasmi daripada parti untuk mengetahui siapa yang mengeluarkan arahan untuk memecat saya dan siapa yang tandatangani surat.

“Selepas itu saya akan membuat laporan kepada ROS,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin KITA, Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman, berkata Tee Beng dan Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim, dipecat berkuat kuasa serta-merta kerana membuat kenyataan menjejaskan parti.
Keputusan itu dibuat sebulat suara pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan, kelmarin. Bagaimanapun, Tee Beng dan Zamil boleh merayu dalam tempoh 14 hari.

Sebelum ini, Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan untuk membubarkan parti itu tetapi beberapa pemimpin KITA di peringkat negeri, termasuk Tee Beng dan Zamil tidak setuju kerana cadangan dibuat tanpa dirujuk terlebih dulu kepada pemimpin lain.

Mereka mendakwa Zaid bertindak atas kepentingan diri dan membuat keputusan seorang diri, mendesak supaya Zaid yang keluar parti dan membiarkan KITA diuruskan pemimpin lain.

Di ALOR SETAR, Zamil menyifatkan pemecatannya daripada parti tidak sah berikutan ahli akar umbi dan kepemimpinan negeri sudah sebulat suara tidak mengiktiraf Zaid sebagai presiden parti.

Katanya, pemecatan beliau dan Tee Beng yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin malam kelmarin, tidak munasabah selain disifatkan bodoh dan gila.

Beliau yang mengakui tidak dimaklumkan mengenai pemecatan itu sama ada menerusi surat, panggilan telefon ataupun SMS daripada Jawatankuasa Disiplin parti berkata, pemecatan itu tidak akan mengganggu tugasnya sebagai pemimpin KITA negeri.

“Saya tidak dimaklumkan mengenai pemecatan itu dan hanya mengetahuinya menerusi rakan media. Saya pelik dalam masa Zaid berhasrat hendak bubarkan parti, dia bertindak memecat kami.

“Zaid seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian dan membuat tindakan mengikut kehendak dirinya dengan membelakangkan ahli parti akar umbi. Dia (Zaid) buat parti ini macam syarikat yang boleh dibuka dan ditutup (bubar) sesuka hati.

“Perkara itu menimbulkan kemarahan ahli dan pemimpin parti negeri. Saya mewakili kepimpinan KITA Kedah sebulat suara mahu beliau mengundur diri selain tidak lagi mengiktiraf Zaid sebagai presiden,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Blogger 1