Ahad, 8 April 2012

Bagi Peluang Tadbir



Dah tiba masa untuk pencen. Bagi peluang orang lain untuk ambil tanggungjawab perintah Kelantan. sementara tarikh PRU13 belum lagi ditentukan, ada baiknya, bagi timbalan MB pangku jawatan MB. Biar bagi rasa macam mana nak perintah negeri. Kut-kut kalau BN menang, taklah timbalan MB tu kempunan. Kalau PAS masih bertahan pun, sekurang-kurangnya, bakal pengganti yang sahih dah ada. Taklah berebut-rebut pulak nanti.

Tapi MB ni mungkin takut nak lepas jawatan. takut orang dah tak pandang lagi. Maklumlah masa berkuasa, semua nak dekat, semua nak tolong angkat. Bila dah tak ada jawatan, sapa pun tak ingin.

Nik Aziz berehat di rumah


2012/04/08
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semalam, dinasihatkan doktor supaya berehat di rumahnya di Pulau Melaka di sini.

Setiausaha Sulit Kanannya, Ahmad Shargowi Derahman, berkata Mursyidul Am PAS itu tidak masuk pejabat di Kota Darulnaim di sini, hari ini, sebaliknya beliau berehat di rumah. "Tidak ada program rasmi yang membabitkan kehadiran Menteri Besar dalam sehari dua ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz, 81, dirawat di wad rawatan jantung (CCU) hospital itu sejak Rabu lalu selepas mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim. - BERNAMA

Blogger 1

bmf

bmf