dalam Mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat, memanglah kata tolak...
tapi dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi PR nanti memang sah akan tolak apa yang PAS dah putuskan....
ini umpan buat penyokong PAS yang dah mual dan muak dengan Nuar... agar tetap undi PR..
PAS, bising dan hingar depan penyokong dia aja....
dalam PR tak banyak cakap, tak banyak aksi....
yang mampu hanya angguk dan ya....
kalau dah tak suka Nuar.....
sebagai MB baru Selangor....
korang diam-diam aja... pesan-pesan pada penyokong korang....
jangan undi PKR.... biar Nuar tersungkur...
PKR kalah... korang boleh claim jawatan MB...
aku nak juga tengok MB PAS handle kilang arak dan rumah urut....
SHAH ALAM: PAS tetap konsisten dengan keputusannya menolak calon PKR di
DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang
baru.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, isu pertukaran
Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit dan PAS merasakan tiada
keperluan berbuat demikian.
“Keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat.
Dalam erti kata lain, PAS tidak bersetuju menjadikan PRK DUN Kajang
sebagai agenda menukar Menteri Besar Selangor.
“Itulah dua perkara besar yang telah diputuskan dan dikemukakan melalui
kenyataan rasmi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berasaskan
keputusan ini, jelas PAS mempunyai pendirian tersendiri secara jamaei
dan tidak mudah diseret ke tengah dan ke tepi,” katanya dalam satu
kenyataan.
Bagaimanapun, beliau berkata, PAS bersedia menghulurkan bantuan kepada PKR dalam PRK Kajang.
“Lajnah Politik PAS Pusat tidak membincangkan soal setuju atau tidak
berhubung peletakan jawatan ADUN Kajang kerana ia telah berlaku. Mahu
tidak mahu, kerusi DUN Kajang telah berlaku kekosongan dan PRK akan
diadakan.
“Kerusi itu milik PKR berdasarkan persefahaman sebelum ini, maka hak PKR
untuk meletakkan calonnya. Manakala, fokus mesyuarat Lajnah Politik
ialah menentukan sikap terhadap PRK DUN Kajang yang bakal diadakan
kelak,” katanya.
DEMI UNTUNG TAK KIRA RAMADHAN
-
Mula dah... Semuanya dgn bakal kehadiran ramadhan Dan syawal. Bukan nk
kebaikan Dan barokah, Lakonan puak hipokrit...!
Konon partner lari lah, Modal ...
4 hari yang lalu