Jumaat, 31 Januari 2014

PM dah lemah...

saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh DT

kalimah Allah - PM lemah

 

dengan begitu banyak ancaman yang datang.... mesti pening kepala...

serangan dari luar dan dalam untuk menjatuhkan Najib, isu harga barang, isu perpaduan dan macam-macam lagi..

patut bagi tabik untuk kepimpinan Najib...

Datuk Seri Najib hari ini dalam pertemuannya bersama pimpinan 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum Melayu dan Islam telah menyatakan bahawa beliau perlu berdiam diri dalam isu kalimah Allah kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan menambah bahang kemarahan.

Kata Najib,  beliau adalah seorang pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan semata-mata pemimpin satu kaum. 


dan apa yang dikatakan Najib itu wajar dan tepat...lagi pun dah jumpa tu, maknanya Najib ambil perhatian...

BN dah kalah undi popular. 

kalau berdasarkan sokongan parti, bolehlah diandaikan pengundi Melayu daripada PAS dan PKR juga sudah setuju penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut kristian... ngo yang jumpa Najib ni patut tanya pada diri masing-masing, apa yang mereka perjuangkan untuk Islam dan Melayu..

apa yang dia orang buat untuk sedarkan orang Melayu Islam tanpa mengenal fahaman politik...

kalau setakat demo nak pertahankan kalimah Allah, tak sampai puluh ribu.... sapa pun tak gentar...

kalau ngo-ngo ni dapat kumpul 1 juta orang buat demo kat Putrajaya... sudah tentu puak-puak yang buat kacau tu gentar....

apa pun... di tangan Najib... kalimah Allah masih tetap dipertahankan... kalau semua nak hentam Najib.... tunggulah PRU 14 nanti, radar kejatuhan BN sudah melepasi 50%... tanpa sokongan dan dokongan dari semua, terutamanya yang nak lihat Najib lepaskan jawatan PM...  BN tentu tumbang....

masa tu.... baru nak sedar....

isu di Selangor... ada puak yang saja nak uji melayu PAS dan PKR, samada sokong kerajaan BN yang pertahankan kalimah Allah atau masih sokong perjuangan PR. dan ternyata Melayu Islam PR masih tetap dengan pendirian, kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut kristian.



Rabu, 29 Januari 2014

sebab marah

sebab Jepun tak bagi Nuar masuk...

marah sungguh Nuar...

mengamuk sakan penjilat Nuar....

bakar bendera lagi.... 

nak boikot barang Jepun lagi...



 tapi marah Nuar tak reda....

Nuar paksa ADUN Kajang lepaskan jawatan...

Nuar nak jadi ADUN pulak...





 kali ni, dengan tittle MB, 

tak kan tak boleh lagi masuk Jepun....

mesti dia nak luku kepala pegawai yang tak bagi masuk hari tu....

 

 ***** kalau PAS nak pijak kepala Nuar.... dan PKR tinggal 13 kerusi...

 PAS harus kerah penyokongnya sokong BN....

yang penting.... 

MB dari PAS....

kononnya ini..


dengan syarat pulak....

BN letak calon UMNO...  dengan 48% pengundi Melayu ( pengundi Melayu PKR mungkin 3%atau 4% aja)... dan harap separuh pengundi India dan sedikit pengundi Cina daripada 41% ... rasanya BN boleh menang...

nak bagi MCA...

baik tak payah masuk bertanding.... MCA pun bukannya buat kerja.....

bagi je lah kerusi tu pada Nuar...









































Selasa, 28 Januari 2014

kajang...


BN tak payah bertandinglah kat Kajang... 

Habiskan duit rakyat aja.... Kalau nak dikatakan mulia...

hah... inilah masanya.....



2013
 
2008
1. LEE BAN SENG (BN) 12,747   Lee Kim Sin (PKR) 13,220
2. MOHD KHALID BIN KASSIM (BEBAS) 83   Low Lee Leng (BN - MCA) 9,952
3. MOHAMAD BIN ISMAIL (BERJASA)
4. ONG YAN FOO (BEBAS)
5. IR. MOHD IWAN JEFREY BIN ABDUL MAJID (BEBAS)
6. LEE CHIN CHEH (PKR)
1,014
85
249
19,571
     
Penyandang: Lee Kim Sin (PKR)
% keluar mengundi: 88.40%
Majoriti: 6,824
  Penyandang: Lee Kim Sin (PKR)
% keluar mengundi:  23,732 (79.5%)

Majoriti: 3,268

Penyandang 2004: Low Lee Leng (BN)
Jumlah Pengundi: 38,965
Undi rosak: 541

  Jumlah Pengundi: 29,868
Undi rosak: 560



pengundi Melayu seramai 48 peratus, 

pengundi Cina seramai 41 peratus, 

pengundi India 10 peratus 

dan 1 peratus pengundi lain-lain kaum.

sumber


tengok kat atas pun dah tahu...

BN tak payahlah nak masuk gelanggang....

keputusannya tetap sama.... PR akan menang..

jadi biarlah PR menang tanpa bertanding....



PETALING JAYA, 28 JAN - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), umum Menteri Besar hari ini.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu juga dipersetujui pimpinan parti Pakatan Rakyat (PR) yang dimaklumkan dalam satu mesyuarat awal pagi tadi.

Katanya, dengan penyertaan Ketua Pembangkang Parlimen itu ke negeri Selangor mampu meneruskan kecemerlangan Kerajaan Selangor.

“Ini adalah keputusan bersama bagi menjadikan Pakatan Rakyat lebih kuat.

“Jadi kita akan menumpukan sepenuh perhatian bagi memastikan kejayaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang,” kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid membuat pengumuman berkenaan dalam satu sidang media yang turut dihadiri Anwar serta Lim Kit Siang dan Salahuddin Ayub yang diadakan di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Sementara itu, Anwar pula sekali lagi menolak spekulasi bahawa beliau bakal menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

“Keputusan yang dicapai dalam Pakatan Rakyat ini memberi motivasi kepada saya untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pentadbiran kerajaan Selangor,” kata Anwar. 

Biarlah Nuar jadi MB selangor... sebelum jadi PM....

takut kempunan.....



















isu...


offer ini dulu

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan mempertimbang cadangan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Barisan Nasional untuk bekerjasama dan bermuafakat ke arah 'pelan damai', dengan berunding bersama Jemaah Menteri.

untuk tutup perletakan Adun Kajang



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim  menafikan sekeras-kerasnya laporan media mendakwa beliau akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

dan memang Nuar tak kan jadi MB...

tapi mungkinkah.....

aku nak teka juga... sebab ramai yang teka Nuar akan jadi MB...

tapi tak kan mungkin.... dia dah offer ludah muka dia....

tapi kalau ludah tempat lain... mungkin tu ada jadi MB.

siapa akan bakal jadi MB Selangor...?

sebab Khalid dah cakap...

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan pakatan pembangkang mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah berhubung perkara itu.

mungkinkah....?

sebab nak jadi MB, 

ugut bapak dengan isu cerai....

mungkinkah dia akan jadi MB wanita pertama....

dia anak Nuar dan orang Khalid, anak Presiden sulung PKR...

tak kan mungkin Azmin.

kalau betullah... PKR dah catat satu sejarah...

apa pun.... inilah kreativiti PKR.... isu kalimah Allah lenyap... Isu Tian Chua lenyap.... Isu bakar bendera lenyap.... buat isu untuk tutup isu....

Jumaat, 24 Januari 2014

kata Tun...


aku suka apa kata Tun ni...

ringkas je, tapi senang nak bagi faham kat orang...

tak payah nak guna ayat panjang-panjang....







KUALA LUMPUR 24 Jan.-Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan kerajaan seharusnya mengembalikan keputusan asal penggunaan kalimah Allah hanya dibenarkan di Sabah dan Sarawak sahaja.

Dr. Mahathir berkata, penggunaan kalimah Allah di Semenanjung tidak perlu kerana pengguna bahasa Melayu bukannya terdiri dari kalangan Kristian di sini.

"Kerana di sini kita tidak ada orang yang hari-hari guna bahasa Melayu yang beragama Kristian. Semua orang yang guna bahasa Melayu orang Islam. Jadi apa perlu bawa kalimah Allah ke Semenanjung?

"Kerajaan mesti usaha untuk mengembalikan keputusan yang asal iaitu hanya terhad kepada Sabah dan Sarawak. Itupun hanya di kalangan orang beragama Kristian," tegas Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir ditemui dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Prinsip dan Praktik Hak Asasi Manusia Sejagat: Langkah ke Hadapan' pada Forum Kebangsaan Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam di Pusat Islam di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, pada zaman beliau menjadi Perdana Menteri telah wujud gerakan untuk menggunakan kalimah Allah di Semenanjung.

"Kita berpendapat sebagai satu penyelesaian bahawa mereka Kristian di Sabah dan Sarawak yang berbahasa Melayu mereka boleh guna. Kita tidak sekat tetapi tak perlu datang ke Semenanjung ini," terang Dr. Mahathir.

Menurut Dr. Mahathir percubaan menguna pakai kalimah Allah dari kalangan Kristian di Semenanjung pastinya menimbulkan kemarahan dan ketegangan dalam masyarakat.

Justeru Dr. Mahathir mempersoalkan usaha kumpulan berkenaan sama ada sengaja mempermainkan isu kalimah Allah dengan niat untuk menimbulkan kekacauan di kalangan rakyat. - UTUSAN ONLINE

orang Cina dan India...

takkan pernah dia baca bible dalam Bahasa Melayu... nak simpan buku Bahasa  Melayu, mungkin yang ada buku BM belajar kat sekolah aja... 

jadi untuk apa Bible dalam BM yang ada kalimah Allah... pastinya untuk orang Melayu... yang hari-hari guna bahasa Melayu...

suruh hapus sekolah Cina dan India tak mahu... cakap melayu lintang pukang... tiba-tiba nak pulak Bible dalam bahasa Melayu.. lepas tu nak pulak lagi kalimah Allah...

Khamis, 23 Januari 2014

sudah terang...

para jenderal besar UMNO...

yang kat bawah ni...

dah terang lagi nyata....

terang-terang memfitnah UMNO, tak kan tak mahu saman..



Jepun pun dah kuarkan kenyataan sebab apa Nuar tak boleh masuk Jepun...

tak kan nak ambik ringan je...

DAP ni memang anti Melayu... kalau dia nak serang dan terjah kerajaan... patut dia tuduh BN yang punya angkara... kenapa pulak mesti UMNO juga yang kena...

dahlah Tiang Chuak terang-terang membodohkan orang-orang besar UMNO.. tak kan yang kat atas pun tak ambil peduli....

kalau biar je.... memang sahlah, BN bakal bungkus dalam PRU nanti....

Rabu, 22 Januari 2014

Memang betul la..

Memang betul la..


apa yang Sam ni cakap..

Pemuda PKR (AMK) hari ini menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu pada 19 Januari lalu.
Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, mereka menuntut kedutaan Jepun menjelaskan perkara tersebut dan menyatakan permohonan maaf kepada Anwar kerana telah bertindak sebegitu.
Tambahnya lagi, halangan tersebut disifatkan tidak wajar kerana Anwar difahamkan tiada sebarang isu melibatkannya dengan negara itu.
“Amat mengejutkan, berdasarkan rekod Anwar tidak ada sebarang isu sebelum ini dengan negara itu sehingga menghalang beliau memasuki Jepun minggu lalu oleh Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.
“Kita percaya tindakan kerajaan Jepun itu berlebihan, tiada jaminan dan menyalahi Artikel 13 Hak Asasi Manusia,” katanya.
Sementara itu, penghantaran memorandum ke kedutaan Jepun itu melibatkan 30 orang peserta bantahan sambil memegang poster yang bertulis “boikot barangan Jepun”.
Ada antara mereka memijak poster, yang mirip bendera Jepun tersebut, dan membakarnya di hadapan kedutaan itu.
Shamsul juga memaklumkan memorandum tersebut diterima oleh wakil kedutaan, Masa Hiro dan dua orang lagi wakil kedutaan itu.
Dalam perkembangan terbaru, AMK menafikan pihak yang membakar poster itu merupakan anggota sayap PKR itu.

 yang pijak dan bakar bendera Jepun tu bukan sayap PKR (AMK)...

cuba tengok gambar...





dah tua baya umur Nuar takkan AMK kut...

Boikot_Barangan_Jepun1

nasib baik Sam tak kata itu orang BN menyamar jadi orang PKR....

atau Sam pun malu nak ngaku dorang tu orang PKR...

nak kata orang PAS,,,, lagilah tak mungkin...

nak kata DAP... nanti Karpal berdehem je, Sam dah terkencing....

dan bahasa yang paling molek... tanpa sakitkan hati sesiapa....

tu yang keluar ayat;

bukan sayap AMK

dah satu ADUN buat kerja tak bertamadun...

ni tambah satu lagi perangai haram jadah PKR 


Selasa, 21 Januari 2014

Boikot


Orang Nuar serbu kedutaan Jepun...

ramai sungguh....



Pemuda PKR (AMK) hari ini menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu pada 19 Januari lalu.
Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, mereka menuntut kedutaan Jepun menjelaskan perkara tersebut dan menyatakan permohonan maaf kepada Anwar kerana telah bertindak sebegitu.
Tambahnya lagi, halangan tersebut disifatkan tidak wajar kerana Anwar difahamkan tiada sebarang isu melibatkannya dengan negara itu.
“Amat mengejutkan, berdasarkan rekod Anwar tidak ada sebarang isu sebelum ini dengan negara itu sehingga menghalang beliau memasuki Jepun minggu lalu oleh Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.
“Kita percaya tindakan kerajaan Jepun itu berlebihan, tiada jaminan dan menyalahi Artikel 13 Hak Asasi Manusia,” katanya.
Sementara itu, penghantaran memorandum ke kedutaan Jepun itu melibatkan 30 orang peserta bantahan sambil memegang poster yang bertulis “boikot barangan Jepun”.
Ada antara mereka memijak poster, yang mirip bendera Jepun tersebut, dan membakarnya di hadapan kedutaan itu.
Shamsul juga memaklumkan memorandum tersebut diterima oleh wakil kedutaan, Masa Hiro dan dua orang lagi wakil kedutaan itu.
Dalam perkembangan terbaru, AMK menafikan pihak yang membakar poster itu merupakan anggota sayap PKR itu.




lawak sungguh yang bagi bold merah....




siap gambar sebelah keta jepun lagi...

mungkin ini jawapan kenapa Nuar kena halau dari Jepun

Jumaat, 17 Januari 2014

bila lagi

tak adakah akta yang boleh diguna untuk dakwa haramjadah di bawah yang hina PM. Langsung tak ada perasaan hormat langsung.






 

kalau yang buat lagu dah kena cekup, harap orang-orang kat atas pun dicekup sama...

wong yu ri 

 


Rabu, 15 Januari 2014

lagi silap...

silap lagi....

tapi dah buat pembetulan...

hampir seharian dilihat.....
















ini dari blog APA

patutlah, bila tengok cover UtusanOnline macam ada yang tak kena....

siapa punya kerja ni...

patut dah kena ambik tindakan...

Selasa, 14 Januari 2014

baik sangat


Umno ni terlalu baik.

 

Sebab terlalu baiklah hingga kena pijak-pijak. Orang buat macam-macam pun, selesainya hanya dengan minta maaf.

Kalau macam ni... PRU nanti, nampaknya bolehlah bagi pembangkang menang percuma.

dalang Lahad Datu

dalang video seks

agaknya graf sokongan kepada UMNO akan bertambah-tambah dengan selesainya dua kes di atas.. agaknya....





Rabu, 8 Januari 2014

orang tengah

dia orang jadi dajal, BN juga yang kena..
















siapa yang majoriti jadi orang tengah ni. 
memang kerja dia orang ni menyusahkan rakyat. 
cumanya... kalau dah tahu kerja orang tengah, jangan hanya nak pantau aja...
perlu ada tindakan terhadap orang tengah yang memanipulasikan harga...

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata kenaikan harga barang di negeri itu bukan berpunca daripada kenaikan harga bahan api tetapi sebaliknya peranan orang tengah yang cuba mengaut keuntungan
Beliau berkata, kerajaan negeri sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau kenaikan harga barang termasuk tindakan orang tengah memanipulasi harga barangan di pasaran.

 Jawatankuasa khas itu dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid.


"Kita menerima beberapa aduan mengenai kenaikan harga barangan di Sabah dn kita haraus mengambil tindakan dan memantau perkara ini secara konsisten," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet pertama bagi tahun ini di Wisma Innoprise, di sini, hari ini.

Musa berkata, jawatankuasa khas itu akan memantau kenaikan semua jenis barangan tanpa mengklasifikasikan barangan tertentu terutama barang kawalan.

Dalam perkembangan lain, Musa berkata sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri buat julung kali akan diadakan di Tawau pada Isnin dan Selasa ini.

Beliau berkata majlis tahlil dan bacaan Yassin akan diadakan pada Isnin dan perarakan sambutan di Padang Perbandaran Tawau pada keesokannya.

- BERNAMA


Isnin, 6 Januari 2014

Kasihan sungguh

Bezanya sukan elit dengan yang tak elit


Kuala Lumpur: “Kadang-kadang ayam masak kicap yang tidak habis semalam, disimpan dalam peti ais dan keesokannya digunakan untuk menjadi lauk dalam nasi goreng”.
Itulah realiti yang perlu dihadapi barisan pemain sepak takraw negara yang menginap di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Keramat berhubung menu makanan di kantin kompleks itu seperti yang didedahkan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini.

Ahmad minggu lalu berkata, setiap atlet sewajarnya diberikan tempat tinggal dan makanan terbaik dan berkhasiat termasuk menyediakan pakar pemakanan di MSN Keramat seandainya mahukan prestasi terbaik dihasilkan selain mencadangkan peruntukan RM30 sehari kepada atlet untuk makanan disalurkan terus kepada pemain seandainya perkara itu berterusan.



Ahad, 5 Januari 2014

bijak sangat

tak tau...

ini bijak ke atau terlebih bijak...






  Hard Rock akan dibuka di Putrajaya

PUTRAJAYA - Hard Rock International dijangka membuka Hard Rock Cafe di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, pada tahun ini.

Ini merupakan Hard Rock Cafe yang kelima selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir telah bersetuju membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di Presint 3 di sini.

"Hard Rock Cafe Putrajaya akan dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan pada tahun ini.

"Ia akan menjadi tarikan baharu di sini termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan juga golongan muda," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Aseh mengiringi Syed Yusof melawat Menara Ikhlas di sini. - Bernama

Rabu, 1 Januari 2014

penasihat....


Yang kat bawah ni aku setuju... patutnya. selama ni PM digula-gulakan dengan laporan yang indah-indah belaka wal hal apa yang berlaku di bawah adalah sebaliknya.



SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed hari ini menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil penasihat baru,bagi memberikan idea baharu terhadap kepimpinan PM.
Jelas Nur Jazlan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),  kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga baginya perlu diketepikan sama sekali.

“PM perlu menghimpunkan penasihat-penasihat baharu beliau bagi memberikan idea baharu supaya lebih memahami denyut nadi rakyat.

“…kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN.

“…kini, setiap kata-kata kerajaan BN menjadi satu bahan gurauan dan momokan rakyat sehingga dilihat sukar untuk kembali meraih semula sokongan daripada rakyat,” katanya dalam penulisan terbarunya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan rakyat sebenarnya sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, namun oleh kerana mereka (rakyat) berada dalam keadaan marah sudah pasti mahu mencari mangsa untuk melepaskan kemarahan mereka.

 “Rakyat sebenarnya, sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, tetapi dek kerana mereka berada dalam keadaan marah, sudah tentu mereka mencari mangsa.

“Oleh itu, bagi saya kegagalan BN mengoptimumkan penggunaan jentera parti memberikan penerangan kepada rakyat akan memberi padah besar kepada BN sendiri,” katanya.

Blogger 1