Isnin, 6 Januari 2014

Kasihan sungguh

Bezanya sukan elit dengan yang tak elit


Kuala Lumpur: “Kadang-kadang ayam masak kicap yang tidak habis semalam, disimpan dalam peti ais dan keesokannya digunakan untuk menjadi lauk dalam nasi goreng”.
Itulah realiti yang perlu dihadapi barisan pemain sepak takraw negara yang menginap di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Keramat berhubung menu makanan di kantin kompleks itu seperti yang didedahkan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini.

Ahmad minggu lalu berkata, setiap atlet sewajarnya diberikan tempat tinggal dan makanan terbaik dan berkhasiat termasuk menyediakan pakar pemakanan di MSN Keramat seandainya mahukan prestasi terbaik dihasilkan selain mencadangkan peruntukan RM30 sehari kepada atlet untuk makanan disalurkan terus kepada pemain seandainya perkara itu berterusan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1