Khamis, 24 Mei 2012

Memang gila



Kalau ikhlas nak buat muzakarah, tak perlu ada syarat. Ni lah, kalau dah gila, sampai bila pun gila. Umpamanya, dia pinang orang, dia pulak letakkan syarat.

Nik Aziz enggan longgar syarat pertemuan UMNO, PAS


2012/05/24
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak untuk melonggarkan syarat yang ditetapkannya sebelum ini bagi membolehkan muzakarah diadakan antara UMNO dan PAS.

“Biar dulu (soal longgar syarat), yang penting setuju atau tidak dan lepas itu baru kita buat syarat. Budak kecil nak masuk tadika pun ada syaratnya, mana boleh muzakarah tidak ada syaratnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar Kota Jembal bernilai RM3.2 juta dekat sini, semalam.
Nik Aziz berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau bersedia untuk melonggarkan syarat bermuzakarah yang dikenakan kepada UMNO.
Sabtu lalu, Nik Aziz mengenakan dua syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO iaitu UMNO perlu menerima rakan pembangkang iaitu DAP dan PKR serta menukar dasar kebangsaan yang diguna pakai ketika ini kepada dasar Islam.

Kelmarin, beliau menambah satu lagi syarat iaitu menggunakan tajuk ‘Kenapa UMNO Tolak Islam’ untuk muzakarah.

Ditanya kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjelaskan parti itu hanya bersedia mengadakan perbincangan dengan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung salah faham mengenai Islam dan bukan muzakarah dengan UMNO, Nik Aziz berkata, beliau tidak mahu sentuh hal presiden.

“Saya tidak mahu sentuh atau ganggu hal Presiden, yang saya hendak sebut ialah mengenai hal saya. Saya hendak bermuzakarah dengan UMNO, kenapa menolak Islam. Kalau dia (Abdul Hadi) tidak setuju dengan saya, tidak mengapa,” katanya.



Kenapa tak boleh jadi macam kat atas, bertemu dan berbincang demi kekuatan Islam dan perpaduan Melayu

Blogger 1

bmf

bmf