Rabu, 24 Julai 2013

Tutup

Temberang sungguh KPM ni. 

Bilik dah dihias cantik macam tu pun tak boleh diguna untuk makan atau jamuan








Bilik persalinan ditutup
Oleh BORHAN ABU SAMAH
SUNGAI BULOH 24 Julai - Kementerian Pelajaran memutuskan bilik persalinan yang dijadikan kantin sementara bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, di sini, ditutup serta merta.
Timbalan Menteri Pelajaran, P. Kamalanathan berkata, bilik persalinan itu didapati tidak sesuai dijadikan kantin sementara dan murid-murid terbabit kini kembali menggunakan kantin yang dibuka semula hari ini.
"Niat guru besar berkenaan baik iaitu untuk memastikan sebarang kejadian tidak diingini berlaku semasa kantin dalam pengubahsuaian, maka murid-murid berkenaan ditempatkan di bilik persalinan.
"Bagaimanapun bilik berkenaan tidak bersesuaian dan kita memutuskan supaya ia ditutup," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan sekolah berkenaan serta melawat bilik persalinan berkenaan.
Sehubungan itu beliau menasihatkan para pentadbir sekolah di seluruh negara supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di sekolah tersebut dan memastikan ia tidak berulang.
Dalam pada itu beliau juga memberi sejumlah sumbangan peribadi kepada sekolah berkenaan bagi membolehkan kerja memperbesar kantin dilakukan.
"Kementerian juga mempertimbangkan cadangan sekolah untuk memperbesarkan kantin yang pada masa ini tidak lagi dapat menampung lebih 1,000 murid yang belajar di dalam dua sesi," katanya. - Utusan Online
by BORHAN ABU SAMAH July 24 at 2:32 PM

Aku nak komen satu je kat sini. Kalau sekolah Melayu ada Cina dan India, untung sangatlah sekolah tu. Mesti akan dapat perhatian. Mata  Kementerian Pelajaran Malaysia terang sungguh menyuluh sekolah tu...

BestariNet dah ada yang beroperasi. Jalur lebar dengan kelajuan 4G. Tapi kasihan, ada sekolah yang tak ada bilik akses, makmal komputer. Ada makmal komputer tapi tak siap, jadi gajah putih. KPM tolong tengok-tengokkan benda ni. Takkan era Hishamudin tak boleh diteruskan.dalam era Muhyidin. 

yang di bawah ni tak tahu, apa jadi... dah siap ke belum.....Laporan audit 2010

27 MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH BESTARI TAK SIAP, HANYA 2 DARIPADA 300 SEKOLAH DI SABAH DISIAPKAN
Semakkan Laporan Audit Negara 2010, mendapati kesemua 27 makmal komputer Sekolah Bestari yang diuruskan Kementerian Pelajaran gagal disiapkan dan diserahkan sepenuhnya mengikut tempoh yang ditetapkan.
Manakala projek makmal komputer sekolah harian di Sabah hanya dua daripada 300 makmal disiapkan. Menurut laporan tersebut, perbelanjaan bagi kedua-dua projek mencapai 11.3 peratus dan 82.1 peratus.
"Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah dan Sekolah Bestari tidak mencapai objektifnya. Ini kerana kontraktor gagal menyiapkan dan menyerahkan projek mengikut tempoh masa yang ditetapkan," sebut laporan itu.
Laporan itu menyebut kerajaan perlu mengamal pengurusan kewangan dan berbelanja secara berhemat serta mementingkan value for money bagi mengawal perbelanjaan serta mendapat faedah yang maksimum.
"Adalah didapati kos pembinaan 27 bangunan makmal komputer sekolah bestari yang dibuat secara tender terbuka dalam lingkungan RM700, 000 hingga RM980, 000 sebuah. Bagi sekolah harian dalam lingkungan RM350,000 hingga RM500,000," katanya.
Audit juga mendapati makmal komputer tidak siap atau tidak sempurna dan tidak praktikal. Mengikut kontrak, tempoh penyiapan selama sembilan bulan bermula 15 September 2008 hingga 15 Jun 2009 kemudiannya dilanjutkan antara 1 Disember hingga 23 Mei 2010.
Bagaimanapun mereka laporan itu mendapati kesemua makmal tersebut masih tidak disiapkan sepenuhnya atau diserahkan sehingga bulan 2010. -














Blogger 1

bmf

bmf