Selasa, 24 April 2012

Upin & Ipin rugi

Upin & Ipin ditangguhkan. Tangguh bermakna mengundang kerugian... semuanya gara-gara demo...


sokong bersih maknanya sokong LGBT, sokong kebebasan beragama, sokong memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum, sokong Ambiga sebagai pejuang yang bakal memusnahkan negara dengan agenda yahudi.

sian Upin Ipin



Upin & Ipin ditangguh
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TAHUN lalu, tiga persembahan teater terbitan CTRA Production yang dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan kerana ‘Perhimpunan Bersih’.

Antaranya, teater Mak Dara Nyonya yang diterajui Juhara Ayob, Misha Omar, Sarimah Ibrahim dan Fara Fauzana yang mendapat sambutan hangat peminat teater tanah air.

Ketika dihubungi, Penerbit�nya, Siti Rohayah Attan berkata, pihaknya menganggarkan mengalami kerugian sekitar RM150,000, ketika itu. Terbaru, kata Rohayah, pementasan dengan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Upin & Ipin The Musical pula bakal menerima nasib sama apabila Bersih 3.0 diumumkan akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April ini.

“Pihak produksi bakal menanggung kerugian sekitar RM450,000 apabila dua pementasan Upin & Ipin di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan pada 28 April.


“Seluruh warga produksi juga berasa sangat kecewa kerana tiket pada tarikh itu sudah terjual sebanyak 80 peratus pada sebelah malam dan 60 peratus bagi persembahan siang yang akan dipentaskan dalam bahasa Inggeris.


“Apa yang menyedihkan, kebanyakan penonton yang membeli tiket pada tarikh berkenaan datang secara berkumpulan dari luar kota iaitu Segamat, Ipoh, Pulau Pinang dan Terengganu,” katanya.

Justeru, kata Siti Rohayah lagi, pihaknya terpaksa mengambil langkah segera dengan memilih tarikh baru iaitu pada 1 Mei bagi persembahan siang dalam bahasa Inggeris dan 7 Mei bagi persembahan sebelah malam.

“Langkah yang tidak diduga ini sudah tentu membabitkan penambahan kos dari segi penyewaan ruang, bayaran tambahan kepada pelakon dan tenaga produksi, peningkatan sewa peralatan teknikal, logistik dan sebagainya.

“Penonton yang sudah membeli tiket untuk 28 April ini boleh menukar tarikh tiket mereka pada tarikh baru atau boleh meminta wang mereka dikembalikan melalui ejen tiket iaitu Smart Mobile (ticket2u.biz),” katanya.

Sekalipun kecewa kerana terpaksa berdepan dengan kehendak segelintir masyarakat berlainan fahaman politik, Rohayah berkata, dia melihat apa yang berlaku itu sebagai cabaran dalam memartabat�kan pentas teater tanah air.

“Dua puluh tahun saya terbabit dalam bidang teater dan menerbitkan hampir 30 persembahan di seluruh negara, bukan sedikit cabaran yang perlu dilalui. Bukan saja terpaksa menunda dan membatalkan persembahan, malah pernah ditipu ratusan ribu ringgit oleh penaja di luar sana.

“Sebab itu, saya beranggapan apa yang bakal terjadi dalam Upin & Ipin The Musical atas kehendak Allah yang mahu mematangkan lagi saya dan pasukan produksi dalam mencari rezeki halal,” katanya.

Antara teater terbitan CTRA Production sebelum ini ialah Muzikal Tun Mahathir, Muzikal Lantai T Pinkie, Dejavu, Bukan Dejavu, Anugerah, Muzikal Gamat, Bulan Menangis dan Muzikal Ibu Zain.

Upin & Ipin The Musical yang berdasarkan siri televisyen popular Upin & Ipin dan ditaja KPJ Healthcare Berhad ini mula dipentaskan di IB bermula 14 April lalu sehingga 7 Mei nanti.

Keterangan lanjut mengenai teater ini bolehlah melayari www.ticket2u.biz.

Derhaka

Tuntut lepas jawatan YDP MAIPP maknanya derhaka kepada.....



Tuntut lepas jawatan HAL EHWAL AGAMA, PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA, derhaka pada ....



Isu jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang: Tuntut PKR, DAP tunai janji pilihan raya

GEORGETOWN: PAS mahu Abdul Malik Abul Kassim melepaskan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) walaupun beliau sudah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Februari lalu.

Ini bagi membolehkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man, yang kini memegang jawatan Timbalan YDP MAIPP, dilantik menggantikan Abdul Malik.

Abdul Malik yang juga EXCO Agama, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung dan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, dilantik memegang jawatan YDP MAIPP selama dua tahun, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Mohd Salleh berkata, PAS Pulau Pinang berpendirian bahawa Abdul Malik wajar mengosongkan jawatan itu segera dengan apa cara sekalipun bagi melancarkan pentadbiran MAIPP.

“Itulah (meletak jawatan) yang terbaik baginya,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Mohd Salleh yang mempengerusikan mesyuarat pertama MAIPP kelmarin, atas kapasitinya sebagai Timbalan YDP, berkata pengosongan jawatan itu seiring dengan pengakuan kerajaan negeri yang tersilap memperakukan nama Abdul Malik sebagai YDP MAIPP kepada Istana Negara.

“(Timbalan Ketua Menteri I) Datuk Mansor (Othman) pun sudah mengakui silap (memperakukan nama Abdul Malik kepada Istana Negara) dan wajarlah beliau (Abdul Malik) melepaskan jawatan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu.


Rabu lalu, Mansor mengakui kerajaan negeri melakukan kesilapan apabila memperakukan nama Abdul Malik sebagai YDP MAIPP kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 22 Disember lalu bagi menggantikan Ellias Zakaria.

Berikutan itu, kerajaan negeri memperakukan senarai nama kedua dengan menamakan Mohd Salleh sebagai YDP MAIPP.

Bagaimanapun, masalah timbul kerana Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan Abdul Malik sebagai YDP MAIPP berdasarkan perakuan pertama oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri mengemukakan senarai kedua dengan memperakukan Mohd Salleh sebagai YDP MAIPP kerana mahu menunaikan janji kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir pada 2009 yang berjanji melantik Mohd Salleh jika beliau menang.

Kini kerajaan negeri berusaha untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk merayu bagi membolehkan Mohd Salleh menggantikan Abdul Malik.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa, mengakui kepemimpinan PAS Pusat tidak senang dengan kemelut yang berlaku dan mahu PKR serta DAP menunaikan janji memberikan jawatan itu kepada PAS.

Abdul Malik ketika dihubungi pula berkata, PAS berhak membuat kenyataan memintanya mengosongkan jawatan berkenaan.

“Itu hak dia untuk membuat kenyataan,” katanya yang enggan mengulas lanjut isu berkenaan. BH

Blogger 1