Jumaat, 25 November 2011

Anwar PM ke-7




Kalau dah cinta dan kasihnya Azmin pada Nuar tak berbelah bagi, semua pun akan diserahkan. kali ni, jawatan PM pula yang ditadahkannya pada Anwar. kalau kerusi pkr ciput je, sanggupkah Hj. Hadi serahkan jawatan PM pada Anwar. Azmin akan berjuang jugakah menentang PAS, atau PAS tak kisah, yang penting dapat. hampas pkr dan dap pun tak kisahlah, yang penting dapat habuan. DAP biar banyak kerusi pun tak kisah, siapa pun pm tak kisah, yang penting pm nanti ikut cakap DAP.

AUKU

kalau yang ini,aku sokong. boleh menjadi ahli parti politik tetapi dilarang sama sekali membawa politik kepartian di dalam kampus. jika ini juga dilanggar. aku janji perlu dilaksanakan semasa bebudak ni mendaftar masuk universiti. kalau terlibat dengan demo ke, ceramah ke secara senyap atau terbuka di dalam kampus, mereka-mereka ini wajar dibuang kolej. suruh belajar, dapat ijazah dengan pointer tinggi, bukan hanya cukup makan. lepas keluar universiti, lantak koranglah nak giat aktif dalam politik tapi ptptn kena bayar kalau korang ada pinjam...

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu diambil bagi menghormati hak berpolitik seseorang mahasiswa tetapi mereka dilarang keras membawa politik kepartian ke dalam kampus.

“Kerajaan percaya kepada kematangan serta kebijaksanaan mahasiswa dan demi menghormati hak mereka yang rata-rata mencapai umur age of majority (21 tahun) kita akan meminda Seksyen 15 AUKU,” katanya.

Beliau berkata demikian secara serentak semasa membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat hari ini.

Akta tersebut sebelum ini menjadi topik perbincangan hangat kerana sesetengah pihak mendesak agar AUKU dihapuskan manakala sebahagian lagi mempertahan kepentingan akta tersebut.

Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak sah, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

“Ini kerana keputusan mahkamah itu mempunyai implikasi terhadap prinsip undang-undang,” jelasnya.

Pada 31 Oktober lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Low Hop Bing dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Keempat-empat penuntut tersebut, Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23, dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, 23, ditahan ketika kempen semasa Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

dah buat salah, tak mahu minta ampun ka. kalau zaman dulu, aziz babi ni dah kena hukuman berat sebab menyebarkan fitnah.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Anwar songsang

Dajal satu ekor ni memang langsung tidak cintakan negara Malaysia. sepatutnya, dengan tindakan dajal ni memburuk-burukkan Malaysia di luar negara, tindakan yang lebih tegas harus dikenakan terhadap beliau. Dajal ni tak boleh didakwa ke disebabkan tindakan beliau memburuk-burukkan negara. kebal sangat ke dia ni. tidak adakah akta untuk mendakwa beliau ni. disebabkan beliau menanamkan bibit-bibit kebencian terhadap negara, tidak bolehkah akta hasutan digunakan. badan kehakiman hanya duduk diam je ka. kalau majlis peguam, memang lagi suka apa yang Nuar ni buat.




Anwar terus burukkan Malaysia

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


ANWAR Ibrahim menyampaikan ceramah dalam satu forum di hadapan sekumpulan pelajar Indonesia di republik itu pada 30 Julai lalu.

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan.

Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif.

‘‘Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan.

‘‘Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),’’ katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu.

Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

‘‘Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

‘‘Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,’’ katanya.

Dalam pada itu beliau menyelar tindakan pihak berkuasa Malaysia menahan enam orang termasuk seorang Ahli Parlimen kerana disyaki menjadi pendukung fahaman komunis.

Soal beliau, adakah wajar mereka yang dikatakan pendukung itu dipenjarakan seperti mana kesalahan memukul orang.

Blogger 1