Sabtu, 31 Mei 2014

sebab kalah...

Tahniahlah BN....

sebab menang...

 

ini result 2013

BN - Datuk Mah Siew Keong = 20,086
Seah Leong Peng = 27,399
Majoriti : 7313
% mengundi : 80%


ini result 2014

BN - Datuk Mah Siew Keong = 20,157
DAP - Dyana Sofya = 19,919
Undi Rosak : 543
Majoriti : 238
% keluar mengundi : 67%

kalau lihat statistik di atas....

pengundi BN ada pertambahan sedikit.

ramai pengundi DAP @ PAS tak keluar mengundi.
kesimpulan yang mudah, DAP salah letak calon. kalau calon Cina, Datuk Mah sudah pasti bungkus.

kenapa DAP letak calon Melayu. Jawapannya mudah. untuk tipu orang Melayu.Melayu PAS dah kena pegang tengkuk. tinggal Melayu UMNO lagi. tu sebab pilih anak orang UMNO

tapi , PAS harapkan Dyana akan kalah, bila Dyana kalah, segala janji manis tentang hudud akan dapat ditaburkan lagi menjelang PRU akan datang.

apa kebaikan kalau Dyana menang,

dongeng PAS untuk melaksanakan hudud akan terburai.

sebab, bila Dyana menang, makanya, PAS akan semakin jauh untuk melaksanakan hudud. dan, segala pembohongan PAS untuk melaksanakan hudud akan terbongkar. PAS akan dibogelkan. PAS takkan pernah ada usaha untuk melaksanakan hudud walau niat ulangkali dilaungkan.

fikirkan, berpuluh tahun perintah Kelantan, baru sekarang ada usaha untuk bawa hukum hudud ke parlimen. kenapa bila tukar MB baru, baru ada usaha nak buat. tapi, ada usaha pun sekarang ni ditangguhkan lagi... tangguh.... tangguh....

dah kena penyakit berjangkit. penyakit ketua umum PR.



Khamis, 22 Mei 2014

GST

Artikel kat bawah penting untuk fahamkan tentang GST.

Sekarang ni, kalau barang naik harga.... tokei kedai dan pembangkang akan kata, sebab GST.

Harga barang naik sebab GST....

walhal... GST belum pun nak mula.... ada berbulan-bulan lagi....








baca sini :

Harga Barang Naik Sebab GST

Isnin, 19 Mei 2014

kalau...

kalau yang ini pun boleh menang....



tak kan yang ini pulak tak boleh menang....




di bawah calon BN...


 

dengan pengundi Cina mungkin akan kekal momentum sokong DAP...

peluang untuk calon BN ni menang memang tipis....

dengan jumlah pengundi Cina seramai 41%, India 19%, lain-lain 2%... bolehkah pengundi Melayu sebanyak 38% berikan kemenangan kepada BN...

analisis mudah,

Cina DAP dapat 35% undi Cina, India dapat 13% dan Melayu dapat 10%....58%....




Selasa, 13 Mei 2014

+ @ -

tak tahu...

tukar MB langkah positif atau negatif...

dengan hanya berkelebihan 2 kerusi....

akhirnya....






dah seri dengan PR....

kalau 2 calon bebas tu sokong PAS....

kena kuburlah BN....

ada baiknya.....

sebelum yang lain lagi keluar....

bubar saja DUN....

PM kena bagi tahu... sejujurnya

apa konflik yang berlaku di Trengganu... sebelum menular ke negeri-negeri lain

alasan ex-MB..



boleh terima ke..

kalau dulu naik mengejut.....

jatuh pun cara mengejut juga....

tapi yang ni.....

siap keluar parti dan sediakan bom jangka untuk parti yang bagi dia senang dan jawatan MB.


Isnin, 5 Mei 2014

patutnya...

sibuk nak buat hudud..



tapi....

adakah PAS sudah buat penerangan dan penjelasan bagaimana nak laksanakan hudud...

patutlah....

ramai yang tolak hudud....

sebab tak faham....

klik sini

jangan pulak macam kat bawah...











Jumaat, 2 Mei 2014

Tolak GST


demo bantah GST pada 1 MEI 2014





kenapa pak-pak menteri yang berkaitan tak mahu ambil peluang, sekurang-kurangnya cuba buka kaunter edar risalah tentang GST.... patutnya... masa nilah kerajaan bagi penerangan, kalau tak semua dengar... setidaknya pun ada usaha untuk dekati orang-orang bebal yang berdemo tu...



ramai tu... bukan ratus.... tapi ribuan... dan pihak kerajaan patut akui.... kempen.. penerangan tentang GST selama ni tak sampai kepada rakyat... tu sebablah... apa yang dikatakan oleh pembangkang... ditelan bulat-bulat...

500 penceramah GST

kalau berceramah dekat hotel.... dewan... memang sampai kiamat pun GST tak kan di terima....

patutnya dia orang dihantar bila PR buat ceramah seperti di bawah...



tak kan nak labur 17 billion baru rakyat nak faham...( penerangan @ promosi GST / 17 juta )

satu lagi.... kalau pergi mana-mana kedai... ada barang naik... tokey kedai akan kata... ' barang naik sebab GST lah...' dan inilah yang tertanam di minda pengguna...

dalam iklan... tokey punya jujur bagi tahu tentang kebaikan GST... realitinya...  dia orang nilah yang menyebabkan GST tidak diterima....












Blogger 1