Sabtu, 16 Februari 2013

Setuju?



Majlis Syura Ulama PAS tak setuju. Tapi tak boleh bertegas dengan keputusan dalam pakatan pembangkang. Dengan kata mudah, tak ada kuasa nak menghalang ketetapan yang telah dipersetujui dalam pakatan pembangkang.

Dengan kata senang, walau tak setuju tapi tetap setuju dengan ketetapan yang telah dibuat oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Kata tak setuju pada akar umbi. Tapi tak ada kuasa untuk memperjuangkan keputusan yang telah diambil.



Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS


Selagi orang kat atas terajui Majlis Syura Ulama PAS, semua keputusan takkan memihak pada PAS..


KUALA LUMPUR 15 Feb. - Kesemua ahli Pas perlu menyokong sepenuhnya keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah tidak boleh digunakan penganut agama lain selain umat Islam.

Walau bagaimanapun, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (gambar) berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa mengarahkan pihak luar mematuhi pendirian majlis itu berhubung perkara tersebut.

"Pendirian terkini Majlis Syura Ulama Pas dalam isu ini adalah jelas dan disokong 100 peratus ahli-ahli Pas.

"Terpulang kepada pimpinan tertinggi pakatan pembangkang mengubah pendirian yang diumumkan sebelum ini atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahfodz yang juga Pesuruhjaya Pas Johor mengulas desakan pelbagai pihak yang meminta Pas menyatakan pendirian sama ada parti itu kekal dengan persetujuan bersama pakatan pembangkang berhubung penggunaan kalimah Allah atau akur dengan ketetapan Majlis Syura Ulama Pas.

Sumber









Blogger 1

bmf

bmf