Selasa, 31 Januari 2012

Sokong Israel




hari tu kata undang-undang liwat kat Malaysia ni dah lapok, undang-undang yang diwarisi dari penjajah. undang-undang ni perlu digubal atau dimansuhkan kerana undang-undang ni boleh jadi senjata untuk mengaibkan seseorang terutamanya orang politik.

lepas ni sokong pulak pasal keselamatan NEGARA Israel. aku tak peduli dia sokong Israel ke, Palestine ke, tapi satu hal yang perlu direnung bersama ialah.... gayboy tua ni mengakui kewujudan negara ISRAEL. dia iktiraf ISRAEL.

sebab terlajak cakap, ada pulak penjilat tahap babun yang samakan pendirian dia ni sama dengan HAMAS, nak tergelak pun ada. Gayboy tua ni tak pernah nak sokong PALESTINE ni kan pulak sama pendirian dengan HAMAS. dan satu lagi HAMAS hingga sekarang tak pernah mengiktiraf negara ISRAEL.


gayboy tua ni dah kena sumpahan rakyat. akal bukan kat kepala lagi tapi dah letak atas kepala lutut.

Isnin, 30 Januari 2012

Kerusi

Ini maksudnya ni, minta kerusilah. dan minta kerusi pulak di kawasan yang dijamin boleh menang. ini ikut akal siapa ni? yang best kata presiden PPP ni ialah pada part akhir. benar-benar tunjukkan yang PPP ni lapar kerusi. dahlah sumbangan tak banyak mana, tapi hajat tinggi menggunung.


PRU-13: PPP minta kerusi jika yakin menang
30/01/2012 11:09am

SUNGAI PETANI 30 Jan. - Parti Progresif Penduduk (PPP) hanya akan meminta kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) jika yakin dengan sepenuhnya boleh menang di kawasan berkenaan.

Presidennya, Datuk M.Kayveas berkata, PPP meletakkan kemenangan sebagai keutamaan bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-13 dengan cemerlang.

"Setiap permintaan bergantung kepada keputusan boleh menang atau tidak. Jika kita yakin boleh menang 100 peratus barulah kita minta. Kita tidak minta hanya hendak tunjuk boleh dapat banyak kerusi (untuk ditandingi).

"Namun jika belum bersedia dan pengundi juga tidak mahu, kita tidak akan minta walaupun satu kerusi,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan perayaan Ponggal 2012 PPP Kedah di Kuil Sri Maha Mariamman, Kampung Tupah, Bedong, dekat sini petang semalam.

Kayveas bagaimanapun yakin Perdana Menteri akan memperuntukkan lebih daripada satu kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang diberikan kepada PPP pada PRU-12. — BERNAMA

Ahad, 29 Januari 2012

Bonus Sokong BN

ini antara bonus mendatang yang akan / sedang diperolehi oleh rakyat akibat menyokong BN sebagai pemerintah. banyak dan memang banyak. apa yang dhttp://www.blogger.com/img/blank.gifijanjikan pasti akan ditunaikan. tapi ialah, hari ni janji tak kan esok pulak terus dapat. Macam SBPA tu, kalau kerajaan kepala batu dan tak hiraukan kebajikan rakyat yang berpendapatan rendah, SBPA tu dah jalan dah. ni, kena bagi lagi 3 bulan untuk nilai dan kaji semula.

antara bonus-bonus yang dijanjikan oleh BN kepada sebahagian rakyat. terpulang kepada rakyat pilih BN atau tak dalam PRU nanti. tak ada paksaan.

1. Rumah

2. Elaun

3. Sara1Malaysia

Jumaat, 27 Januari 2012

Penjelasan Menteri Pertanian Isu NFC

buatrenungan :

1. banyak faktor menyebabkan projek ini mengalami kelewatan bermula daripada proses membersihkan tanah yang berlarutan sehingga setahun lebih, syarikat utama projek PFN menarik diri dan tidak ramai usahawan tampil untuk menternak lembu di pusat fidlot satelit yang disediakan kerajaan.

2. “Pembangkang turut menjaja gambar pagar roboh, tanaman rumput yang tidak menjadi dan sebagainya sedangkan ia bukan milik NFCorp tetapi kawasan yang pada asalnya milik syarikat utama dari luar negara yang menarik diri sebelum projek bermula,”

3. sasaran kementerian untuk menyediakan 130 pusat fidlot satelit juga tidak terlaksana apabila hanya 59 yang dapat disiapkan dan daripada jumlah itu 26 saja beroperasi manakala 33 belum ada pengusaha.

4. Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, pada penilaian kementeriannya, NFCorp sudah melepasi sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) mereka kerana menyediakan lebih 8,000 ekor lembu setahun seperti termaktub dalam terma perjanjian. “Pada 2010 mereka memiliki 8,016 ekor lembu tetapi hanya sempat menyembelih 5,742 ekor disebabkan ketiadaan pusat penyembelihan. Pusat penyembelihan ini sepatutnya dibina oleh kerajaan tetapi tertangguh berikutan penilaian semula tahap daya saing projek PFN oleh perunding bebas yang dilantik pada 2009,” katanya.



Isu PFN: Noh sangkal pembangkang
Oleh Meor Hisham Zulkifli dan Suzaini Sulaiman
bhnews@bharian.com.my
2012/01/27
Menteri tegas projek fidlot tidak gagal
NFCorp lepasi sasaran sedia 8,000 lembu pada 2010
TANJUNG KARANG: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, semalam menyangkal pelbagai tuduhan yang dilemparkan pembangkang berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN) sambil menegaskan projek ternakan lembu daging itu bukan suatu kegagalan. Beliau berkata, kerajaan juga tidak boleh dipersalahkan jika ada sebarang salah laku berhubung pengurusan dana National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan terserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat syarikat itu.
Sebenarnya saya sudah berulang kali menjelaskan perkara ini di Parlimen tetapi pembangkang menjadikannya sebagai gimik politik. - Datuk Seri Noh Omar.

“Isu ini sebenarnya timbul akibat kelewatan pelaksanaan projek berkenaan berikutan rentetan masalah yang dialami menyebabkan banyak program pembangunan tertangguh, tetapi ia tidak gagal,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kampung Belimbing di sini.

Noh berkata, isu pertama dibangkitkan pembangkang adalah mengapa dana RM250 juta itu diberikan kepada NFCorp sebelum perjanjian dibuat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 8 Mac 2010.

“Hakikatnya, ada dua perjanjian antara NFCorp dengan kerajaan. Pertama antara syarikat dengan Kementerian kewangan dan kedua dengan kementerian ini. Perjanjian pertama dimeterai antara NFCorp dengan Kementerian Kewangan pada 6 Disember 2007 berhubung pemberian pinjaman.
“Perjanjian kedua, antara syarikat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 8 Mac 2010 berhubung proses pelaksanaan projek,” katanya.

Beliau berkata, isu kedua yang diputarbelitkan pembangkang dengan menuduh kerajaan menyerahkan dana sewenang-wenangnya kepada NFCorp, sedangkan syarikat hanya menerima bayaran berdasarkan kemajuan projek dan cek pembayaran ditandatangani wakil Kementerian Kewangan dan wakil NFCorp.

“Kementerian Pertanian tidak ada kena mengena dengan akaun syarikat seperti dakwaan pembangkang kerana pada kementerian, bayaran hanya dibuat selepas berpuas hati dengan tahap kemajuan projek.

“Jadi terserah kepada SPRM untuk siasat akaun NFCorp andai wujud sebarang salah laku syarikat terbabit kerana ia hanya membabitkan mereka,” katanya.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, pada penilaian kementeriannya, NFCorp sudah melepasi sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) mereka kerana menyediakan lebih 8,000 ekor lembu setahun seperti termaktub dalam terma perjanjian.

“Pada 2010 mereka memiliki 8,016 ekor lembu tetapi hanya sempat menyembelih 5,742 ekor disebabkan ketiadaan pusat penyembelihan. Pusat penyembelihan ini sepatutnya dibina oleh kerajaan tetapi tertangguh berikutan penilaian semula tahap daya saing projek PFN oleh perunding bebas yang dilantik pada 2009,” katanya.

Katanya, banyak faktor menyebabkan projek ini mengalami kelewatan bermula daripada proses membersihkan tanah yang berlarutan sehingga setahun lebih, syarikat utama projek PFN menarik diri dan tidak ramai usahawan tampil untuk menternak lembu di pusat fidlot satelit yang disediakan kerajaan.

“Berikutan pelbagai masalah ini, projek ini menjadi lewat. Bagi NFCorp mereka sudah pun menunaikan tanggungjawab dan melepasi sasaran malah mengambil inisiatif membina pusat penyembelihan sendiri.

“Pembangkang turut menjaja gambar pagar roboh, tanaman rumput yang tidak menjadi dan sebagainya sedangkan ia bukan milik NFCorp tetapi kawasan yang pada asalnya milik syarikat utama dari luar negara yang menarik diri sebelum projek bermula,” katanya.

Katanya, sasaran kementerian untuk menyediakan 130 pusat fidlot satelit juga tidak terlaksana apabila hanya 59 yang dapat disiapkan dan daripada jumlah itu 26 saja beroperasi manakala 33 belum ada pengusaha.

“Projek ini penting untuk masa depan negara bagi menjamin keselamatan makanan untuk rakyat kerana ketika ini, penternak tempatan hanya membekalkan 35 peratus daripada keperluan negara.

“Sebenarnya saya sudah berulang kali menjelaskan perkara ini di Parlimen tetapi pembangkang menjadikannya sebagai gimik politik. Saya berterima kasih kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang tampil membuat kenyataan bahawa projek ini tidak gagal,” katanya.

Rabu, 25 Januari 2012

Boros belanja

Aku petik berkenaan FLOM di sini: klik. Huraiannya memang jelas.

1.DS Rosmah dah nafi. tapi bagi aku, tak cukup dengan nafi, kena buat sesuatu. pakatan rakyat tak peduli dari sumber mana dapat berita, yang penting segala keburukan DS Rosmah dilondehkan.

2. Kalau tak bertindak, pandangan rakyat akan keliru. sama ada benar atau bohong. puak-puak penyebar berita ni mesti diajar.

3. Tahu tak, kalau tak bertindak, imej DS Rosmah akan busuk dan buruk. kalau ini berlaku ( memang pun berlaku sebab DS Rosmah hanya nafi, nafi dan nafi )yang akan menanggung akibatnya PM dan BN. Imej PM akan tercalar dan imej BN khususnya UMNO akan terpalit sama. akibatnya, rakyat akan benci DS Rosmah dan sekaligus akan mengheret sama UMNO dan BN. apa yang akan berlaku. BN mungkin akan tumbang gara-gara kebencian rakyat kepada DS Rosmah.

4. DS Rosmah perlu bertindak. Kalau berita ni tak betul, tolong saman penabur-penabur fitnah ni. tak payah ratus juta, takat juta-juta atau ratus ribu pun dah cukup. jika DS Rosmah bertindak, maka rakyat sedikit diberi ruang untuk mempercayai DS Rosmah. cukuplah selama ini berdiam diri. bertindaklah, dan bagi bloger-bloger pro BN, ruang untuk belasah pakatan rakyat dan bukan hanya siar entri untuk pertahankan DS Rosmah.

5. tolonglah bertindak, bersihkan imej DS Rosmah sebagai isteri PM Malaysia

Bakal MB




sumber sini

aku nak tambah sikit:

1. bakal mb negeri-negeri melayu yang akan dijajah oleh dap.
2. belajar kat uitm, tapi akhirnya khianat pada melayu.
3. contoh melayu haram jadah.

Ahad, 22 Januari 2012

Pinda Undang-undang

Rencana kat bawah aku c/p dari Utusan:

dalam banyak undang-undang, undang-undang liwat juga yang dia nak pinda/gubal semula. kalau betul nak mengaibkan seseorang, kenapa undang-undang zina, khalwat, rasuah, hasutan tak dipinda. Kalau undang-undang tu benar-benar mengaibkan dan jadi senjata politik nak menjatuhkan seseorang, kenapa bukan nik aziz, karpal, hj hadi hatta azmin yang kena. kenapa anwar juga yang kena.

aku masih pegang kata-kata oran-orang tua; sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatu ke tanah juga.

apa pun baik layan cerita ni: jangan kentut depan gay

Cakap biar jelas

Bisik-Bisik Mingguan

AWANG bukanlah pakar perundangan tetapi hairan mengapa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu meminda undang-undang lapuk yang antara beliau maksudkan ialah peruntukan dalam Seksyen 377 (B) dan 377 (C) kanun Keseksaan.

Kelmarin, beliau menegaskan, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ia tidak digunakan menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.

Malah beliau menyatakan akan melakukan pindaan itu jika ada kuasa. Ini kali kedua Anwar menyentuh soal tersebut selepas wawancaranya dengan BBC yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Awang tidak nampak mengapa perhatian khusus perlu diberi bagi meminda undang-undang tersebut. Ia masih bergantung kepada aduan yang dibuat oleh si pengadu. Sebarang undang-undang berkaitan liwat, rogol dan bunuh, tidak harus dipinda dengan mudah hanya berdasarkan pandangan segelintir individu dan pihak.

Pada Awang, isu lapuk tidak timbul selagi ia berkait rapat dengan soal moral. Dalam Islam sendiri, undang-undang yang diperintah oleh Allah tidak akan lapuk sampai bila-bila. Awang bimbang cadangan pindaan peruntukan 377 (B) dan 377 (c) Kanun Keseksaan mempunyai motif tertentu.

Anwar perlu lebih jelas dalam menyatakan pendiriannya. Contohnya ialah kenyataan beliau pada satu majlis di kediamannya kelmarin yang disiarkan oleh portal pro pembangkang, Malaysiakini.

Ini antara petikannya: Anwar yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan ‘‘perselingkuhan’' kecuali ia dilakukannya di hadapan umum. ‘‘Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh,” tegasnya.

Sekali lagi Awang rasakan ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh Anwar tetapi tidak jelas. Tolonglah tafsirkan.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Kalau betullah dia ni paling kaya di dunia, syukur dan bangga jugalah sebab ada anak Melayu dan sudah tentunya Islam yang kaya / paling kaya kat dunia ni. Tapi kalau dia ni berbohong dan menipu, sudah-sudahlah, cukup-cukuplah. Dah banyak sangat dah penipu dan pembohong dalam PR. Tak usahlah tambah bilangan Melayu Islam yang jadi penipu.


Utusan Malaysia Online - Berita Utama

‘Video itu dorong saya tinggalkan PKR’



SEJAK beberapa tahun lalu, ramai orang kuat di sekeliling Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkannya seorang demi seorang.

Trend itu juga nampaknya bukan terhad di kalangan kumpulan pelopor dan pangkat tertinggi parti, malahan semakin merebak ke semua peringkat termasuklah mereka yang dahulunya penyokong tegar dan taksub dengan perjuangan Ketua Pembangkang itu.

Menjadi penyokong tegar dari bangku sekolah lagi, seorang pengikut yang sebelum ini juga taksub, dahulunya sering membawa bersama anaknya dalam semua pergerakan reformasi sehinggakan anaknya itu menjadi salah seorang setiausaha sulit Anwar.

Apabila anaknya itu beralih arah meninggalkan idolanya itu, hubungan bapa dan anak menjadi renggang akibat perbezaan fahaman politik. Namun, apabila pendedahan demi pendedahan dibuat, akhirnya pengikut tegar itu luntur keyakinannya terhadap idola yang dipandang tinggi sejak kecil. Dia memilih mengikut jejak anaknya meninggalkan perjuangan parti itu.

Ikuti luahan dan pengalaman OSMAN ISHAK, bapa kepada bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia LUKMAN ISMAIL.

MINGGUAN: Sejak bila anda meletakkan kepercayaan kepada karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apa yang mendorong penglibatan dalam PKR sebagai Ketua Cabang?

OSMAN: Saya menaruh kepercayaan dan meminati karisma Anwar sejak di bangku sekolah lagi kerana saya orang kampung dan suka tengok orang memperjuangkan orang kampung.

Ketika saya memasuki Universiti Malaya pada 1974, Anwar berada di dalam tahanan ISA. Bila beliau dibebaskan, saya sering mengikuti ceramah dan forum beliau di mana-mana sahaja sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Apabila beliau memasuki UMNO, kekaguman saya terhadapnya agak menurun, sehinggalah beliau dipecat dari UMNO dan gerakan reformasi tercetus.

Saya sentiasa bawa bersama anak saya, Rahimi, melatihnya berjuang bersama di Masjid Negara, Jalan Tunku Abdul Rahman, di hadapan Sogo, Sungai Buloh, hinggalah di Kemunting. Kemudian, apabila Parti Keadilan Nasional (ADIL) ditubuhkan, saya menjadi antara yang pertama menganggotainya dari hari pertama ia dilancarkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Anwar sudahpun dibebaskan dan saya diminta oleh seorang sahabat yang menjadi Ketua Perhubungan Negeri untuk bersamanya dalam AJK PKR Negeri Pahang bagi memantapkan parti.

Saya sebenarnya bukan orang politik, tapi atas permintaan sahabat, saya menyertainya juga. Begitu jugalah menjadi Ketua Cabang Bentong, bukanlah kehendak hati saya tapi lebih kerana permintaan pihak lain. Tapi saya tetap bersama dengan gerakan reformasi dan parti, hanya kerana kononnya mahu menegakkan keadilan.

Anda ialah ayah kepada Rahimi yang pernah bekerja dengan Anwar. Apa perasaan anda apabila Rahimi meninggalkan Anwar atas sesuatu sebab?

OSMAN: Tentu sekali sangat terkejut dan cukup menyentap hati, apatah lagi alasannya adalah sama seperti apa yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu yang saya anggap konspirasi dan perbuatan zalim, kini kena pula kepada kawan Rahimi.

Perasaan terkejut, marah, kecewa, tidak percaya dan malu bercampur baur di dalam diri saya bila Rahimi menceritakan sebab tersebut kepada saya. Walaupun tidak percaya 100 peratus ketika itu, hati kecil saya sudah mula terdetik.

Bagaimanapun, pada peringkat awal, saya masih berjaya mempengaruhi Rahimi untuk kembali bersama Anwar. Itulah sebabnya Rahimi pergi juga menemui kumpulan peguam Anwar di sebuah hotel di Shah Alam, pada malam hari yang sama Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis.

Malahan, dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Rahimi masih membantu Anwar. Tapi itu tidak lama kerana sikap negatifnya terhadap Anwar tetap ada dan saya tidak dapat lagi mempengaruhinya.

Apa yang menyebabkan anda yakin terhadap pendirian Rahimi sehingga membawa kepada keputusan mengikutinya meninggalkan PKR?

OSMAN: Sebenarnya agak sukar dan mengambil masa panjang untuk saya menerima hakikat dan mengakui pendirian anak saya lebih benar daripada saya sendiri dalam soal ini. Walaupun cerita yang disampaikan oleh anak saya nampak ‘benar’, namun saya sukar menerimanya dan terus berselindung di sebalik alasan ‘perlunya empat saksi’ dan teori konspirasi.

Hubungan saya dengan Rahimi menjadi tegang dan satu ketika saya seolah-olah menghalaunya dari rumah. Saya juga tidak lagi ambil peduli mengenai anak saya itu. Tapi semuanya berubah apabila timbulnya satu isu baru melibatkan orang yang sama.

Video seks yang didedahkan oleh ‘Datuk T’ dan kemudiannya ditayangkan oleh sebuah blog. Tanpa segan silu saya meneliti secara serius apa yang ditayangkan itu dan saya mendapati, akal saya tidak dapat mencari satu ciri pun si pelaku itu bukan orang yang dikatakan.

Semua yang saya saksikan, dari segi fizikal dan gerak gerinya semua sangat menyamai seorang individu, itulah kesimpulan saya.

Jadi, saya berfikir memang ada kemungkinan individu tersebut boleh melakukan perkara lain yang lebih menjijikkan. Tambahan pula, bila melihat dolak dalih mereka sekeluarga dalam isu jam tangan yang tidak meyakinkan, kelihatan mereka sangat gelabah. Rasa kemungkinan besar betul, dan kalau betul, mungkin ada merit untuk kes-kes terdahulu.

Sejak dari itu, saya mula mundur dan mengakui nampaknya pendirian anak saya adalah betul. Lalu terus menjauhi PKR kerana saya tersalah langkah selama ini. Mujur juga saya tidak lagi menjadi Ketua Cabang ketika itu, kalau tidak alangkah rasa serba salahnya saya.

Video itu mendorong saya tinggalkan PKR dan hilang kepercayaan terhadap ketuanya. Ini video, yang saya boleh tengok sendiri berbanding sebelum ini hanya dengar cerita orang sahaja.

Kebetulan Rahimi kemudian membawa saya mengikuti satu perjumpaan yang mendedahkan banyak cerita tentang individu sama. Orang yang bercerita di situ pula tidak nampak seperti orang berbohong. Dari detik itu, hati saya berubah 99 peratus meninggalkan PKR dan pembangkang dan tidak lagi menghubungi rakan-rakan dalam pembangkang.

Keputusan mahkamah baru-baru ini pula semakin melegakan saya kerana kini lebih pasti kesimpulan yang saya buat adalah betul.

Jika kita lihat, sejak dari hari pertama sehingga penghujung kes itu teori konspirasi yang dicanangkan bagi mengaburi mata rakyat, tetapi keputusan mahkamah menampakkan sebaliknya.

Bagi orang yang berfikir, sudah tentu mereka memahami apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang sebenarnya berkonspirasi. Ini persepsi saya, tapi selepas keputusan mahkamah itu, saya menolak 100 peratus PKR dan pembangkang.

Benarkah sebelum ini anda menolak sepenuhnya media perdana terutamanya Utusan Malaysia sepanjang berjuang bersama Anwar?

OSMAN: Sebenarnya, Utusan Malaysia teman saya sepanjang bersekolah dan belajar dahulu. Namun, selepas kes liwat 1998, saya menolak Utusan Malaysia (kerana terpengaruh sentimen Anwar) selama hampir 12 tahun. Saya tidak membeli mahupun membaca Utusan Malaysia dan media perdana lain kerana semuanya digelar media fitnah. Selepas saya mengubah fikiran (perjuangan politik), saya kembali kepada Utusan Malaysia malahan menunjukkan dengan bangga saya membeli akhbar Utusan Malaysia.

Tanpa perjuangan Utusan Malaysia, kita tentu sudah sesat kerana tiada yang memperjuangkan hak kita macam Utusan. Dulu saya taksub, anggap semuanya fitnah semata-mata.

Ini pengajaran istimewa dan bermanfaat terutamanya melalui wawancara bersama Ismail Mina Ahmad bagi menjelaskan isu pluralisme dan bagaimana akidah boleh terpesong kerananya. Saya simpulkan apabila pluralisme dikaitkan dengan seseorang itu, perlu jauhkan diri saya daripada individu tersebut.

Apa pandangan anda terhadap masa depan PKR dan Anwar sendiri?

OSMAN: Saya melihat PKR hanyalah bayangan Anwar, dan Anwar itu adalah Anwar. Jadi, bagi saya, tidak perlu memikirkan sangat mengenai masa depan PKR kerana secara automatiknya PKR itu akan lenyap dengan ketiadaan Anwar. Yang perlu kita lihat ialah masa depan Anwar itu bagaimana.

Masa depan Anwar bukan sahaja penting kepada dirinya dan PKR, malahan kepada Pas dan DAP . Bagi saya, Anwar adalah seorang yang cukup pandai tetapi satu sahaja kemahirannya, memainkan sentimen rakyat. Kesinambungan hayat politik Anwar sangat bergantung kepada kepakaran beliau dalam memainkan sesuatu isu.

Itulah sebabnya beliau suka mencipta isu! Tanpa isu, manipulasi sentimen tidak boleh berlaku dan rakyat tidak akan tertarik untuk menyokongnya. Tengok sahaja bagaimana beliau boleh bertahan sejak tahun 1998 sehingga hari ini, malah hampirhttp://www.blogger.com/img/blank.gif saja berjaya menakluki Putrajaya, semuanya dengan memanipulasikan isu.

Tapi, bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah yang terjadi kepada Anwar kali ini. Beliau cuba memainkan isu konspirasi politik sekali lagi untuk menyelamatkan moralnya dalam kes liwat kedua ini tapi keputusan mahkamah baru-baru ini sangat menyimpang dari apa yang beliau canangkan. Ertinya, ada unsur pembohongan di sini.

Persepsi saya cukup negatif, persepsi orang lain saya tidak tahu. Kalau di negara maju, saya rasa peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri sudah ranap. Tambahan pula sekarang, bila persoalan akidah berkaitan dengan sikapnya mengenai pluralisme agama dibangkitkan, mana mungkin ia dapat diterima oleh mereka yang benar-benar memahami Islam, tentu takkan dekat lagi dengan pemimpin begini.


sumber : UtusanOnline

Khamis, 19 Januari 2012

Pasal lembu

Pasal lembu kan dah kena saman. Begitu lama aku tunggu,akhirnya saat ini datang juga. Bila dia orang ni kena saman, sekurang-kurangnya BN ada juga benteng untuk tepis dakyah pembangkang ni. Kalau menang, lagi lah BN dapat bonus, cam Rais Yatim.

Tahniahlah buat DS Shahrizat sebab berani ambil tindakan ni. Segala taik lembu yang puak PKR ni lempar memang wajar disumbat kat mulut dia orang.

Shahrizat saman Pengarah Strategik PKR RM100 juta
19/01/2012 4:02pm

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). - UTUSAN

Rabu, 18 Januari 2012

Azwan Ali

Aku memang tak pernah percaya dengan mamat ego sorang ni. Berdamai dengan Umi sudah tentunya sebab laporan polis yang Umi buat. Mohon maaf pada Tun M tu sebab rezeki dah tertutup kot. Banyak stesyen TV dah tutup pintu pada mamat sengal ni. Siapa nak bagi job kalau perangai macam haramjadah. maki orang ikut sedap aje. Kalau boleh dah tak mahu tengok muka mamat ni. menyampah sangat. Kalau nak banding ngan Aznil, mamat ni dah di bawah tapak kaki Aznil dah. Cuba renung-renungkan, tak boleh ke jadi macam Pak Nil, tak pernah pun sakitkan hati orang.

Baca Azwan meraung sakan di sini. Kalau kes dah reda sikit, ada lah yang mamat ni sumpah seranah nanti.

Exco Agama

Pas memang tak ada tempat dalam PR. Dahlah exco penting disapu oleh DAP dan PKR, kini hal ehwal agama pun dan kena rembat. Kali ni, habislah Islam kat Selangor. Tak boleh buat apa-apa dah, semua nak kena tanya DAP dulu.

Khalid ambil alih portfolio Hal Ehwal Islam Selangor


2012/01/18
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam satu rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor, hari ini.

Perubahan portfolio itu berikutan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus hari ini sebagai Exco kerajaan negeri yang baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat PAS dua minggu lalu.
Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah sebagai ahli Exco Selangor di depan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pagi ini. Beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.
Hasan Ali sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Hasan Ali dipecat PAS dua minggu lalu kerana tindakannya yang dikatakan menyalahi dan merugikan kepentingan parti itu.

Dalam sidang akhbarnya, rombakan portfolio itu bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan yang lebih baik dapat diberikan kepada rakyat.

Ahad, 15 Januari 2012

Rasuah

sesuai sangatlah permintaan Ambigal ni. Kalau diluluskan, pasti makin kencanglah rasuah melanda negara. semuanya akan dapat pengampunan. permintaan ni seperti menggalakkan rakyat mengamalkan rasuah. Dalam kerajaan memandang serius bahaya rasuah tanpa mengira kecil atau besar, Ambigal ni pulak menggalakkan orang terlibat dengan rasuah. Buat rasuah kecil je pasti terlepas. Kalau macam nilah cara pakatan nak perintah negara, memang lingkuplah negara. patut yang dia minta pakatan buat ialah ampunkan pesalah yang buat kesalahn kecil dan tidak memudaratkan rakyat dan negara.

Ambiga syor ampun perasuah
Oleh Nahar Tajri

2012/01/15
Anggap laluan mudah pembangkang tawan Putrajaya

ALOR SETAR: Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga mencadangkan pembangkang mengemukakan rancangan pengampunan kepada pelaku rasuah jika berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, semalam, beliau mengemukakan cadangan itu sebagai satu langkah memudahkan laluan pembangkang ke Putrajaya.
Katanya, pembangkang mesti menghukum perasuah besar dan memaafkan perasuah kecil supaya mereka boleh melangkah ke depan tanpa halangan.
“Kita mesti hukum perasuah besar tetapi maafkan perasuah kecil supaya kita boleh ke Putrajaya tanpa halangan," katanya.

Ambiga mengemukakan cadangan itu dengan mengambil contoh pengalaman Hong Kong ketika menubuhkan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC).

Selain itu, beliau menyarankan pembangkang menyediakan dasar untuk mencari kebenaran dan menyelesaikan kes kematian membabitkan agensi awam.

Katanya, ia berdasarkan contoh proses perdamaian Afrika Selatan melalui pembentukan suruhanjaya untuk mencari kebenaran dalam kes seperti kematian Teoh Beng Hock dan Sarbaini Ahmad.
"Saya mahu tahu apakah pendirian pembangkang dan dalam hal pembentukan commision of truth and reconciliation ini.

“ Ia bertujuan membolehkan anggota keluarga terbabit mendapat keadilan
sewajarnya," katanya.

Sebelum ini, kenyataan Ambiga kerap mencetus kontroversi.

Khamis, 12 Januari 2012

Bela Saiful

Saiful perlu pembelaan

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Pengadu kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan mungkin mendapat pembelaan lebih wajar sekiranya pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap kes itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan mahkamah Isnin lalu tidak bermaksud tuduhan liwat terhadap Mohd. Saiful tidak berlaku.

Menurutnya, rayuan harus dipertimbangkan kerana pembebasan Ketua Pembangkang dalam kes tersebut diputuskan berdasarkan masalah teknikal.

"Pihak pendakwa harus segera memfailkan rayuan bagi memastikan Mohd. Saiful mendapat keadilan yang sewajarnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ibrahim berkata, jika rayuan itu diterima, keputusan yang bakal diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tidak semestinya sama dengan apa yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi.

"Keputusan itu dibuat atas pemikiran seorang hakim sedangkan jika ia dibawa ke Mahkamah Rayuan tiga orang hakim akan menilai.

"Biarlah kes itu dilihat oleh tiga hakim, mungkin keputusannya akan berbeza," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, pembelaan terhadap Mohd. Saiful itu nanti amat bergantung kepada kebijaksanaan pendakwa raya.

"Kita tidak boleh terima sahaja dengan keputusan lalu kerana keadilan untuk mangsa harus diperjuangkan.

"Bahkan jika keputusan masih berpihak kepada Anwar, kita harap kes akan dibawa sehingga ke Mahkamah Persekutuan," katanya.

Beliau berkata, sebagai persatuan mahasiswa, Aspirasi mengikuti setiap episod perbicaraan kes dan percaya wujud asas untuk mengatakan Anwar terlibat, cuma ia mungkin tidak disokong oleh bukti-bukti tertentu.

Mohd. Shahar turut menyatakan kekesalan di atas persepsi buruk orang ramai terhadap Saiful ekoran kegagalan mereka memahami sepenuhnya keputusan mahkamah.

"Justeru saya rasa pihak Peguam Negara perlu membuat sidang akhbar untuk menjelaskan bagaimana keputusan itu dibuat.

"Jangan sampai Saiful dipersalahkan sepenuhnya dan banyak persepsi akan timbul kerana anak muda ini masih mempunyai masa depan yang jauh," katanya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee turut menggesa pihak pendakwaan berusaha lebih gigih demi pembelaan Mohd. Saiful Bukhari.

Katanya, selepas melalui segala proses perbicaraan, pihak pendakwa mungkin sudah mengetahui bahagian-bahagian pendakwaan yang lompong sebelum ini.

Beliau turut menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan pengalaman dalam bidang perundangan membantu pembelaan kes tersebut.

"Sumbangan yang dihulurkan itu mungkin dapat membantu mengurangkan kos rayuan dan guaman yang ditanggung sendiri oleh Mohd. Saiful Bukhari untuk membawa kes itu ke peringkat rayuan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, seperti yang semua tahu, keputusan mahkamah baru-baru ini tidak membuktikan mangsa tidak diliwat oleh Anwar, cuma Ketua Pembangkang dilepas dan dibebaskan kerana kekurangan bukti.

"Sekiranya Anwar melakukan sumpah laknat seperti yang dilakukan Saiful, segala kos dan tekanan yang dihadapinya mungkin tidak seteruk hari ini," katanya.

Selasa, 10 Januari 2012

Sudah teluskah

Kalau keputusan memihak kepada Anwar, mahkamah telus. Kalau sebaliknya, mahkamah tidak telus.Lepas ni tunggu dari mulut Anwar adakah dia akan kata mahkamah Malaysia ni telus dan bebas dari tekanan kerajaan.

Keputusan Anwar cermin kebebasan badan kehakiman
10/01/2012 5:12pm

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berkata, keputusan mahkamah membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat mencerminkan dengan baik kebebasan badan kehakiman Malaysia.

"Kami sambut baik penyelesaian kes yang telah berjalan lama, yang kami ikuti dari dekat,” kata kenyataan dari pejabat jurucakap jabatan itu, yang dikeluarkan menerusi kedutaan AS di sini hari ini.

Ia menyatakan keputusan itu memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menumpukan perhatian kepada masa depan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membebas dan melepaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan. - BERNAMA

Isnin, 9 Januari 2012

Kenapa Polis Bagi Peluang?

Dah tahu, PKR tu penipu macam penasihatnya juga, kenapa polis perlu juga bagi kebenaran untuk berhimpun. Dah tahu, perhimpunan tu nanti akan beri tekanan terhadap keputusan yang diumumkan nanti, kenapa bagi juga. Dah tahu, penyokong-penyokong PKR fanatik dan taksub dengan ketua mereka, kenapa beri kebenaran juga. Kalau yang datang seramai puluhan ribu, polis dapat beri jaminan kah yang keadaan akan terkawal. Kalau ada yang nak ambil kesempatan nak timbulkan huru-hara. boleh jamin kah yang polis akan terhindar dari segala macam tuduhan dan tohmahan.

sepatutnya, haram saja perhimpunan yang boleh menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam, mendatangkan kerugian dan mencalarkan imej negara. penganjur perhimpunan sepatutnya ditangkap dan didakwa kerana cuba mencetuskan huru-hara.

Polis KL minta PKR patuhi 10 syarat adakan perhimpunan
08/01/2012 6:59pm

KUALA LUMPUR 8 Jan. — Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh meminta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali memastikan parti itu mematuhi 10 syarat ditetapkan bagi perhimpunan anjurannya esok termasuk memastikan hanya 5,000 orang dibenar berhimpun di tempat letak kereta di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau turut menafikan kenyataan Azmin, yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengenakan syarat bagi perhimpunan itu dan menyifatkan Azmin tidak jujur kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya kecewa dan kesal dengan kelakuan, pembohongan, tidak gentleman, tidak jujur dan tidak amanah Azmin,” katanya merujuk kenyataan Azmin yang disiarkan dalam sebuah portal berita semalam.

Mohmad memberitahu sidang berita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPK KL) di sini, hari ini bahawa Azmin, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan tiga yang lain daripada PKR bersetuju dengan 10 syarat itu pada perbincangan mereka di IPK KL pada Jumaat lepas.

Bahkan, jelas Mohmad surat mengenai 10 syarat itu ditandatangani Shamsul Iskandar di hadapan Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.

"Kita juga mengambil gambar semasa perbincangan itu diadakan dan mempunyai salinan syarat tersebut yang dipersetujui bersama (dengan PKR) dan ditandatangani. Oleh itu, penafian Azmin adalah tidak benar,” katanya.

Mengenai penyertaan perhimpunan itu, Mohmad menegaskan, PKR mesti memastikan hanya 5,000 orang berhimpun dalam kawasan parkir itu.

Beliau berkata, jika lebih daripada 5,000 orang, akan ada limpahan dan ia melanggar syarat yang dipersetujui.

"Sesiapa sahaja boleh menyertai perhimpunan itu namun tidak boleh melebihi 5,000 orang dan jika lebih, mereka yang datang kemudian harus beredar.

"Mereka boleh berbuat apa sahaja di kawasan yang telah ditetapkan, nak lepak ke, baring ke tapi dengan syarat tidak boleh keluar dari kawasan itu (semasa perhimpunan),” katanya.

Mohmad menegaskan PDRM akan bertindak jika perjanjian itu dicabuli dan tidak dipatuhi. — BERNAMA

Sabtu, 7 Januari 2012

Utusan Malaysia Online - Politik

Pertama : Haji Anwar ni cukup yakin dia akan kena sumbat dalam penjara.

Kedua : Dia cukup yakin dengan rakan politik dia yang akan bagi dia jawatan PM jika pakatan menang.

Ketiga : Kalau dah gitu, tak payahlah nak demo dan kempen bebas Nuar sebab, nantinya Nuar akan jadi PM juga.

Utusan Malaysia Online - Politik

Selasa, 3 Januari 2012

Blog fitnah

Kalau polis akan buat benda ni, aku sokong sangat. selama ni, macam-macam tuduhan dan fitnah dilemparkan kepada polis, namun polis seperti tidak berpeluang untuk mempertahankan diri. kali ni, kalau nak suraikan pendemo, memang wajar bawak sekali camera man untuk rakam tindakan-tindakan polis samada berlaku pencabulan atau memang polis benar-benar mengikut peraturan dan undang-undang.

cuma, jangan cakap takat ni aje. akibat tohmahan dan fitnah pembangkang, imej polis benar-benar tercalar. kali ni, peluang dah ada. kalau bukti menunjukkan yang blog-blog pembangkang memang benar memfitnah pihak polis, tindakan yang sewajarnya amatlah dialu-alukan.

Blog fitnah polis cederakan penuntut universiti disiasat

02/01/2012 3:35pm


KUALA LUMPUR 2 Jan. — Polis akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di Perak semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata polis juga mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan itu.

"Semasa perhimpunan haram itu, beberapa jurugambar dan jururakam polis ditugaskan untuk merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti polis tidak menggunakan kekerasan termasuk mencederakan mana-mana penuntut.

"Oleh itu, saya telah mengarahkan satu kajian dilakukan pasukan khas tersebut bagi menunjukkan dakwaan yang dilemparkan itu adalah tidak benar,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan yang dibuat dalam blog tersebut terbukti palsu, polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempastikan tuduhan memfitnah pasukan keselamatan itu tanpa usul periksa tidak berulang. — BERNAMA

Isnin, 2 Januari 2012

siapa untung & rugi

nak cakap banyak-banyak pun, umpama menyalak bukit. perkara ni banyak telah disentuh. tunggu aja lah laporan prestasi kewangan siapa yang akan makan banyak. tak tahu apa lagi yang air asia dapat dalam perjanjian ni dan apa yang mas peroleh. fikiran orang kampung macam aku ni masih tak nampak apa kebaikan yang akan diperoleh hasil kerjasama ni. dan kenapa agenda kerjasama ni perlu dirahsiakan. dan yang pasti, salah satu tentunya akan mendapat keuntungan.

Situasi MAS, AirAsia kritikal?

Oleh SARAH NADLIN ROHIM
bisnes@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Tahun 2012 bakal menyaksikan cabaran baharu yang kritikal terutama kepada industri penerbangan negara yang dipelopori oleh dua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia).

MAS yang dibelenggu masalah kewangan kurang memberangsangkan terpaksa berhadapan dengan penstrukturan semula pengurusannya dalam usaha menghidupkan semula hayat mereka.

Usaha ‘menghidupkan’ MAS telah menyaksikan teraju utamanya ditukar dengan muka baharu dan cadangan pertukaran saham antara syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan syarikat penerbangan tambang murah negara.

Penstrukturan semula pengurusan melibatkan peletakan jawatan Pengarah Urusannya, Tengku Datuk Azmil Zaharuddin Raja Abd. Aziz dan diganti oleh Ahmad Jauhari Yahya.

Manakala, pertukaran saham pula menyaksikan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan Tune Air Sdn. Bhd. (Tune Air) pemegang saham utama MAS dan AirAsia telah bersetuju untuk memiliki saham daripada kedua- dua syarikat penerbangan.

Tune Air akan memegang 20.5 peratus saham di dalam MAS dan Khazanah akan memegang 10 peratus saham AirAsia, sebagai tambahan Khazanah juga dicadangkan memiliki 10 peratus kepentingan di dalam AirAsia X pada harga yang akan dipersetujui nanti.

Isu pertukaran saham tersebut masih belum dimuktamadkan sehingga kini, tetapi agenda kerjasama tidak langsung telah dapat disaksikan.

Ia bermula dengan penggantungan laluan oleh MAS ke beberapa destinasi utama seperti Dubai dan mengurangkan penerbangan antarabangsa dari hab kedua mereka iaitu Kota Kinabalu.

Selain itu, desas-desus pasaran turut memberikan gambaran bahawa syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia iaitu AirAsia X bakal menamatkan penerbangan ke laluannya di Eropah iaitu London dan Paris pada tahun ini.

Adakah ia merupakan satu kebetulan atau ‘tolak ansur’ berlaku di sini antara kedua-dua syarikat penerbangan tersebut, memandangkan sebelum ini AirAsia begitu ghairah untuk memasuki pasaran Eropah dengan secara mengejut bakal menghentikan operasi mereka ke sana.

Begitu juga, MAS sebelum ini beria-ia mempertahankan Kota Kinabalu sebagai hab kedua mereka selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), telah mengambil keputusan untuk mengurangkan perjalanan dari sana.

Alasan utama yang diberikan adalah untuk melaksanakan pelan rasionalisasi bagi mengurangkan kerugian.

Persoalannya sekarang adakah benar laluan-laluan tersebut memberikan bebanan kepada kedua-dua syarikat penerbangan itu.

Melalui pemerhatian, faktor muatan bagi laluan ke London dan Paris untuk AirAsia X boleh dianggap baik dan bagaimana pula perancangan syarikat penerbangan tambang murah itu untuk menakluki Eropah sekiranya dua laluan paling penting ditamatkan operasinya.

MAS pula, sebelum ini mengambil pendekatan meluaskan rangkaian dengan memperkenalkan laluan baharu dan menggunakan Kota Kinabalu sebagai hab kedua terutama untuk perjalanan ke Jepun dan sebagainya.

Walau apa tindakan yang diambil oleh kedua-dua syarikat penerbangan itu sama ada ia merupakan kerjasama atau tolak ansur, apa yang penting ia memberi manfaat kepada semua terutama penumpang.

Selain itu, ia juga perlu mengambil kira bersama-sama membangunkan industri penerbangan negara serta memberikan situasi menang menang kepada kedua-dua syarikat dan bukan hanya bersifat berat sebelah.

Blogger 1

bmf

bmf