Selasa, 14 Ogos 2012

Beza Ulama...

Ulama agama tahu bagaimana Malaysia berjaya memertabatkan Islam dan meletakkannya di tempat yang sewajarnya selaras dengan perlembagaan negara iaitu agama Islam sebagai agama utama di Malaysia.

 

Yang bersama dengan PM di atas ialah, Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwis. Turut bersama PM ialah Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Pencacai PAS jangan risau, Ustaz Nasa belum lagi masuk UMNO.

Ulama tersohor Arab Saudi puji Malaysia

MEKAH 14 Ogos - Beberapa tokoh ulama dari Arab Saudi hari ini menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.

Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas mengunjungi Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.

Najib memberitahu wartawan Malaysia di sini, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Katanya para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

"Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya," kata beliau.

Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain. - BERNAMA

 

Yang kat atas ni ulama politik. Dia akan sentiasa buta dan tak tahu bagaimana kerajaan telah memelihara dan menegakkan syiar Islam di Malaysia. Kalau dia ni hidup kat Myanmar baru dia tahu bagaimana beruntungnya rakyat Malaysia yang beragama Islam hidup di negara ini. Bebas beribadah dan bebas dari ancaman keganasan tidak seperti apa yang berlaku terhadap masyarakat Islam Rohingya di Myanmar..

Blogger 1

bmf

bmf