salute dan tabik dengan TMJ. Yang salah kalau tak boleh tegur tu dah kira songsang. Yang songsang patut dibetulkan. kalau sentiasa anggap betul, sama je macam ketam.
tanpa Tan Sri Annuar Musa, bola sepak negara ibarat hidup segan mati tak mahu. patut lihat trek rekod yang telah dilakukan pada pasukan Kelantan. dari pasukan kerdil menjadi pasukan elit dan menjadi penyumbang utama dalam melahirkan pemain-pemain yang berkualiti.
kini TMJ pula menerima nasib yang sama. kritik sikit dah kena banyak. Kalau kritik banyak tak tahu apa pulak hukuman. patut lihat bagaimana kesungguhan TMJ membangunkan semula bola sepak Johor. inisiatif TMJ ternyata amat memberi impak terutamanya kepada mutu bola sepak negara yang semakin berkualiti dan peminat bola sepak semakin ramai membanjiri stadium.
apa, adakah salah kalau kritik pengadil yang lemah dalam mengadili sesuatu perlawanan.
sekadar kongsi : rasanya dalam liga kampung mahu pun desa atau budak-budak sekolah rendah, tidak ada pengadil yang layang kad merah kemudian tarik balik keputusan.
TMJ perlu terima apa jua keputusan
Oleh Haniza Hassan
utusanjohor@utusan.com.my
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menasihati
anakandanya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menerima sebarang
keputusan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan
hati terbuka.
Baginda juga secara peribadi akur dengan keputusan FAM sekali gus
tidak mahu ada double standard biarpun Tunku Mahkota Johor yang juga
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu adalah
anakandanya.
Tunku Mahkota pun ada menghadap saya menyembah mengenai perkara
tersebut dan saya kata kepadanya, apa sahaja keputusan FAM kita perlu
terima dengan hati yang terbuka. Saya tak mahu ada double standard
walaupun dia anak saya," titah baginda.
Tunku Ismail sebelum ini tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan
bola sepak tanah air sekali gus membolehkan beliau boleh disiasat atas
kesalahan melanggar Artikel 88 Statut FAM atau peraturan lain yang
terkandung dalam Perlembagaan FAM.
Sementara itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan penyokong bola
sepak di negeri ini supaya menjaga tatatertib dan tidak melakukan
perkara yang melanggar undang-undang semasa menonton perlawanan
melibatkan pasukan negeri.
Jaga tatatertib semasa menonton bola sepak, bersopan santun dan
jangan buat perkara yang boleh mencemarkan nama Johor, sebaliknya
tunjukkan kepada penyokong negeri-negeri lain bahawa kita berdisiplin
Penyokong perlu sentiasa ingat keselamatan orang lain ketika berada
di stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan
negeri ini," tegas Sultan Ibrahim.
Dalam pada itu, baginda turut memuji inisiatif yang diambil oleh
Tunku Mahkota Johor dalam mengembalikan era kegemilangan bola sepak
negeri ini dengan memimpin PBNJ.
Alhamdulillah, dalam tempoh yang singkat ini kita sudah dapat lihat
hasilnya, orang ramai sudah mula membanjiri stadium untuk menonton bola
sepak. Malah, saya difahamkan tiket setiap kali perlawanan habis dijual
seawal pukul 10 pagi manakala penyokong hadir ke stadium seawal pukul
enam petang," titah baginda.