Khamis, 15 Disember 2011

keluar pkr

kapal dah hampir karam, baik lompat keluar daripada tenggelam. apa pun keputusan boo chang ni pastinya kerana su koon dah retire....






Boo Chang keluar PKR
Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
2011/12/15
pix_gal0
Ketua Cawangan Bukit Gelugor mahu sertai GERAKAN

GEORGETOWN: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Gelugor, Lim Boo Chang, semalam mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas hilang kepercayaan terhadap parti disertainya tiga tahun lalu itu, berkuat kuasa serta merta dan menyatakan hasrat menyertai semula GERAKAN.
Boo Chang yang juga Ketua Biro Undang-Undang dan Perkhidmatan Kemasyarakatan PKR Pulau Pinang turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Surat keluar PKR diserahkannya kepada Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, manakala surat peletakan jawatan Ahli Majlis MPPP diserahkan kepada Yang Dipertua (YDP) MPPP, Patahiyah Ismail, kedua-dua bertarikh semalam.

Boo Chang berkata, beliau menyertai PKR selepas pilihan raya umum Mac 2008 kerana tertarik dengan janji parti itu untuk mereformasikan rakyat, tetapi hilang keyakinan kerana kegagalannya menunaikan janji berkenaan, persaingan sesama sendiri yang melampau serta tindakan parti sering mengetepikan sebahagian ahli.

“Sepanjang tempoh itu juga saya memerhatikan hala tuju baru ditetapkan menerusi negara dinamik dan wawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mentransformasikan negara dalam semua sektor bermula dari politik, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan hinggalah kebajikan kehidupan seharian rakyat.

“Program 1Malaysia yang berterusan membuktikan kesungguhan beliau untuk dekat dengan rakyat serta mengetepikan fahaman politik dalam usaha menyatukan semua rakyat daripada pelbagai latar belakang,” katanya pada sidang media khas di sini, semalam.
Boo Chang berkata, pemerhatian teliti serta pengalaman menjadi ahli PKR selama tiga tahun membuktikan bahawa Najib adalah satu-satunya pemimpin yang berkemampuan membawa Malaysia terus ke depan serta peringkat tertinggi pada masa depan berbanding Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada peringkat kebangsaan, katanya, PKR jelas gagal menghalang PAS yang mendesak pelaksanaan undang-udang teokratik, manakala di Pulau Pinang pula PKR sering dipinggirkan DAP yang sombong dan memperlekehkan parti lain kerana mempunyai 19 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Lim Guan Eng yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Pulau Pinang selalu mengelak mengadakan mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat negeri bagi membuat keputusan secara bersama dengan pemimpin PKR dan PAS dalam melaksanakan sesebuah dasar,” katanya.

Boo Chang juga anak kepada salah seorang pengasas GERAKAN, Datuk Lim Ee Hong menyertai parti itu pada 1984 dan memegang pelbagai jawatan termasuk Naib Presiden pada 1993 sehingga 1996.

Blogger 1

bmf

bmf