Ahad, 30 Disember 2012

Bagilah peluang....

Hamba sokong dengan apa yang dinyatakan kat bawah. Hamba pun macam dia, bukan nak menderhaka.

28 tahun dah cukup lama. Bagilah peluang orang lain terajui persatuan. Idea 70 an, 80 an, 90 an dah tak sama dengan zaman sekarang. perlu ada perubahan. Banyak orang dalam persatuan yang punyai kaliber dan karisma dalam memimpin. Satu contoh, cuba ambil inspirasi dari negeri Kelantan..


Alfadli Awaluddin

BOSAN dengan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sekian lama tidak berubah, sekumpulan peminat setia bola sepak tempatan tampil mendesak agar rombakan besar-besaran dilakukan badan induk itu termasuk meminta Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah mengundur diri secara terhormat.
Bukan mahu bertindak biadap atau menderhaka, namun selepas sekian lama menyaksikan cerita sama ‘disajikan’ skuad negara pada pentas antarabangsa serta saingan liga domestik yang sering berubah format tapi tidak menunjukkan sebarang peningkatan, kumpulan yang rata-ratanya peminat setia bola sepak tempatan itu akhirnya memberanikan diri mendesak FAM melakukan rombakan besar-besaran.

Wakil kumpulan yang menggelarkan diri mereka ‘Presiden FAM Sila Letak Jawatan’ (PFSLJ) itu, Alfadli Awaluddin berkata, beliau serta rakan seperjuangan hanya mempunyai satu niat, membela dan berjuang demi kebaikan bola sepak tempatan.

“Sejak 28 tahun lalu (sepanjang kepimpinan Presiden FAM), kita sering diceritakan kesalahan barisan pemain, jurulatih serta soal teknikal apabila gagal dalam satu-satu kejohanan tapi apa yang kita tidak sedar ialah kegagalan itu banyak berpunca daripada pengurusan, pentadbiran dan struktur FAM sendiri.

“Contohnya seperti yang kita semua sedia maklum, skuad negara gagal mempertahankan Piala AFF dan episod sama berlaku iaitu kesalahan ditujukan kepada jurulatih serta pemain sedangkan sebenarnya pengurusan FAM harus bertanggungjawab,” katanya.


Justeru itu, beliau berharap Presiden FAM perlu berundur bagi memberi peluang kepada individu lain mengemudi badan induk itu dengan pada masa sama mengharapkan berlakunya rombakan besar-besaran dalam FAM.

“Bukan kami tidak menghargai sumbangan Presiden tapi kadangkala kita perlukan idea baru bagi merancang masa depan bola sepak tempatan.

“Kekalahan membabitkan skuad negara sesuatu yang biasa bagi kami semua dan selama 28 tahun kami sering disajikan dengan kegagalan. Cukuplah semua ini,” katanya.

Alfadli turut menggariskan empat sebab utama mengapa tampuk FAM perlu dirombak.

Pertama, Liga Malaysia (Liga-M) didakwa Gred D dan tidak berdaya saing selain menganggap prestasi pasukan kebangsaan tiada hala tuju apabila mempersoalkan pendirian FAM yang menegaskan ranking tidak penting dan berasa pelik apabila badan induk itu hanya menetapkan sasaran sama di Sukan Sea dan Piala AFF tanpa berani menetapkan sasaran lebih tinggi.


Alfadli juga berkata, sistem bola sepak tempatan tiada visi dan misi yang jelas serta mendakwa pengurusan FAM tidak cekap serta tiada akauntabiliti
.

Khamis, 29 November 2012

Potong dan bogel

Malaysia 4  Laos 1

 Safiq Rahim (kiri) dan rakan
meraikan gol pertama Harimau
Malaya menentang Laos pada
saingan Kumpulan B Piala Suzuki
AFF di Stadium Nasional
Bukit Jalil, malam tadi. - Foto REUTERS

tapi






berani ke bajingan dan jahanam dua orang kat atas tu...









Isnin, 26 November 2012

Ada beza...


Apa beza...



Datuk Harris Salleh

dengan.....





Datuk Seri Panglima Musa Aman......

Yang atas pernah dan yang kat bawah sedang pegang jawatan Ketua Menteri Sabah. Itu persamaan. 

Namun kedua-duanya bawa faktor yang sama. Faktor itulah yang dimain-mainkan oleh pembangkang, terutamanya bekas-bekas pemimpin UMNO yang sudah keluar. Apa faktor tu, kena tanya rakyat Sabah. Tapi, kalau dah banyak suara-suara yang kedengaran kata pemimpin itu, atau ini bakal jadi KM, tentunya ada sesuatu yang tak kena dengan KM sekarang.

Mungkin KM sekarang akan ditolak oleh rakyat Sabah dengan cara yang amat memalukan seperti yang berlaku kepada mantan KM Sabah, Datuk Harris Salleh.

Tapi ada bezanya.... KM sekarang ada payung yang cukup kuat untuk berlindung. Biar ribut dan taufan melanda.... payungnya akan tetap berdiri kukuh.

Tapi.... boleh ke bertahan bila datang tsunami. 

Ini cerita kedai kopi yang aku dengar. Rasanya... cina gila saja yang bagi 40juta pada UMNO. "Adakah aku dapat 100 kau dapat 1". Kalau gitu congakannya.... 40 x 100 = 4000juta (4b). bayangkan.... sapa bagi....

Bukan itu saja.... banyak lagi yang peliknya tentang KM yang rakyat Sabah dah muak. Tapi nak buat apa, sebab sayangkan parti terpaksalah pasrah. Harap-harap PM dan TPM tidak buta dan tuli. Kalau turunkan KM sekarang, tak kan jadi demontrasi besar-besaran.... Bahkan dapat tarik kembali ahli UMNO yang dah berpaling kepada pembangkang..... berbanding kehilangan beberapa kerusi penting kepada pembangkang...










Akhirnya..

Akhirnya, tumbang juga di kandang sendiri,,,,

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Malaysia kecundang 0-3 kepada Singapura pada perlawanan Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Shahril Ishak menjaringkan dua gol untuk Singapura pada minit ke-31 dan ke-37 manakala Aleksander Duric pula menambah derita Malaysia dengan gol ketiga pada minit ke-75.

tapi tak apa....

Raja  masih boleh senyum....

 


ada dua perlawanan lagi. 

2010 pun Malaysia kena belasah juga. 

Kali ni skrip pasti sama. 

Malaysia lawan Singapore dalam final AFF 2012.

Harap-harap gitulah skripnya........












Rabu, 21 November 2012

Alergik Rajagobal

Aku jarang nak komen bab bola ni. Tapi bila tengok aksi semalam, memang menyedihkan. Bahkan BH melaporkan tahap memalukan....Tapi Rajagobal mesti tengok aksi semalam lebih baik berbanding lawan lawan sebelumnya....

 

BH

Buat sakit hati, buat sakit jiwa. Entah dalam kepala Rajagobal ni agaknya masih manis dengan kejayaan menang piala Suzuki 2010.

Aku hairan, Kelantan menang banyak piala tapi pemain ciput. Patutnya dia bawa masuk dua atau tiga orang lagi pemain Kelantan untuk bagi kreatif bahagian tengah. Amar dan Khyril patut dah duduk bangku simpanan. Safiq dan Kunanlan pun macam dah hilang kreativiti. Prestasi dah surut. Takkan Rajagobal hanya fikir prestasi 2 tahun lepas tanpa mengambilkira prestasi semasa...

Aku bukanlah peminat pasukan Kelantan. Tapi Malaysia patut ada pemain sehebat pemain kat bawah ni... Kalau letak pemain yang tak menang apa-apa piala memang jahanam jadinya,,,










Tak tahu, kenapa Rajagobal alergik dengan pemain kat atas tu.... kalau bawa masuk dua atau salah seorang pasti tengah Malaysia akan jadi lebih baik...

Selasa, 20 November 2012

Perdana Menteri

Dalam hati mesti dah pasang angan-angan nak jadi Perdana Menteri







yang kat bawah ni pun teringin nak jadi Perdana Menteri



kepala DAP ni pun boleh jadi Perdana Menteri...



 yang ni pun boleh jadi Perdana Menteri sebab ketua PKR

 

Kalau Pakatan Rakyat berkuasa, lantik saja dia orang kat atas tu jadi Perdana Menteri. Sebab atas Perdana Menteri ada satu lagi jawatan yang dipegang oleh orang kat bawah ni....



KETUA PERDANA MENTERI

Blogger 1