Jumaat, 29 Jun 2012

Sampai Bila?

Nik Aziz akan kekal bertanding dalam PRU13. Sampai bila.? Agaknya nak ketuai kerajaan PAS Kelantan tumbang nanti. Moga-moga segala kesalahan Nik Aziz akan ditunjukkan oleh Yang Maha Esa dalam PRU nanti. Nik Aziz tahu, selagi dia hidup kalau tak berkuasa, tak ada sapa yang pandang dan dengar apa yang dia kata. Tu sebablah nak jadi calon lagi.



 

Nik Aziz kekal bertanding di DUN Chempaka

KOTA BHARU 29 Jun - Pas menolak khabar angin bahawa Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding di kerusi Parlimen seterusnya mewariskan kerusi Menteri Besar kepada muka baru.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai karut, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ia juga hanyalah spekulasi liar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri berkata, kepimpinan parti peringkat negeri dan Pusat sepakat memutuskan Nik Abdul Aziz akan kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka seterusnya mengepalai pentadbiran kerajaan negeri.

“Cerita-cerita itu tidak ada asas langsung, kita sudah buat keputusan Tuan Guru (Nik Abdul Aziz) akan kekal bertanding, memimpin parti dan kerajaan negeri, itu keputusan parti peringkat negeri dan Pusat, sangat-sangat jelas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini. - UTUSAN






Isnin, 25 Jun 2012

Habislah Faekah

Salah guna kuasa: Exco PAS desak Khalid siasat.




Tapi....


sanggupkah Khalid buat. Dia tu SePo MB. Tak ada dia, hilanglah ghairah MB nak bekerja demi PKR.


SHAH ALAM: Seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri hari ini menuntut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjalankan siasatan terhadap surat-surat sokongan membabitkan pegawai dan pemimpin kerajaan negeri untuk mendapatkan projek awam susulan kemelut terbaru yang melibatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin.

Cadangan oleh Exco Perumahan Iskandar Abdul Samad itu dibuat berikutan desakan PKR Selangor bahawa Khalid harus menggantung Faekah sementara menjalankan siasatan penuh berhubung penggunaan kepala surat Menteri Besar oleh Setiausaha Politiknya itu bagi membantu anak saudaranya .

"MB sendiri perlu mempertimbangkan perkara ini. Bukan sahaja surat ini, malah jika ada surat-surat yang sebelum ini, (juga) perlu diteliti. Kenapa surat ini sahaja yang menjadi isu," kata Iskandar kepada pemberita.

Iskandar berkata amalan mengeluarkan surat sokongan daripada pejabat Perdana Menteri tidak harus digalakkan.

"Seboleh-bolehnya tidak diteruskan. Surat ini tidak ada makna tetapi rakyat yang akan melihat perkara ini," kata beliau.

"Kita tengok secara keseluruhannya berapa banyak surat yang telah dikeluarkan oleh Faekah, mungkin beribu-ribu dia telah keluarkan tetapi kenapa kita fokuskan kepada surat yang keluarga dia minta," tambah Iskandar.

Beliau berpendapat surat Faekah kepada Permodalan Nasional Selangor Berhad, mencadangkan syarikat kaitan kerajaan negeri (GLC) itu melantik firma anak saudara beliau sebagai panel guaman PNB tidak berbentuk salah guna kuasa.

"Saya rasa kandungan surat tersebut hanya mencadang, bukan menyokong," kata beliau tanpa mengulas lanjut.

Iskandar menasihati pemimpin dan Exco Pakatan Rakyat berhati-hati dengan tindak tanduk mereka, apa tah lagi dengan pilihan raya umum semakin hampir.

"Pilihanraya sudah menjelang, apa isu sekalipun akan diperbesarkan mungkin kalau perkara ini berlaku tiga atau empat tahun lepas tidak akan diperbesarkan," kata beliau. "Nasihat saya kepada exco dan lain-lain ialah mereka harus berhati-hati," tambah beliau.

Faekah dituduh menggunakan kepala surat pejabat Menteri Besar untuk "menasihati" Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB) melantik firma anak saudaranya sebagai panel guaman.

Faekah mengaku menulis surat sokongan itu tetapi menafikan sebarang salah guna kuasa. Khalid mempertahankan Faekah dengan mendakwa bahawa surat itu hanya bertujuan “memanjangkan” permohonan firma anak saudara Faekah kepada PNSB.

Bagaimanapun PKR Selangor mempertikaikan pendirian Khalid dan Faekah itu dengan merujuk perenggan terakhir surat yang ditulis oleh Faekah kepada Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Datuk Ahmad Bin Omar.

Perenggan itu berbunyi: "Pentadbiran ini (Tan Sri Abdul Khalid) juga berpandangan bahawa peluang HARUS diberikan (kepada syarikat Zeenat Asyiqin & Associates) selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat."

Zeenat Asyiqin dilaporkan adalah adalah anak saudara Faekah.

Ketua Penerangan PKR Shuhaimi Shafie berkata perenggan itu tidak kena pada tempatnya kerana boleh diibaratkan sebagai cubaan mempengaruhi proses dalaman PNSB melantik panel guamannya


Rujukan

Rujukan

Ahad, 24 Jun 2012

sangat bernilai...

Umi tunjuk gambar perempuan ni....



Mesti perempuan ni yang Anwar cari....




- perempuan ni sangat bernilai pada Anwar...
- info di mana perempuan ni berada tentunya amat bernilai...
- kalau dah sangat bernilai, Anwar tentu sanggup buat apa saja....



KUALA LUMPUR 22 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai berusaha mengesan wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan beliau memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion sejak mereka terputus hubungan beberapa tahun lalu.

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali (gambar) berkata, Anwar mempunyai hubungan rapat dengan wanita terbabit dan banyak kisah di sebalik tabir berlaku antara mereka berdua.

Menurut beliau, wanita berkenaan hidup diselubungi kemewahan semasa masih rapat dengan Anwar, namun, beliau sentiasa dalam ketakutan selepas hubungan itu berakhir.

‘‘Saya difahamkan Anwar mahu menuntut semula semua harta yang telah diberikannya kepada wanita misteri itu.

‘‘Ekoran tidak tahan dengan pelbagai ancaman serta ugutan yang diterima, wanita terbabit kemudiannya melarikan diri ke luar negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ummi Hafilda mengulas tentang pendedahannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung identiti seorang wanita misteri yang memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo, kebanyakannya di Pulau Pinang.

Pendedahan itu dibuat semasa disiasat kira-kira lima jam oleh SPRM di ibu negara semalam bagi mengemukakan bukti baru berkaitan tuduhan Anwar mengawal 20 akaun induk oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid.

Menurut Ummi Hafilda, beliau difahamkan pihak berkuasa akan menjalankan siasatan bagi mengesahkan identiti pemilik semua hartanah terbabit.

‘‘Bagaimanapun, saya tidak boleh mendedahkan semua maklumat seperti sejak bila dan bagaimana saya mengenali wanita tersebut secara terperinci kepada media kerana masih belum mendapat lampu hijau daripada SPRM," jelasnya.

Khamis, 21 Jun 2012

minta pujuk

dah merajuk, sapa nak pujuk ni....




nak harapkan yang ni, ni tengah bingung fikir duit 3 billion, campur bunga perap dalam bank, mesti dah cecah 5 billion...




Rafizi letak jawatan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor


2012/06/21
KUALA LUMPUR: Pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli, hari ini meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ketika timbul desas-desus perbalahan antara beberapa pemimpin PKR di negeri itu.

Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya sudah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk kepada Kerajaan Negeri atau Anwar Ibrahim,” kata Rafizi menerusi mesej Twitternya.
Beliau berkata: "Letak jawatan proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah".

"Saya tidak pernah tugas lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu."

Peletakan jawatan Rafizi dikatakan menimbulkan pelbagai spekulasi kerana beberapa ahli PKR berpendapat ia mempunyai kaitan dengan perbalahan antara Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, dengan beberapa pemimpin PKR negeri.

Selain itu, ada juga ahli PKR yang mendakwa peletakan jawatan itu mempunyai kaitan dengan perselisihan faham antara Rafizi dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, mengenai projek perintis pendidikan percuma di negeri itu.
Bagaimanapun, Rafizi yang disebut-sebut akan diletakkan sebagai calon PKR pada pilihan raya umum akan datang, terus menafikan ia mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri mahupun Faekah.

Beberapa percubaan menghubungi telefon bimbit Rafizi petang ini tidak berjawab tetapi beliau mengirimkan SMS kepada BERNAMA mengesahkan peletakan jawatannya itu untuk memberi tumpuan kepada kerja parti kerana pilihan raya semakin hampir. - BERNAMA

Jumaat, 15 Jun 2012

Di sebalik WWW1

Gara-gara Nizar lilin



Salahuddin Ayub kempunan jawatan MB Johor




Sultan Johor dah murka. Rakyat Johor lebihlah lagi. Nampaknya peluang Salahuddin Ayub nak jadi MB Johor akan tinggal angan-angan. Semuanya gara-gara mulut celupar Nizar jahanam. Orang lain bida nombor dia tak pertikai, tapi bila Sultan Johor bida nombor dia pertikai. Pasti semuanya kerana kerusi MB Johor. 

Nizar nampaknya jealous pada Salahuddin yang diwar-warkan akan jadi MB Johor jika PR menang PRU13. Lebih-lebih lagi presiden PAS dah keluarkan fatwa mengenai jawatan PM dan tentunya akan digunapakai untuk jawatan MB. Mesti Islam dan mesti Melayu. Ini sekaligus akan menjadikan jawatan MB hak milik PAS jika PR memerintah kecuali DAP letak calon Melayu. Nak bagi pada PKR, memang Chua Jui Meng akan kena reject awal-awal lagi. Nah, di sini makin terserlah busuk hati Nizar terhadap kawan separti. Kalau lawan jangan ceritalah.

Nampaknya, rakyat Johor akan tolak sama sekali PAS dalam PRU 13 nanti, salah satu penyumbangnya tentu sekali Nizar jahanam tu. Sian Salahuddin, tak ada jawatan dan tak ada kerusi, sudah tentu karier politiknya akan berkubur..

Memang sesat




asal mulut longkang ni buka mulut, mesti keluar fatwa sesat. benda yang dah jadi kewajiban buat yang berkemampuan dianggap remeh. lebih-lebih lagi yang dah terima jemputan Allah sebagai tetamu-Nya. boleh pulak dia tolak. Ini dah menunjukkan yang PAS lebih mengutamakan duniawi berbanding dengan apa yang dilaung-laungkan oleh PAS. 

cakap tak serupa bikin.

PM pun dah tahu dan amat pasti takkan buat PRU 13 semasa musim Haji. PM tahu, dalam 20 ribu lebih jemaah haji tu, bukan semua menyokong PAS. PM sudah pasti tahu akan bakal kehilangan beribu-ribu undi daripada jemaah haji tu. Nak harapkan cina sokong BN, rasanya sokongan tetap sama macam yang ditunjukkan dalam PRK yang lepas-lepas.



Nik Aziz setuju penyokong PAS batal niat tunai haji


2012/06/14
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika penyokong parti Pas membatalkan niat untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada musim haji tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengeluarkan arahan rasmi supaya mereka berbuat demikian, kerana ia terserah kepada pucuk pimpinan parti.
Beliau berkata Islam tidak mewajibkan mereka pergi mengerjakan Haji setelah nama mereka tersenarai sebagai jemaah haji oleh Tabung Haji pada tahun berkenaan.
"Malah, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10, sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun ke enam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR (cardiopulmonary resuscitation) peringkat Negeri anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam portal pro pembangkang, meminta anggota PAS yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji.

Mengenai kerajaan PAS Kelantan menarik balik larangan wanita menyertai tilawah Al-Quran selepas lebih 20 tahun larangan itu dikuatkuasakan, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa kerana kebanyakan umat Islam kini sudah memahami mengenai agama dan adat sopan dalam masyarakat.
Kerajaan PAS Kelantan mula melarang wanita menyertai tilawah Al-Quran di semua peringkat selepas mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.

Ia menimbulkan isu sehingga ia dibantah oleh Persatuan Qari dan Qariah negeri ini yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula larangan itu. - BERNAMA

Selasa, 5 Jun 2012

PAS kenakan PKR

himpunan katak, ular dan shrek hijau.....



Himpunan Hijau PAS telah berjaya. Stadium kecik tu berjaya dipadatkan. PAS sebenarnya nak tunjuk kekuatan pada PKR dan DAP. Konon tanpa DAP dan PKR, PAS pun boleh takluk Putrajaya. Sebab tu PAS beria-ia nak ganti UMNO. tinggal sekarang ni PKR pulak kena tunjuk kekuatan. Kalau DAP tu, memang sah, dapat sokongan penuh dari ahli parti dan penyokong yang ramai.

Rasanya, PKR akan tetap diam. semuanya kerana gambar kat bawah. Himpunan belia hari tu sebenarnya nak test sokongan tanpa ada campur tangan DAP dan PAS. dan hasilnya, seperti gambar kat bawah.... walau diadakan kat dalam dewan namun ternyata sokongan terhadap PKR benar-benar menjunam.....







Isnin, 4 Jun 2012

Sah 100000


Sapa kata himpunan 100 ribu penyokong PAS tak tercapai. Kalau dikira bukan hanya 100 ribu tapi boleh mencecah 200 hingga 500 ribu... walaupun kapasiti stadium hanya boleh menampung lebih kurang 50K termasuk trek dan padang bola, namun aku berani jamin, kalau kira betul-betul boleh cecah setengah juta warna hijau dalam himpunan hijau tu..





Dia orang claim termasuk bendera PAS warna hijau tu....





masukkan sekali rumput hijau kat tengah padang, memang lebih setengah juta.






Ahad, 3 Jun 2012

Nik Aziz

Solat sepatutnya bukan jadi tontonan. Takut jadi riak.





Sabtu, 2 Jun 2012

Incredible Hijau

stadium kecik penuh ngan orang.



Aku tak mahu claim sangat tentang beredarnya gambar-gambar superimpose. dah tu memang kerja PAS. dan memang Himpunan Hijau PAS menuju Putrajaya itu aku boleh anggap ramai sesuailah dengan sokongan terhadap pr. cuma satu yang bagi aku tak berjaya dan buat himpunan hijau tu tak meriah hingga akan menjejaskan sama sekali peluang PAS untuk ke Putrajaya ialah kerana orang kat bawah ni tak ada...


















Jumaat, 1 Jun 2012

Sah! Hadi PM Malaysia

Haji Hadi dah bagi isyarat jelas. Dia berhak dapat jawatan PM jika PR menang PRU dan PAS memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR. DAP boleh tolak tepi sebab tidak memenuhi kriteria, kecuali jika DAP dapat menyediakan seorang calon beragama Islam. Nak bagi pada Anwar, tak kan pulak jika PAS lebih banyak kerusi terpaksa berkorban pada Anwar yang terlalu banyak masalah moral.

Kesimpulannya, hanya Haji Hadi yang layak untuk jadi PM Malaysia. Itupun jika PAS dapat menang lebih banyak kerusi dari parti gabungannya. Kalau ciput, tak usah ceritalah. Rasanya, kalau PAS ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan tanah air, tentu dah lama PAS perintah Malaysia. Tak perlu pun ada DAP dan PKR untuk bentuk kekuatan.







PM tetap Melayu Islam jika pembangkang tawan Putrajaya: Hadi


2012/06/01

ALOR SETAR: Perdana Menteri tetap akan dilantik di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam yang juga kaum majoriti di negara ini.

"Kita berasas kepada resolusi pakatan pembangkang, mengikut perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan.
"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu, kita bergerak atas tapak itu, kita tak mahu gopoh," katanya pada sidang media sempena 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga pernah mengatakan tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri kerana menerima realiti jawatan tertinggi itu adalah khusus untuk bangsa Melayu beragama Islam.

"Dalam perlembagaan tak sebut sapa-sapa... itu semua orang tahu, tapi dari segi realitinya itulah... kita (pakatan pembangkang) sepakat Perdana Menteri mesti Melayu Islam," katanya.

Turut hadir pada himpunan itu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. - BERNAMA

Blogger 1