Rabu, 2 Mei 2012

Memang Betul Dataran Merdeka ....

Maaf bukan nak perlekeh KPN. 

Tapi gambar Dataran Merdeka yang padat dengan orang tu memang betul. Cumanya yang nampak, sapa-sapa yang berkawan dengan setan. Gambar tu pun dikeluarkan oleh media siber PR. Maknanya gambar tu memang benarlah di kalangan orang PR.

Parti yang dah isytihar boleh berkawan dengan setan tentu sekali boleh nampak segala jenis hantu dan jin hatta setan serta iblis yang turut sama berdemo menyokong Ambiga. Semuanya sebab satu, demi sokongan yang cukup tinggi terhadap PAS terutamanya atuk Niki tu.

Kalau bukan puak pembangkang dan PR, lebih-lebih lagi rakyat yang cintakan kedamaian memang sah tak akan nampak. Tu sebablah Anwar dan Ambiga boleh claim sampai ratusan ribu yang menyertai Demo Bersih3, dia kira sekali segala jenis setan dan hantu serta jin yang turut sama berdemo. walhal yang datang tak sampai 50K. Dan itulah sebabnya juga, Anwar nak sangat-sangat menawan Dataran Merdeka sebab dia dah kena panggil oleh bapak setan yang jadi jenderal Demo Bersih di kalangan setan-setan dan segala hantu jembalang....


KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mempertahankan tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata pada perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka Sabtu lepas kerana peserta demonstrasi bertukar menjadi ganas dan merempuh sekatan polis.

“Perhimpunan pada Sabtu lalu bukan lagi perhimpunan aman apabila ia bertukar menjadi rusuhan dan merosakkan banyak harta benda awam malah turut mencederakan pegawai-pegawai polis yang sedang bertugas,” katanya pada sidang media, Isnin.

Katanya, penganjur perhimpunan tidak mengotakan janji mereka untuk berhimpunsecara aman malah tidak mengawal penyokong-penyokong sehingga mereka bertindak ganas dan melanggar undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada perhimpunan itu, jelas kelihatan polis yang mula hanya berkawal terpaksa bertindak akibat provokasi perusuh yang bertindak liar dengan merempuh pengadang dan kawat berduri yang dipasang di sekitar Dataran Merdeka yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh Mahkamah Majistret.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini melarang penganjur mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional.

Ismail berkata, polis mempunyai banyak bukti seperti gambar dan rakaman videoyang menunjukkan polis menjalankan tugas dengan penuh sabar dan berhemah sehinggalah perusuh mula bertindak ganas.

Sehubungan itu, katanya, polis akan menyiasat hasil perhimpunan ini secaramenyeluruh bagi mencari motif dan mengesan mana-mana individu atau kumpulan yangbertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku pada perhimpunan tersebut.

“Sesiapa saja yang ingin membuat laporan polis berkaitan keganasan yang berlaku dan menimpa mereka, boleh segera membuatnya dan saya menerima apa saja laporan termasuk laporan daripada polis sendiri bagi memudahkan kami menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya.

Ismail juga berkata, terdapat banyak gambar palsu yang telah diolah dan disebar menerusi internet yang mana boleh menjatuhkan imej negara.

“Saya mendapat dua gambar, satu gambar menunjukkan Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan perusuh berbaju kuning dan gambar sebenar menunjukkan padang Dataran Merdeka kosong, hanya perusuh di luar kawasan dataran. Ia telah disabotaj dan disebar menerusi Internet…ini memburukkan imej negara dan saya akan memantau keadaan ini juga,” katanya. – BERNAMA


Blogger 1