Jumaat, 10 Mei 2013

jadi satu




offer DAP masuk BN, tak tahulah, ni idea busuk ke buruk. Mungkin MCA dan Gerakan perlu kepimpinan baru, jadi beri peluang untuk dua parti Cina tu pulih semula. Takkan, bila kawan dah susah, tak dipedulikan dan ditinggalkan. Ingat, wujud BN dan jadi kuat dahulu salah satu sebab didokong oleh dua parti komponen BN ni...

DAP masuk BN


yang ni idea bijak.... parti-parti Cina perlu bergabung untuk menguatkan dan kembali meraih sokongan majoriti rakyat Cina. Namun bagi aku, Gerakan, MCA dan LDP di Sabah perlu jadi satu. SUPP di Sarawak  mungkin boleh dikecualikan.

parti Cina perlu jadi satu



parti India pun sepatutnya jadi satu..

 

dan parti serpihan seperti IPF, Makkal Sakti, Hindraf

orang muda

PRU13 dah berakhir. Ketua pemuda UMNO merangkap ketua pemuda BN menang besar di Rembau. Mungkin sebab itu dia berani tawar diri minta dilantik jadi menteri. baca sini



Aku tak kisah dia dilantik ke tidak. Dua-dua rezeki dia. Tapi kemerosotan undi secara besar-besaran di kalangan pengundi muda terutamanya daripada kalangan pengundi Cina dan mungkin separuh daripada pengundi Melayu /bumiputera dan India wajar diberi perhatian. 

Tugas memikat hati pengundi muda terutamanya daripada kalangan belia terletak di bahunya. Namun berjayakah dia kalau secara keseluruhan belia menolak BN.

Patut tahu malu, bukan kata BN kalah sebab letak calon rasis. kalau begitu, Najib pun salah sebab letak Khairy tempat banyak Melayu. Patut letak dia tempat banyak Cina atau India. Baca sini

Blogger 1