Khamis, 2 Februari 2012

IGP




namun puak penabur fitnah ni pastinya akan kata, itu bukan IGP. dia punya senyum bukan macam IGP dulu.

Kepulangan IGP ke tanah air tamatkan khabar angin
02/02/2012 11:20am

SEPANG 2 Feb. - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tiba di tanah air hari ini selepas melakukan lawatan kerja lima hari ke London bersama polis United Kingdom, sekali gus menamatkan khabar angin berhubung kematiannya.

Ismail, ketika ditemui kumpulan wartawan yang menanti kepulangan beliau di Lounge VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 8 pagi, kelihatan sihat dan ceria serta bersalam-salaman dengan mereka yang hadir.

"Tidak ada apa-apa. Saya bersyukur dapat kembali ke tanah air,” katanya yang tiba di tanah air dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Ketibaan beliau disambut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan beberapa pegawai kanan polis Bukit Aman.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Isnin lepas menafikan khabar angin bahawa Ismail telah meninggal dunia di London. - BERNAMA

Pecat Azizan

tak ada yang berani nak pecat Azizan ni...

1. dia dah pecah rahsia tentang kelemahan buku jingga..

2. dia tetap pertahankan AUKU ( kata musuh Azizan, Azizan kata dia guna akta IPTS )

3. kali ni kalau kerajaan tangkap dan hukum mahasiswa, boleh buat cara Azizan.

4. dia dah buat perjuangan PR tambah celaru

5. jadi, bila nak pecat Azizan.. dia ni budak UMNO juga ni sebab menentang arus...

‘Sokongan semakin kuat’

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 31 Jan. – Walaupun terdapat tekanan daripada sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berhubung kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, namun ia tidak menggugat kedudukan Menteri Besar Kedah itu.

Sebaliknya, Azizan yang kini berhadapan dengan isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menegaskan, kedudukan beliau semakin kukuh dengan sokongan daripada ahli-ahli Pas di peringkat pusat dan negeri.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah tersebut yang baru-baru ini menjalani rawatan kerana masalah jantung berkata, isu berkenaan tidak akan menggugat kepimpinan beliau.

‘‘Saya bersedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu itu pada mesyuarat politik bulanan Pas jika diminta berbuat demikian.

“Siapa yang betul, saya atau depa (mereka), sekarang depa merasa malu sebab dah tersilap,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semalam bahawa Pas Pusat akan memanggil Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah untuk memberi penjelasan berhubung tindakan KUIN menggantung lima pelajarnya mengikut AUKU 1971, April lalu.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, Pas Pusat perlu mendengar penjelasan tersebut sebelum mengambil sebarang keputusan kerana apa yang dilaporkan oleh media berbeza dengan apa yang berlaku.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari meminta supaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan kerana tindakan terhadap pelajar itu bercanggah dengan kandungan Buku Jingga.

Isu KUIN dikatakan menjadi ‘senjata baru’ kepada kelompok tertentu yang cuba menjatuhkan Azizan daripada kerusi Menteri Besar Kedah.

Sebelum ini, Azizan juga dikatakan tidak disenangi oleh PKR dan DAP kerana dilihat melakukan beberapa tindakan yang dianggap akan merugikan pakatan pembangkang.

Sebelum ini, ketika mengulas isu penggantungan mahasiswa berkenaan, Azizan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin pakatan pembangkang apabila menyatakan Buku Jingga yang mengandungi manifesto pakatan tersebut bukanlah al-Quran yang perlu dipatuhi sepanjang masa.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, beliau tidak ada masalah untuk memberi penjelasan kepada kepimpinan parti berhubung isu KUIN itu.

Beliau menjelaskan, tindakan tatatertib terhadap pelajar KUIN itu tidak diambil mengikut AUKU 1971 tetapi berdasarkan Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996.

Menurut Azizan, apa yang dinyatakan oleh Buku Jingga berhubung AUKU ialah memberi kebebasan kepada pelajar untuk berpolitik dan berpersatuan tetapi pelajar berkenaan digantung pengajian kerana mengganggu pentadbiran KUIN dan menjejaskan imej pusat pengajian itu.

Oleh itu, beliau meminta pihak luar yang tidak memahami isu sebenar tidak mencampuri isu dalaman KUIN bagi mengelakkan kekeliruan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, reputasi Azizan tidak terjejas walaupun terdapat usaha dari dalam atau luar Pas yang cuba menjadikan isu KUIN itu untuk melemahkan kewibawaan menteri besar itu.

“Sokongan terhadap Datuk Seri Azizan dari hari ke hari bertambah kuat kerana kejayaan beliau dari pelbagai sudut termasuk pembangunan KUIN sendiri menyebabkan ada pihak yang cemburu, tetapi ini perkara biasa dalam politik,” katanya.

Sebagai contoh, jelasnya, isu hiburan di bulan Ramadan baru-baru ini juga berjaya ditangani selepas Azizan memberi penjelasan walaupun sebelum itu ada pihak tertentu cuba mencari kelemahan beliau.

Blogger 1

bmf

bmf