Rabu, 24 Ogos 2011

Teoh

Keluarga Teoh mohon semakan laporan suruhanjaya


2011/08/24
KUALA LUMPUR: Keluarga Teoh Beng Hock memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Kematian bekas setiausaha Exco Selangor itu yang dikeluarkan pada 15 Jun lalu.

Permohonan itu difailkan adik lelaki mendiang, Teoh Meng Kee, 35, menerusi firma guaman Tetuan Gobind Singh Deo & Co di Mahkamah Tinggi di sini.
Pemohon menamakan pengerusi dan empat panel suruhanjaya siasatan terbabit sebagai responden-responden.


Tak habis-habis. Ingatkan dah tamat.

Isnin, 22 Ogos 2011

Kompas Mohon Maaf.

Kompas mohon maaf kepada Najib

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


Jimmy S. Harianto memohon maaf kepada Najib Tun Razak mewakili akhbar Kompas di Putrajaya, baru-baru ini.

JAKARTA 21 Ogos - Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan penyiaran laporan mengenai keluarga Perdana Menteri dalam akhbar berkenaan pada 4 Ogos lalu.

Ketua Pengarang akhbar popular Indonesia itu, Rikard Bagun berkata, Kompas memohon maaf di atas penyiaran berita berhubung perkara yang tidak pernah berlaku dalam keluarga Perdana Menteri.

Penyiaran berita itu antara lain menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pemilik syarikat Perimekar Sdn. Bhd.

Selain itu, akhbar tersebut menyiarkan berita yang menuduh Rosmah membelanjakan AS$24 juta dolar (RM72 juta) untuk membeli sebentuk cincin berlian sedangkan barang kemas berkenaan tidak pernah dipesan atau dibeli mahupun untuk bahan pameran peribadi oleh Rosmah.

Akhbar tersebut turut menuduh bakal besan Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan mafia Rusia sedangkan ia langsung tidak berasas.

“Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi (Ketua Pengarang) Kompas, Rikard Bagun, Sabtu (20/8) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya “Kepada Kepala Negara (Perdana Menteri) dan keluarga,” kata Rikard yang disiarkan oleh akhbar berkenaan hari ini.

Permohonan maaf itu dimuatkan dalam wawancara dengan wartawan kanan akhbar tersebut, Jimmy S Harianto dengan Perdana Menteri di Putrajaya Khamis lalu.

Ketika ditemui oleh Jimmy, Perdana Menteri melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Kompas yang sanggup menyiarkan berita



1. sempena bulan baik ni, penyebar-penyebar fitnah dalam negara kita ni dah mohon maaf ke tidak. PM kita bukan seorang yang pendendam, kalau pendendam, dah berjuta-juta duit masuk kerana menang saman.

2. sepatutnya, kompas ni masukkan juga dalam permohonan maaf tu dari sumber mana bahan fitnah tu dikutip.

3. tahap kesabaran manusia tu ada hadnya, kalau dah tiap-tiap hari kena fitnah, dah tentu ada harinya PM kita ni akan ajar cukup-cukup orang yang suka memfitnah ni.

4. kes ni dah buka mata semua pihak, betapa pihak pemhttp://www.blogger.com/img/blank.gifbangkang dan penyokongnya sekali suka sangat benda-benda fitnah, kebenaran depan mata tak ambil peduli.


kita jadikan kata-kata di bawah ini sebagai panduan dan ingatan: sumber


Dosa Pemfitnah
Rupanya ada lagi antara kita yang menaburkan fitnah. Kita ini orang Islam, kuat beramal dan beribadat kerana inginkan pahala dan takutkan dosa. Tetapi ada juga yang tidak endahkan tentang betapa besarnya dosa menyebar fitnah. Cubalah halusi Firman-Firman Allah dan hadith-hadith di bawah ini mengenai dosa memfitnah orang. Semoga mendapat pengajaran:-

Mengumpat
Al-Humazah : 1
"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
Fitnah
An-Nur : 19
"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."

Fitnah
Al-Isra'a : 36
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."

Fitnah
Al-Baqarah : 191
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"

Fitnah
An-Nur : 23-24
Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.
Al-Buruj : 10
Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.

Khutbah Rasul Allah di Mekah
23 / 2 / 632
"Menyebut 15 aspek sosial. Satunya : Jangan Memfitnah."

Dari Imam Ghazali
"Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."

Dari Imam Al-Mawardi
"Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor"

Dari R. Muslim
"Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat."

Daripada Abu Huraira, Termidzi:

"Sesiapa yang duduk didalam perhimpunan yang tidak baik hendaklah membaca doa (memuji Allah dan meminta ampun darinya) sebelum berundur diri"

Daripada Al-Nabari:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat maka hendaklah ia mengucapkan perkara-perkara yang baik atau diam"

Daripada Al-Nabari:
"Wahai Rasul Allah S.A.W, manakah orang Islam yang paling baik? Rasul Allah S.A.W menjawab : Ialah yang mana orang Islam lain terselamat dari gangguan lidah dan tangannya"

Cakap benar
Pepatah arab:
"Wa ma a'layna illal balagh"
---->>>Tiada beban bagi kita melain untuk bercakap benar.

Ihsan
Al- Maidah : 1
Wahai orang-orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu.

Pembohong
Al-Imran:
Akhirnya kami jadikan laknat Allah atas orang-orang pembohong.

As-Shaf : 2-3
Hai orang beriman, mengapa engkau ucapkan apa yang tidak engkau lakukan? Besar dosanya disisi Allah jika engkau mengucapkan apa-apa tetapi tidak engkau lakukan.

Blogger 1

bmf

bmf