Sabtu, 10 Disember 2011

Guan Eng buktikan Nurul Izzah Fitnah

Nurul Izzah kata kapal selam tak boleh menyelam. Guan Eng akui keupayaan kapal selam. cuma kata kos terlalu tinggi untuk beli kapal selam. guan eng, kalau suruh beli kapal selam mesti beli yang murah-murah, janji ada duit masuk. dia apa peduli yang kapal tu boleh timbul ke tidak, janji boleh menyelam. satu lagi, dia mesti beli dari china, sebab china kan pakar klon. murah, tapi aplikasi dalam semua hampeh cam handphone ciplak dari china, pakai dua ke tiga bulan dah rosak. bayangkan kapal selam malaysia jadi macam tu... tak kah membazir. biar mahal yang penting berkualiti tinggi, dan servis berpanjangan...

Guan Eng akui KD Tun Razak boleh selam


2011/12/10
LANGKAWI: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akhirnya mengakui kapal selam yang dikendalikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mampu menyelam dan aset pertahanan itu memang diperlukan negara ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengakui perkara itu selepas diberi peluang menyelam bersama kapal selam kedua negara, KD Tun Razak selama satu setengah jam bersama dua timbalannya, Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy, semalam.
Tiada persoalan mengenai boleh menyelam, sekarang ia boleh menyelam. Saya juga mengagumi keupayaan anggota yang mengendalikannya, katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Sebelum itu, beliau diterbangkan dari KD Lekiu menggunakan helikopter Super Lynx.

Ketika diajukan soalan sama ada berpuas hati dengan keupayaan KD Tun Razak menyelam, Guan Eng berkata, beliau menyahut pelawaan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyelam bersama kapal itu.

Beliau mengakui pengalaman menaiki kapal selam itu menarik tetapi menafikan beliau memperlekehkan keupayaan ATM khususnya TLDM berikutan pembelian kapal selam berharga RM2.5 bilion itu.

Kami (pembangkang) cuma mempertikaikan kos pembeliannya, tetapi kita menghargai sumbangan anggota tentera yang juga wira kita yang sanggup berkorban untuk negara.
Saya datang ke sini kerana menerima undangan Ahmad Zahid dan saya datang dengan hati terbuka, mengenai perkara lain kita boleh cakap panjang.

Kita mempunyai beberapa perbezaan pendapat mengenai harga sama ada ia berbaloi atau tidak, katanya.

Terdahulu, Guan Eng bersama Mansor, Ramasamy; Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Jamil Othman dan tiga wartawan dibawa dengan helikopter dari LTAL ke kapal KD Lekiu pada jam 2.09 petang sebelum dibawa ke KD Tun Razak kira-kira 45 batu nautika dari Langkawi.

Mereka kemudian dibawa menaiki KD Tun Razak yang menyelam pada kedalaman 30 meter selama satu setengah jam.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, KD Tun Razak sepatutnya berlabuh di jeti Awana Porto Malai, di sini, sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2011 (LIMA 11) untuk tontonan orang ramai tetapi terpaksa berlayar untuk membawa Guan Eng.

Kapal selam itu perlu belayar selama kira-kira lima jam ke laut lepas bagi membolehkannya menyelam, katanya.

Ahmad Zahid yang sebelum itu bersetuju menyertainya, menarik diri di saat akhir selepas dinasihatkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berbuat demikian.

Aset pertahanan laut milik negara yang sebelum ini dipamerkan secara statik sempena LIMA '11.

Blogger 1

bmf

bmf