Sabtu, 26 November 2011

winnable candidate

sibuk dengan calon boleh menang. semua yang perasan jadi calon pun akan cakap dia boleh menang. cam mana lak nak nilai dan pilih calon boleh menang ni. kalau setiap kawasan guna akar umbi yang menentukan calon, bagaimana pulak caranya. akhirnya, yang tentukan calon ialah ketua bahagian atau ketua perhubungan negeri. dia orang ni boleh harap kah nilai orang dengan jujur. tak kan pm pulak yang nak lihat satu-satu calon yang disenaraikan. atau pm jumpa akar umbi dan tanya siapa yang layak sebenarnya jadi calon...

ingat, ada yang undi bn sebab tak mahu undi pembangkang, kalau pengundi dah menyampah dengan calon yang dipilih, alamatlah...

Calon boleh menang harus diterima majoriti pengundi - PM
26/11/2011 7:23pm

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, calon boleh menang (winnable candidate) mestilah seseorang yang boleh diterima majoriti pengundi dalam masyarakat tempatan serta jentera parti.

Perdana Menteri berkata, sekiranya jentera parti menolak, seseorang yang ada kebolehan atau mempunyai rekod kerja yang baik pun pada akhirnya tidak akan berjaya, seterusnya parti akan kalah dan kehilangan kuasa.

"Kalau kita sebagai anggota parti tidak ada sikap yang terbuka dan kita tekankan orang tu (calon itu) mesti merupakan calon yang ikut hierarki (parti) tapi calon kita itu tak mungkin berjaya, calon kita akan gagal,” katanya semasa wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini hari ini.

Presiden UMNO itu menegaskan pentingnya semua pihak dalam parti memahami maksud “winnable candidate” yang mahu ditonjolkan semasa pilihan raya.

"Kalau tidak, sukar nak mencapai kejayaan. Kalau winnable candidate tu ditampilkan dalam kelompok dalam bahagian tanpa mengambil kira kehendak pengundi teramai, calon itu pun tak akan berjaya,” kata Najib. – Bernama

Hina MB Perak

kena hina ke, kena caci ke, kena maki ke, kena fitnah ke, asal tak kena penampar dahlah. semua tu tak akan beri bekas. semua tu kerja orang tak bertamadun dan bermoral rendah. tak usah layan. kalau layan juga, maka akan jadilah orang yang tak bertamadun dan bermoral rendah.

tabiklah buat MB Perak. tak kisahlah nak kata apa. yang penting, fokus pada kerja. rakyat yang bijaksana taka akan nilai seseorang hanya dengan kata-kata, tapi juga melalui perbuatan dan hasil kerja yang dilakukan. bukan macam kat kelantan tu, negeri mundur dan air paip macam kopi pun, mbnya masih lagi syok sendiri. tak nak mengaku kelemahan... jadilah seperti Tun M, yang fokus pada kerja hingga menjadikan Malaysia sebuah negara yang pesat membangun. biar dihina, dicaci, difitnah, semuanya tak jadi kudis sebab Tun M tahu, lebih baik dia balas semua tu dengan kerja yang membuatkan semua rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan sejahtera daripada layan semua tu hingga menjadikan kerja tunggang langgang dan rakyat hidup sengsara...

Pembangkang hina MB Perak

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my



IPOH 25 Nov. - Gelaran 'Zambry Hitam Metalik' menggamatkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini apabila Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) mendakwa Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) mencaci peribadi Menteri Besar, Zambry Abd. Kadir dalam ceramah-ceramah beliau.

Insiden itu berlaku apabila Khusairi yang mencelah semasa Zambry menggulung perbahasan, mendakwa beliau mengikut ceramah ADUN Sitiawan itu dan mendapati Koo Ham menghina peribadi pemimpin-pemimpin BN termasuk Zambry.

Beliau turut mendakwa mempunyai bukti rakaman video untuk menyokong tuduhan itu dan akan menyerahkannya di luar DUN.

Ekoran itu, Koo Ham bangkit mencabar Khusairi supaya menyatakan ceramah yang mana satu atau menarik balik kenyataan tersebut.

"Ini merupakan tuduhan melulu dan satu fitnah. Pangkor (Zambry) pun tahu saya tidak pernah mencaci peribadi seseorang," tegasnya.

Speaker DUN, Datuk R. Ganesan kemudian meminta Khusairi menarik balik tuduhan terhadap ADUN Sitiawan itu selepas beliau gagal memberikan jawapan kepada Koo Ham.

Zambry turut meminta Khusairi menarik balik kenyataan itu kerana katanya, Koo Ham tidak pernah mencaci secara peribadi tetapi cuma dari segi dasar.

"Saya tidak ambil berat sangat cacian terhadap saya termasuk warna kulit. Bayangkan kalau saya sebagai Menteri Besar memanggil ADUN Pantai Remis dengan warna kulit serta bentuk matanya, sudah tentu akan dicanang satu Malaysia yang saya rasis.

"Tidak baik mempersoalkan warna kulit seseorang kerana ia dijadikan oleh Tuhan. Apakah kita sanggup menghina Aulong dengan gelaran capik? Kita hormat dia," katanya.

Selepas namanya disebut, Yew Tian Hoe (DAP-Aulong) bangkit mencelah memberitahu, terdapat dua jenis orang kurang upaya (OKU) iaitu yang baik dan tidak baik sehingga membuatkan semua ahli dewan ketawa.

Blogger 1