Jumaat, 24 Januari 2014

kata Tun...


aku suka apa kata Tun ni...

ringkas je, tapi senang nak bagi faham kat orang...

tak payah nak guna ayat panjang-panjang....







KUALA LUMPUR 24 Jan.-Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan kerajaan seharusnya mengembalikan keputusan asal penggunaan kalimah Allah hanya dibenarkan di Sabah dan Sarawak sahaja.

Dr. Mahathir berkata, penggunaan kalimah Allah di Semenanjung tidak perlu kerana pengguna bahasa Melayu bukannya terdiri dari kalangan Kristian di sini.

"Kerana di sini kita tidak ada orang yang hari-hari guna bahasa Melayu yang beragama Kristian. Semua orang yang guna bahasa Melayu orang Islam. Jadi apa perlu bawa kalimah Allah ke Semenanjung?

"Kerajaan mesti usaha untuk mengembalikan keputusan yang asal iaitu hanya terhad kepada Sabah dan Sarawak. Itupun hanya di kalangan orang beragama Kristian," tegas Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir ditemui dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Prinsip dan Praktik Hak Asasi Manusia Sejagat: Langkah ke Hadapan' pada Forum Kebangsaan Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam di Pusat Islam di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, pada zaman beliau menjadi Perdana Menteri telah wujud gerakan untuk menggunakan kalimah Allah di Semenanjung.

"Kita berpendapat sebagai satu penyelesaian bahawa mereka Kristian di Sabah dan Sarawak yang berbahasa Melayu mereka boleh guna. Kita tidak sekat tetapi tak perlu datang ke Semenanjung ini," terang Dr. Mahathir.

Menurut Dr. Mahathir percubaan menguna pakai kalimah Allah dari kalangan Kristian di Semenanjung pastinya menimbulkan kemarahan dan ketegangan dalam masyarakat.

Justeru Dr. Mahathir mempersoalkan usaha kumpulan berkenaan sama ada sengaja mempermainkan isu kalimah Allah dengan niat untuk menimbulkan kekacauan di kalangan rakyat. - UTUSAN ONLINE

orang Cina dan India...

takkan pernah dia baca bible dalam Bahasa Melayu... nak simpan buku Bahasa  Melayu, mungkin yang ada buku BM belajar kat sekolah aja... 

jadi untuk apa Bible dalam BM yang ada kalimah Allah... pastinya untuk orang Melayu... yang hari-hari guna bahasa Melayu...

suruh hapus sekolah Cina dan India tak mahu... cakap melayu lintang pukang... tiba-tiba nak pulak Bible dalam bahasa Melayu.. lepas tu nak pulak lagi kalimah Allah...

Blogger 1