Selasa, 11 Februari 2014

Semakin baik


Aku tak tahu, samada KPM di bawah TPM semakin baik atau sebaliknya. Kalau dikira keluh kesah guru memang banyak terutamanya dengan beban dan tugas yang semakin banyak.

Tapi kalau yang kat bawah pun, setelah dijalankan tapi perlu dikaji semula, memang ada seseuatu yang tak kena. Tak kan bincang dalam bilik sejuk, lepas tu lontar kat sekolah.Tak kan tak terima apa-apa input sebelum nak laksana. Ini baru satu, mungkin lepas ni... akan ada lagi keluar...

ingat, KPM itu besar, besar sangat...
kalau hala tuju dah tersasar..... alamat lingkup satu negara...



Pentaksiran Berasaskan Sekolah dikaji semula - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan memutuskan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu adalah bagi menangani segala permasalahan yang dibangkitkan guru berkaitan PBS. 

 "Sebelum ini, guru mengadu mengalami masalah untuk memasukkan data berkaitan pelajar ke dalam sistem berkomputer PBS.

"Sehubungan itu kita menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga April tahun ini.

"Hari ini kita buat keputusan untuk kaji semula pelaksanaan PBS secara menyeluruh," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Pendidikan, mengadakan perbincangan lebih sejam dengan guru SMK Presint 8(1) bagi mendengar sendiri permasalahan mereka.


cukupkah...

 cukupkah...

cukupkah dengan hanya minta maaf....?

sudah-sudahlah buat baik pada bangsa yang tak pernah nak hargai kebaikan yang diberikan...







kalau begitu banyak laporan dibuat hanya dapat minta maaf saja....

baik tak payah buat....

lepas ni dia akan buat lagi...

buat lagi... buat lagi...

hinggalah rakyat akan menyampah dan lihat kerajaan sebagai najis yang begitu jijik....


KDN / PDRM tak boleh nak dakwa dia ni ke...?

akta hasutan masih releven lagi ke...?

dah jelas dan terang apa yang ada dalam video CNY Theresa Kok...

tidak adakah akta yang dapat melindungi kerajaan atau setidaknya pun ketua kerajaan daripada tohmahan, hinaan dan cacian....

kalau ada....

kalau ada.... nak tunggu apa lagi...

kita tak mahu, sedang disiasat..... dan lepas tu hilang.....

siasat dan dakwa......

atau pun KDN dah jadi macam UMNO.....

hanya nyatakan kekesalan dah setel


Blogger 1