Isnin, 30 Januari 2012

Kerusi

Ini maksudnya ni, minta kerusilah. dan minta kerusi pulak di kawasan yang dijamin boleh menang. ini ikut akal siapa ni? yang best kata presiden PPP ni ialah pada part akhir. benar-benar tunjukkan yang PPP ni lapar kerusi. dahlah sumbangan tak banyak mana, tapi hajat tinggi menggunung.


PRU-13: PPP minta kerusi jika yakin menang
30/01/2012 11:09am

SUNGAI PETANI 30 Jan. - Parti Progresif Penduduk (PPP) hanya akan meminta kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) jika yakin dengan sepenuhnya boleh menang di kawasan berkenaan.

Presidennya, Datuk M.Kayveas berkata, PPP meletakkan kemenangan sebagai keutamaan bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-13 dengan cemerlang.

"Setiap permintaan bergantung kepada keputusan boleh menang atau tidak. Jika kita yakin boleh menang 100 peratus barulah kita minta. Kita tidak minta hanya hendak tunjuk boleh dapat banyak kerusi (untuk ditandingi).

"Namun jika belum bersedia dan pengundi juga tidak mahu, kita tidak akan minta walaupun satu kerusi,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan perayaan Ponggal 2012 PPP Kedah di Kuil Sri Maha Mariamman, Kampung Tupah, Bedong, dekat sini petang semalam.

Kayveas bagaimanapun yakin Perdana Menteri akan memperuntukkan lebih daripada satu kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang diberikan kepada PPP pada PRU-12. — BERNAMA

Blogger 1

bmf

bmf