bila tak tahu, patut bagi tahu...
 
 
KUALA LUMPUR 20 Mac - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin tidak berminat untuk melayan tohmahan Datuk Seri Anwar Ibrahim
 terhadapnya kerana segala tuduhan itu jelas beliau, cuma memperlihatkan
 kejahilan Ketua Pembangkang tersebut dalam aspek perbankan.
Berikut adalah kenyataan penuh Daim:
Saya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertarikh 18 Mac tentang tohmahan Anwar terhadap saya.
Saya
 sudah malas hendak menjawab tohmahan Anwar kerana ini semua adalah satu
 bahan ketawa semata-mata. Lagipun ia tidak ada modal untuk 
mempertahankan 'Kajang Move' dan ketandusan bahan untuk berceramah.
Suatu
 ketika dahulu beliau memberitahu (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. 
Mahathir Mohamad bahawa saya telah membawa keluar RM2 bilion dalam 
pesawat Malaysia Airlines
 (MAS). Dr. Mahathir ketawa mendengar cerita Anwar dan menjawab: 
"Bukankah lebih baik Daim hantar melalui pindahan elektronik bank."
Jelas
 sekali Anwar tidak faham cara bank menjalankan urusan mereka dan dia 
juga tidak tahu berapa banyak RM2 bilion itu berbanding dengan 'cash in 
circulation' di dalam negara ini. Sekiranya RM2 bilion itu diambil dari 
'money circulation' tidak akan cukup wang tunai untuk diniagakan di 
negara ini.
Bodoh kalau seseorang itu untuk 
mengumpul dan menyimpan wang tunai sebanyak itu dan jika dibawa di dalam
 pesawat, agaknya semua kerusi akan dipenuhi dengan kotak-kotak berisi 
wang tersebut.
Sebagai Menteri Kewangan, beliau patut tahu sekiranya wang itu dibawa keluar dari 'circulation'. Bank Negara
 terpaksa mencetak lagi wang kerana tiada lagi 'cash in circulation'. 
Tidakkah Menteri Kewangan tidak tahu perkara yang semudah ini?
Seperkara
 lagi, apa pula dengan Jabatan Kastam. Bukan sahaja di Malaysia tetapi 
di destinasi di mana MAS hendak mendarat. Tengok apa jadi kepada bekas 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Selain
 itu, Anwar kata dia tahu saya rasuah kerana beliau mengambil alih 
daripada saya sebagai Menteri Kewangan. Buktinya mengikut beliau, saya 
buka bank-bank di Eropah Timur dan Afrika. Mungkin beliau tidak tahu ada
 akta 'Money Laundering 
Act' dan jika ingin menjadi pengarah bank pun, tiap-tiap bank negara di 
setiap negara akan menyiasat sama ada seseorang itu adalah 'a fit and 
proper person'.
Lebih-lebih lagi jika ingin 
membuka sebuah bank, syarat dan undang-undang yang dikenakan adalah 
lebih ketat (stringent). Sebagai bekas Menteri Kewangan, beliau patut 
tahu mengenai perkara ini.
Tohmahan-tohmahan 
itu hanya menunjukkan beliau tidak tahu mengenai dasar-dasar perbankan 
dan beliau akan menjadi bahan ketawa. Tolong jangan tunjukkan kejahilan 
anda.
Sekiranya ini adalah salah satu bahan 
gurauan di dalam ceramahnya, objektif beliau untuk menjadi seorang 
penghibur sudah tercapai.
Jawapan di atas memang terbaik dari Tun Daim. 
Tapi kan... rakyat negara ni bukan semua tahu macam yang Tun tahu. 
Masalahnya cuma pada yang saya letak bold merah tu. orang yang dengar kata-kata Nuar tu mana tahu tentang bab benda-benda tu semua. dia orang akan hadam apa yang Nuar cakap 100%. Bila cakap tentang Tun Daim, dia orang akan ingat bekas menteri kewangan ni ada banyak duit. banyak rasuah. senang nak rembat apa saja.
bila tak mahu layan dan jawab tohmahan Nuar.... yang akan dapat segala keburukan dan caci maki rakyat ialah BN dan UMNO. kalau nak bantu BN dan UMNO kembali kuat, puak-puak yang tabur fitnah tu wajar diserang, tak kan hanya duduk diam. 
bila diam, benda tu akan jadi betul di mata rakyat.