Jumaat, 21 Mac 2014

bila tak tahu

 bila tak tahu, patut bagi tahu...


 



KUALA LUMPUR 20 Mac - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin tidak berminat untuk melayan tohmahan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya kerana segala tuduhan itu jelas beliau, cuma memperlihatkan kejahilan Ketua Pembangkang tersebut dalam aspek perbankan.

Berikut adalah kenyataan penuh Daim:

Saya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertarikh 18 Mac tentang tohmahan Anwar terhadap saya.

Saya sudah malas hendak menjawab tohmahan Anwar kerana ini semua adalah satu bahan ketawa semata-mata. Lagipun ia tidak ada modal untuk mempertahankan 'Kajang Move' dan ketandusan bahan untuk berceramah.

Suatu ketika dahulu beliau memberitahu (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa saya telah membawa keluar RM2 bilion dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS). Dr. Mahathir ketawa mendengar cerita Anwar dan menjawab: "Bukankah lebih baik Daim hantar melalui pindahan elektronik bank."

Jelas sekali Anwar tidak faham cara bank menjalankan urusan mereka dan dia juga tidak tahu berapa banyak RM2 bilion itu berbanding dengan 'cash in circulation' di dalam negara ini. Sekiranya RM2 bilion itu diambil dari 'money circulation' tidak akan cukup wang tunai untuk diniagakan di negara ini.

Bodoh kalau seseorang itu untuk mengumpul dan menyimpan wang tunai sebanyak itu dan jika dibawa di dalam pesawat, agaknya semua kerusi akan dipenuhi dengan kotak-kotak berisi wang tersebut.

Sebagai Menteri Kewangan, beliau patut tahu sekiranya wang itu dibawa keluar dari 'circulation'. Bank Negara terpaksa mencetak lagi wang kerana tiada lagi 'cash in circulation'. Tidakkah Menteri Kewangan tidak tahu perkara yang semudah ini?

Seperkara lagi, apa pula dengan Jabatan Kastam. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di destinasi di mana MAS hendak mendarat. Tengok apa jadi kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Selain itu, Anwar kata dia tahu saya rasuah kerana beliau mengambil alih daripada saya sebagai Menteri Kewangan. Buktinya mengikut beliau, saya buka bank-bank di Eropah Timur dan Afrika. Mungkin beliau tidak tahu ada akta 'Money Laundering Act' dan jika ingin menjadi pengarah bank pun, tiap-tiap bank negara di setiap negara akan menyiasat sama ada seseorang itu adalah 'a fit and proper person'.

Lebih-lebih lagi jika ingin membuka sebuah bank, syarat dan undang-undang yang dikenakan adalah lebih ketat (stringent). Sebagai bekas Menteri Kewangan, beliau patut tahu mengenai perkara ini.

Tohmahan-tohmahan itu hanya menunjukkan beliau tidak tahu mengenai dasar-dasar perbankan dan beliau akan menjadi bahan ketawa. Tolong jangan tunjukkan kejahilan anda.

Sekiranya ini adalah salah satu bahan gurauan di dalam ceramahnya, objektif beliau untuk menjadi seorang penghibur sudah tercapai.

Jawapan di atas memang terbaik dari Tun Daim. 

Tapi kan... rakyat negara ni bukan semua tahu macam yang Tun tahu.

Masalahnya cuma pada yang saya letak bold merah tu. orang yang dengar kata-kata Nuar tu mana tahu tentang bab benda-benda tu semua. dia orang akan hadam apa yang Nuar cakap 100%. Bila cakap tentang Tun Daim, dia orang akan ingat bekas menteri kewangan ni ada banyak duit. banyak rasuah. senang nak rembat apa saja.

bila tak mahu layan dan jawab tohmahan Nuar.... yang akan dapat segala keburukan dan caci maki rakyat ialah BN dan UMNO. kalau nak bantu BN dan UMNO kembali kuat, puak-puak yang tabur fitnah tu wajar diserang, tak kan hanya duduk diam. 

bila diam, benda tu akan jadi betul di mata rakyat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1