Isnin, 18 Februari 2013

Semangat



Aku suka dengan berita kat bawah....






KUALA LUMPUR 17 Feb. - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dalam ceramah di sebuah masjid di Taiping, Perak baru-baru ini sekali lagi menegaskan beliau akan mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhir hayatnya.

Berikut adalah kenyataan beliau seperti dipetik daripada blog http://pi5au.blogspot.com dalam entri bertarikh 16 Februari lalu:

''...tetapi apa kesan kepada masyarakat? Orang Islam masih ada yang menyokong. Dia dengar saya agak bertegas sikit, mereka hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) maki saya... sempit fikiran, tak faham situasi, tak reti bahasa. Tak apa... tidak mengapa.

''Tetapi macam mana boleh kita terima? Apa tujuannya orang Kristian nak terjemah Bible mereka daripada 'god' kepada Allah? Apa tujuan mereka?

''Dulu tahun 2008, bila timbul isu ini, saya panggil wartawan semua datang ke rumah. Saya dah bawa Bible ketika itu. Saya tunjuk al-Quran pada ketika itu. Saya tidak akan setuju kerana Allah yang saya sembah, tuan-tuan sembah, orang Islam sembah... Allah yang selama-lamanya 'qulhu Allahu ahad'.

''Kalau kita benarkan, kita rela dan kita reda Allah diletak kepada 'god', maknanya kita merelakan Allah itu disyirikkan oleh manusia.

''Atas itu, saya mengambil kesempatan malam ini nak menyeru lagi sekali, saya sebut ini di mana pun, saya akan pertahankan kalimah ini sampai akhir hayat saya. Saya tidak akan reda dengan Allah yang dikufurkan."









bukan main semangat lagi nak pertahankan kalimah Allah....

depan orang-orang Islam dan Melayu.....

Tapi depan Nik Aziz dan Hj. Hadi....

berani ke nak tunjuk semangat yang tengah membara tu....

sebelum nak bagi akar umbi sedar......

baik bagi sedar dulu Nik Aziz dan Hj. Hadi....

dua orang Islam dalam PAS ni lah yang telah bersekongkol dengan Anwar menjual kalimah suci Allah kepada DAP....
















Blogger 1

bmf

bmf