Khamis, 30 Jun 2011

Go bala untuk Anwar

Gobala dah buka gelanggang. Tak adakah pemimpin kerajaan yang sezaman dengan Anwar masa dalam kerajaan buat laporan polis. Tak ada ngo-ngo buat laporan polis.

pembangkang pulak, takkan tak buat laporan polis. kalau Anwar tak bersalah, tak perlu gusar dan takut. inilah masanya nak bersihkan nama Anwar. Tuduhan yang dilemparkan oleh Gobala amat berat. Jika Anwar tak bersalah dan Gobala terbukti bersalah kerana memfitnah, ada hukuman yang menanti.

dan sekarang, laporan polis perlu dibuat. jangan nak demo bersih aje, tapi orang sendiri tak mahu dibersihkan.


Gobala dakwa RM888b untuk parti, beli senjata api

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas Padang Serai, N Gobalakrishnan meminta Kementerian Kewangan menyiasat pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram yang didakwanya bernilai RM888 bilion.
Gobalakrishnan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melakukan aktiviti berkenaan ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencetak RM13.2 bilion wang dalam bentuk wang kertas RM500 dan RM1,000.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat, semalam beliau berkata wang itu adalah yang dilaporkan Integriti Kewangan Global (GFI) dan digunakan oleh Anwar sehingga kini untuk menaja aktiviti parti, termasuk membeli senjata api.

“RM888 bilion ini adalah rentetan sistem kronisme dan nepotisme dibawa Permatang Pauh. Satu dunia tahu wang haram ini digunakan untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri (Allahyarham Tun Ghafar Baba) suatu ketika dulu.

“Saya juga tidak nafikan kemungkinan wang itu digunakan untuk demonstrasi BERSIH. Dengan wang haram ini senjata boleh disediakan dan ada tuduhan Permatang Pauh bekal senjata untuk pengganas.

“Duit RM500 dan RM1,000 dicetak ketika beliau jadi Menteri Kewangan, saya minta Kementerian Kewangan siasat dan saya sedia membantu sekiranya diberi imuniti (kekebalan),” katanya.
Gobalakrishnan yang sebelum ini keluar daripada PKR turut mendakwa Anwar melalui orang tengah membawa keluar wang haram dalam jumlah besar ke luar negara.

“Kalau kementerian beri status imuniti, saya boleh berunding dengan pihak yang pernah membawa keluar RM500 dan RM1,000 bagi pihak Permatang Pauh. Banyak beg wang dibawa keluar dari Malaysia ke Indonesia melalui jet peribadi milik dua individu kepunyaan syarikat judi di negara ini,” katanya.

Beliau juga mendakwa Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) turut terbabit dengan aktiviti mengumpul wang secara haram membabitkan nilai RM100 juta.

“Saya percaya wang RM100 juta ini dilabur oleh isterinya, Shamsidar Taharin bersama ahli perniagaan berbangsa Cina dalam syarikat modal. Saya mahu Kementerian Kewangan siasat dari mana duit itu datang dan dilaburkan,” katanya.

Blogger 1

bmf

bmf