Rabu, 28 Ogos 2013

sejarah

Apa yang Cina DAP takut sangat dengan filem Tanda Putera..?




PULAU PINANG 29 Ogos - Kerajaan DAP Pulau Pinang mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, surat rasmi akan dihantar kepada semua pemilik pawagam yang diberi lesen peniagaan oleh pihak berkuasa tempatan hari ini supaya tidak menayangkan filem berkenaan. - UTUSAN ONLINE


- ini satu cubaan untuk menafikan fakta sejarah.
- cinadap ni main kasar, tak apa...kerajaan main halus aja...
- kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, harus mewajibkan mata pelajaran SEJARAH...dan wajib lulus untuk dapat tempat ke ipta/ipts... sama macam BM.
- satu lagi contoh yang pebangkang ni tidak mengiktiraf kemerdekaan yang dicapai oleh kerajaan.
- dah jelas yang dia orang ni menyokong siapa....?

Ahad, 18 Ogos 2013

Manfaat



Kalau dah ada kuasa, siapa yang mesti didahulukan. Mestilah darah daging... Dia lantik pun, dia publish dia bagi tahu.... yang ni aku sokong...



aku memang tak berapa berkenan dengan menteri ni, tapi apa yang dia buat betul. Letak kat kementerian ke, atau kawasan parlimen tak payah nak gelabah.... kalau dapat kek, tak kan nak bagi orang lain, mesti kaum keluarga dulu yang dapat keutamaan, kalau ada lebih baru bagi kat orang lain....

siapa pun... tak payah nak tunjuk di sini, google aja pasti jumpa... adik beradik, anak, isteri, suami, cucu orang paling rapat pasti akan dapat manfaat bila berkuasa.....

jadi tak payah kutuk Nazri... 

Sabtu, 17 Ogos 2013

Isu


Hebat sungguh pemuda paspispus ni bersilat kata. Pandai sungguh mengelak dari dikecam kerana tidak menyatakan bantahan terhadap duta Vatican Citi ke Malaysia Biskop Joseph Marino berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

Boleh dia kata pergolakan di Mesir isu besar. Lantaklah dengan Mesir. Antara pemerintah dan Ikhwanul Muslimin sama saja. Nak berkuasa tapi aniaya rakyat. Patutnya, PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam, kononnya.... tetap mempertahankan kalimah Allah.... ini... sibuk nak pertahankan sorang banduan istimewa tu.... iya lah... kalau tak ada banduan sekor tu, PAS takkan dapat banyak kerusi....



alt


KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pemuda PAS menyifatkan kebiadapan duta Vatican City ke Malaysia berhubung isu kalimah Allah sebagai isu kecil berbanding kemelut kejatuhan kerajaan Morsi di Mesir.
 
Ketuanya Nasruddin Hassan turut berkata isu kalimah Allah itu hanya melibatkan sensitiviti didalam negara tanpa melibatkan peringkat global.
 
"Isu ini (kalimah Allah) tidak sebesar isu di Mesir," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa PAS tidak menyatakan bantahan terhadap duta Vatican Citi ke Malaysia Biskop Joseph Marino berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.


negara yang porak peranda dia ambil berat sungguh, tapi negara sendiri yang bakal porak peranda berikutan isu kalimah Allah dia tak ambil perhatian... maklumlah... PAS dah isytiharkan yang kalimah Allah boleh digunakan oleh orang Islam.

memang dasar bengong.

Jumaat, 16 Ogos 2013

kemaruk kuasa

sian sungguhlah dengan orang kat bawah ni. kemaruk sangat nak jadi PM, dapat jadi timbalan pun jadilah...



nampak sangatlah dia ni cuba nak tikam rakan sekutu dia dalam pakatan  rakyat. apa pulak kata DAP dan PAS? 

tak mengapa, lantak dia oranglah nak tikam menikam. yang penting BN tetap memerintah.



KUALA LUMPUR 16 Ogos - Pejabat Perdana Menteri hari ini mengeluarkan satu kenyataan bagi menjelaskan berhubung isu kerajaan perpaduan UMNO-PKR yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam wawancara bersama laman web Asia Sentinel Isnin lalu mendakwa kononnya Perdana Menteri menghubunginya dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara UMNO dan PKR tetapi beliau menolaknya.
Di bawah ini adalah kenyataan penuh Pejabat Perdana Menteri:
KENYATAAN AKHBAR
1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. Laporan portal berita tersebut yang memetik "sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem" Dato' Sri Mohd. Najib adalah merupakan "daya imaginasi" penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.
3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Pembangkang sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.
4. Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Dato' Sri Mohd. Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "kenyataan politik yang berniat nakal".
5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU-13 bagi mendapat persetujuan Dato' Sri Mohd. Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.
6. Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU-13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Dato' Sri Mohd. Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU-13.
7. Oleh itu, kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "ciptaan dan rekaan" bagi kepentingan politik pembangkang khususnya ketuanya.
Pejabat Perdana Menteri
16 Ogos 2013
- UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130816/dn_58/Kenyataan-Pejabat-PM-jawab-tuduhan-Anwar-isu-kerajaan-perpaduan#ixzz2c36Ntogc
© Utusan Melayu (M) Bhd 





Blogger 1