Jumaat, 16 Ogos 2013

kemaruk kuasa

sian sungguhlah dengan orang kat bawah ni. kemaruk sangat nak jadi PM, dapat jadi timbalan pun jadilah...



nampak sangatlah dia ni cuba nak tikam rakan sekutu dia dalam pakatan  rakyat. apa pulak kata DAP dan PAS? 

tak mengapa, lantak dia oranglah nak tikam menikam. yang penting BN tetap memerintah.



KUALA LUMPUR 16 Ogos - Pejabat Perdana Menteri hari ini mengeluarkan satu kenyataan bagi menjelaskan berhubung isu kerajaan perpaduan UMNO-PKR yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam wawancara bersama laman web Asia Sentinel Isnin lalu mendakwa kononnya Perdana Menteri menghubunginya dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara UMNO dan PKR tetapi beliau menolaknya.
Di bawah ini adalah kenyataan penuh Pejabat Perdana Menteri:
KENYATAAN AKHBAR
1. Kebelakangan ini beberapa portal berita online telah menyiarkan laporan bahawa YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. Laporan portal berita tersebut yang memetik "sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem" Dato' Sri Mohd. Najib adalah merupakan "daya imaginasi" penulis tersebut kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.
3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Pembangkang sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 dan mempertikai keputusan tersebut.
4. Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Dato' Sri Mohd. Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "kenyataan politik yang berniat nakal".
5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU-13 bagi mendapat persetujuan Dato' Sri Mohd. Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.
6. Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU-13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Dato' Sri Mohd. Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU-13.
7. Oleh itu, kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu "ciptaan dan rekaan" bagi kepentingan politik pembangkang khususnya ketuanya.
Pejabat Perdana Menteri
16 Ogos 2013
- UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130816/dn_58/Kenyataan-Pejabat-PM-jawab-tuduhan-Anwar-isu-kerajaan-perpaduan#ixzz2c36Ntogc
© Utusan Melayu (M) Bhd 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1