Jumaat, 1 Jun 2012

Sah! Hadi PM Malaysia

Haji Hadi dah bagi isyarat jelas. Dia berhak dapat jawatan PM jika PR menang PRU dan PAS memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR. DAP boleh tolak tepi sebab tidak memenuhi kriteria, kecuali jika DAP dapat menyediakan seorang calon beragama Islam. Nak bagi pada Anwar, tak kan pulak jika PAS lebih banyak kerusi terpaksa berkorban pada Anwar yang terlalu banyak masalah moral.

Kesimpulannya, hanya Haji Hadi yang layak untuk jadi PM Malaysia. Itupun jika PAS dapat menang lebih banyak kerusi dari parti gabungannya. Kalau ciput, tak usah ceritalah. Rasanya, kalau PAS ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan tanah air, tentu dah lama PAS perintah Malaysia. Tak perlu pun ada DAP dan PKR untuk bentuk kekuatan.







PM tetap Melayu Islam jika pembangkang tawan Putrajaya: Hadi


2012/06/01

ALOR SETAR: Perdana Menteri tetap akan dilantik di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam yang juga kaum majoriti di negara ini.

"Kita berasas kepada resolusi pakatan pembangkang, mengikut perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan.
"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu, kita bergerak atas tapak itu, kita tak mahu gopoh," katanya pada sidang media sempena 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga pernah mengatakan tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri kerana menerima realiti jawatan tertinggi itu adalah khusus untuk bangsa Melayu beragama Islam.

"Dalam perlembagaan tak sebut sapa-sapa... itu semua orang tahu, tapi dari segi realitinya itulah... kita (pakatan pembangkang) sepakat Perdana Menteri mesti Melayu Islam," katanya.

Turut hadir pada himpunan itu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. - BERNAMA

Blogger 1

bmf

bmf