Selasa, 11 Februari 2014

Semakin baik


Aku tak tahu, samada KPM di bawah TPM semakin baik atau sebaliknya. Kalau dikira keluh kesah guru memang banyak terutamanya dengan beban dan tugas yang semakin banyak.

Tapi kalau yang kat bawah pun, setelah dijalankan tapi perlu dikaji semula, memang ada seseuatu yang tak kena. Tak kan bincang dalam bilik sejuk, lepas tu lontar kat sekolah.Tak kan tak terima apa-apa input sebelum nak laksana. Ini baru satu, mungkin lepas ni... akan ada lagi keluar...

ingat, KPM itu besar, besar sangat...
kalau hala tuju dah tersasar..... alamat lingkup satu negara...



Pentaksiran Berasaskan Sekolah dikaji semula - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan memutuskan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu adalah bagi menangani segala permasalahan yang dibangkitkan guru berkaitan PBS. 

 "Sebelum ini, guru mengadu mengalami masalah untuk memasukkan data berkaitan pelajar ke dalam sistem berkomputer PBS.

"Sehubungan itu kita menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga April tahun ini.

"Hari ini kita buat keputusan untuk kaji semula pelaksanaan PBS secara menyeluruh," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Pendidikan, mengadakan perbincangan lebih sejam dengan guru SMK Presint 8(1) bagi mendengar sendiri permasalahan mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1