Jumaat, 27 Januari 2012

Penjelasan Menteri Pertanian Isu NFC

buatrenungan :

1. banyak faktor menyebabkan projek ini mengalami kelewatan bermula daripada proses membersihkan tanah yang berlarutan sehingga setahun lebih, syarikat utama projek PFN menarik diri dan tidak ramai usahawan tampil untuk menternak lembu di pusat fidlot satelit yang disediakan kerajaan.

2. “Pembangkang turut menjaja gambar pagar roboh, tanaman rumput yang tidak menjadi dan sebagainya sedangkan ia bukan milik NFCorp tetapi kawasan yang pada asalnya milik syarikat utama dari luar negara yang menarik diri sebelum projek bermula,”

3. sasaran kementerian untuk menyediakan 130 pusat fidlot satelit juga tidak terlaksana apabila hanya 59 yang dapat disiapkan dan daripada jumlah itu 26 saja beroperasi manakala 33 belum ada pengusaha.

4. Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, pada penilaian kementeriannya, NFCorp sudah melepasi sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) mereka kerana menyediakan lebih 8,000 ekor lembu setahun seperti termaktub dalam terma perjanjian. “Pada 2010 mereka memiliki 8,016 ekor lembu tetapi hanya sempat menyembelih 5,742 ekor disebabkan ketiadaan pusat penyembelihan. Pusat penyembelihan ini sepatutnya dibina oleh kerajaan tetapi tertangguh berikutan penilaian semula tahap daya saing projek PFN oleh perunding bebas yang dilantik pada 2009,” katanya.



Isu PFN: Noh sangkal pembangkang
Oleh Meor Hisham Zulkifli dan Suzaini Sulaiman
bhnews@bharian.com.my
2012/01/27
Menteri tegas projek fidlot tidak gagal
NFCorp lepasi sasaran sedia 8,000 lembu pada 2010
TANJUNG KARANG: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, semalam menyangkal pelbagai tuduhan yang dilemparkan pembangkang berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN) sambil menegaskan projek ternakan lembu daging itu bukan suatu kegagalan. Beliau berkata, kerajaan juga tidak boleh dipersalahkan jika ada sebarang salah laku berhubung pengurusan dana National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan terserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat syarikat itu.
Sebenarnya saya sudah berulang kali menjelaskan perkara ini di Parlimen tetapi pembangkang menjadikannya sebagai gimik politik. - Datuk Seri Noh Omar.

“Isu ini sebenarnya timbul akibat kelewatan pelaksanaan projek berkenaan berikutan rentetan masalah yang dialami menyebabkan banyak program pembangunan tertangguh, tetapi ia tidak gagal,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kampung Belimbing di sini.

Noh berkata, isu pertama dibangkitkan pembangkang adalah mengapa dana RM250 juta itu diberikan kepada NFCorp sebelum perjanjian dibuat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 8 Mac 2010.

“Hakikatnya, ada dua perjanjian antara NFCorp dengan kerajaan. Pertama antara syarikat dengan Kementerian kewangan dan kedua dengan kementerian ini. Perjanjian pertama dimeterai antara NFCorp dengan Kementerian Kewangan pada 6 Disember 2007 berhubung pemberian pinjaman.
“Perjanjian kedua, antara syarikat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 8 Mac 2010 berhubung proses pelaksanaan projek,” katanya.

Beliau berkata, isu kedua yang diputarbelitkan pembangkang dengan menuduh kerajaan menyerahkan dana sewenang-wenangnya kepada NFCorp, sedangkan syarikat hanya menerima bayaran berdasarkan kemajuan projek dan cek pembayaran ditandatangani wakil Kementerian Kewangan dan wakil NFCorp.

“Kementerian Pertanian tidak ada kena mengena dengan akaun syarikat seperti dakwaan pembangkang kerana pada kementerian, bayaran hanya dibuat selepas berpuas hati dengan tahap kemajuan projek.

“Jadi terserah kepada SPRM untuk siasat akaun NFCorp andai wujud sebarang salah laku syarikat terbabit kerana ia hanya membabitkan mereka,” katanya.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, pada penilaian kementeriannya, NFCorp sudah melepasi sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) mereka kerana menyediakan lebih 8,000 ekor lembu setahun seperti termaktub dalam terma perjanjian.

“Pada 2010 mereka memiliki 8,016 ekor lembu tetapi hanya sempat menyembelih 5,742 ekor disebabkan ketiadaan pusat penyembelihan. Pusat penyembelihan ini sepatutnya dibina oleh kerajaan tetapi tertangguh berikutan penilaian semula tahap daya saing projek PFN oleh perunding bebas yang dilantik pada 2009,” katanya.

Katanya, banyak faktor menyebabkan projek ini mengalami kelewatan bermula daripada proses membersihkan tanah yang berlarutan sehingga setahun lebih, syarikat utama projek PFN menarik diri dan tidak ramai usahawan tampil untuk menternak lembu di pusat fidlot satelit yang disediakan kerajaan.

“Berikutan pelbagai masalah ini, projek ini menjadi lewat. Bagi NFCorp mereka sudah pun menunaikan tanggungjawab dan melepasi sasaran malah mengambil inisiatif membina pusat penyembelihan sendiri.

“Pembangkang turut menjaja gambar pagar roboh, tanaman rumput yang tidak menjadi dan sebagainya sedangkan ia bukan milik NFCorp tetapi kawasan yang pada asalnya milik syarikat utama dari luar negara yang menarik diri sebelum projek bermula,” katanya.

Katanya, sasaran kementerian untuk menyediakan 130 pusat fidlot satelit juga tidak terlaksana apabila hanya 59 yang dapat disiapkan dan daripada jumlah itu 26 saja beroperasi manakala 33 belum ada pengusaha.

“Projek ini penting untuk masa depan negara bagi menjamin keselamatan makanan untuk rakyat kerana ketika ini, penternak tempatan hanya membekalkan 35 peratus daripada keperluan negara.

“Sebenarnya saya sudah berulang kali menjelaskan perkara ini di Parlimen tetapi pembangkang menjadikannya sebagai gimik politik. Saya berterima kasih kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang tampil membuat kenyataan bahawa projek ini tidak gagal,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1