Isnin, 9 Januari 2012

Kenapa Polis Bagi Peluang?

Dah tahu, PKR tu penipu macam penasihatnya juga, kenapa polis perlu juga bagi kebenaran untuk berhimpun. Dah tahu, perhimpunan tu nanti akan beri tekanan terhadap keputusan yang diumumkan nanti, kenapa bagi juga. Dah tahu, penyokong-penyokong PKR fanatik dan taksub dengan ketua mereka, kenapa beri kebenaran juga. Kalau yang datang seramai puluhan ribu, polis dapat beri jaminan kah yang keadaan akan terkawal. Kalau ada yang nak ambil kesempatan nak timbulkan huru-hara. boleh jamin kah yang polis akan terhindar dari segala macam tuduhan dan tohmahan.

sepatutnya, haram saja perhimpunan yang boleh menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam, mendatangkan kerugian dan mencalarkan imej negara. penganjur perhimpunan sepatutnya ditangkap dan didakwa kerana cuba mencetuskan huru-hara.

Polis KL minta PKR patuhi 10 syarat adakan perhimpunan
08/01/2012 6:59pm

KUALA LUMPUR 8 Jan. — Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh meminta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali memastikan parti itu mematuhi 10 syarat ditetapkan bagi perhimpunan anjurannya esok termasuk memastikan hanya 5,000 orang dibenar berhimpun di tempat letak kereta di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau turut menafikan kenyataan Azmin, yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengenakan syarat bagi perhimpunan itu dan menyifatkan Azmin tidak jujur kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya kecewa dan kesal dengan kelakuan, pembohongan, tidak gentleman, tidak jujur dan tidak amanah Azmin,” katanya merujuk kenyataan Azmin yang disiarkan dalam sebuah portal berita semalam.

Mohmad memberitahu sidang berita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPK KL) di sini, hari ini bahawa Azmin, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan tiga yang lain daripada PKR bersetuju dengan 10 syarat itu pada perbincangan mereka di IPK KL pada Jumaat lepas.

Bahkan, jelas Mohmad surat mengenai 10 syarat itu ditandatangani Shamsul Iskandar di hadapan Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.

"Kita juga mengambil gambar semasa perbincangan itu diadakan dan mempunyai salinan syarat tersebut yang dipersetujui bersama (dengan PKR) dan ditandatangani. Oleh itu, penafian Azmin adalah tidak benar,” katanya.

Mengenai penyertaan perhimpunan itu, Mohmad menegaskan, PKR mesti memastikan hanya 5,000 orang berhimpun dalam kawasan parkir itu.

Beliau berkata, jika lebih daripada 5,000 orang, akan ada limpahan dan ia melanggar syarat yang dipersetujui.

"Sesiapa sahaja boleh menyertai perhimpunan itu namun tidak boleh melebihi 5,000 orang dan jika lebih, mereka yang datang kemudian harus beredar.

"Mereka boleh berbuat apa sahaja di kawasan yang telah ditetapkan, nak lepak ke, baring ke tapi dengan syarat tidak boleh keluar dari kawasan itu (semasa perhimpunan),” katanya.

Mohmad menegaskan PDRM akan bertindak jika perjanjian itu dicabuli dan tidak dipatuhi. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1