Rabu, 8 Januari 2014

orang tengah

dia orang jadi dajal, BN juga yang kena..
















siapa yang majoriti jadi orang tengah ni. 
memang kerja dia orang ni menyusahkan rakyat. 
cumanya... kalau dah tahu kerja orang tengah, jangan hanya nak pantau aja...
perlu ada tindakan terhadap orang tengah yang memanipulasikan harga...

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata kenaikan harga barang di negeri itu bukan berpunca daripada kenaikan harga bahan api tetapi sebaliknya peranan orang tengah yang cuba mengaut keuntungan
Beliau berkata, kerajaan negeri sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau kenaikan harga barang termasuk tindakan orang tengah memanipulasi harga barangan di pasaran.

 Jawatankuasa khas itu dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid.


"Kita menerima beberapa aduan mengenai kenaikan harga barangan di Sabah dn kita haraus mengambil tindakan dan memantau perkara ini secara konsisten," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet pertama bagi tahun ini di Wisma Innoprise, di sini, hari ini.

Musa berkata, jawatankuasa khas itu akan memantau kenaikan semua jenis barangan tanpa mengklasifikasikan barangan tertentu terutama barang kawalan.

Dalam perkembangan lain, Musa berkata sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri buat julung kali akan diadakan di Tawau pada Isnin dan Selasa ini.

Beliau berkata majlis tahlil dan bacaan Yassin akan diadakan pada Isnin dan perarakan sambutan di Padang Perbandaran Tawau pada keesokannya.

- BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1