Jumaat, 31 Januari 2014

PM dah lemah...

saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh DT

kalimah Allah - PM lemah

 

dengan begitu banyak ancaman yang datang.... mesti pening kepala...

serangan dari luar dan dalam untuk menjatuhkan Najib, isu harga barang, isu perpaduan dan macam-macam lagi..

patut bagi tabik untuk kepimpinan Najib...

Datuk Seri Najib hari ini dalam pertemuannya bersama pimpinan 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum Melayu dan Islam telah menyatakan bahawa beliau perlu berdiam diri dalam isu kalimah Allah kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan menambah bahang kemarahan.

Kata Najib,  beliau adalah seorang pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan semata-mata pemimpin satu kaum. 


dan apa yang dikatakan Najib itu wajar dan tepat...lagi pun dah jumpa tu, maknanya Najib ambil perhatian...

BN dah kalah undi popular. 

kalau berdasarkan sokongan parti, bolehlah diandaikan pengundi Melayu daripada PAS dan PKR juga sudah setuju penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut kristian... ngo yang jumpa Najib ni patut tanya pada diri masing-masing, apa yang mereka perjuangkan untuk Islam dan Melayu..

apa yang dia orang buat untuk sedarkan orang Melayu Islam tanpa mengenal fahaman politik...

kalau setakat demo nak pertahankan kalimah Allah, tak sampai puluh ribu.... sapa pun tak gentar...

kalau ngo-ngo ni dapat kumpul 1 juta orang buat demo kat Putrajaya... sudah tentu puak-puak yang buat kacau tu gentar....

apa pun... di tangan Najib... kalimah Allah masih tetap dipertahankan... kalau semua nak hentam Najib.... tunggulah PRU 14 nanti, radar kejatuhan BN sudah melepasi 50%... tanpa sokongan dan dokongan dari semua, terutamanya yang nak lihat Najib lepaskan jawatan PM...  BN tentu tumbang....

masa tu.... baru nak sedar....

isu di Selangor... ada puak yang saja nak uji melayu PAS dan PKR, samada sokong kerajaan BN yang pertahankan kalimah Allah atau masih sokong perjuangan PR. dan ternyata Melayu Islam PR masih tetap dengan pendirian, kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut kristian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1