Selasa, 14 Februari 2012

Majlis Ulama Pas buat kecoh

wah, hari ni PAS sudah jadi berani. harap-harap DAP juga akan ikut PAS desak Anwar sebagaimana yang PAS buat. Pun begitu, kita tengok sejauh mana keputusan majlis syura ini disokong kumpulan penyokong Anwar dalam PAS. mesti lepas ni, penjilat-penjilat Anwar akan terpekik terlolong dan menuduh majlis syura ulama pulak sebagai ejen UMNO...

sebab ini perkara baik, aku nak tabik majlis syura ulama PAS. Nik Aziz, dia ni hanya tanda tangan aja. terpaksa ikut kerana dalam majlis syura ulama, dia tak ada kawan yang sama-sama menyokong Anwar.

Pas desak Anwar tarik balik kenyataan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 13 Feb. - Pas hari ini mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam.

"Jawatankuasa Agung dan Majlis Syura membuat keputusan meminta saya mengirim surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ.

"Sekiranya kenyataan WSJ tidak tepat, kita harap Anwar menyaman WSJ. Saya telah menandatangani surat di Kuala Lumpur semalam dan insya-Allah surat itu akan dihantar oleh Setiausaha Majlis Syura selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan malam bersama Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan di Hotel GRV di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Anwar dalam wawancara dengan WSJ baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjaga keselamatan negara Israel.

Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam, malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.

Menteri Besar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai pendapat banyak pihak bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan itu hanya untuk menarik sokongan dari negara asing.

"Bila kita bersahabat kewajipan kita adalah tegur-menegur, apa yang kita tengok kawan kita tidak betul kita tegur, apa yang kawan kita tengok kita tidak betul dia tegur kita, itu ajaran agama.

"Saya telah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang kawan dan Mursyidul Am Pas supaya dia tarik balik kenyataannya mengenai Israel kerana Israel ini negara haram. Saya telah sebut kepada Duta Amerika Syarikat ketika dia datang ke pejabat saya dua tahun lepas, saya kata kalau selipar Jepun sekali pun tidak ada hak untuk ambil negara kita, inikan pula negara Palestin. Siapa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pandai-pandai bahagi dua bumi Palestin," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1