Jumaat, 10 Februari 2012

Ekonomi Malaysia makin.....

Bila baca artikel kat bawah ni, penasihat ekonomi negeri selangor pastinya sakit kepala dan sakit hati. tabung negeri selangor makin kecut, tapi ekonomi kerajaan pusat makin bertambah baik dan makmur. padan sangatlah nilai penasihat ekonomi negeri selangor tu RM1. langsung tak bawak apa-apa kebaikan pada ekonomi negeri selangor. nak menjahanamkan adalah juga.

semuanya disebabakan keadaan negara yang aman makmur. kalau ikut pembangkang yang tiap masa nak berdemontrasi, maka jahanamlah negara. untuk menjamin ekonomi negara terus berkembang dan setiap rakyat mendapat manfaat dari ekonomi yang pesat membangun, kerajaan sewajarnya terus memelihara keamanan dan kemakmuran negara. parasit-parasit yang berusaha menghuru-harakan negara dengan demontrasi liar seharusnya dicop sebagai pengkhianat dan seharusnya dikenakan hukuman yang berat.

Dagangan RM1.3 trilion hasil pengurusan, pentadbiran cekap BN: Najib


2012/02/10
SEREMBAN: Pentadbiran dan pengurusan yang cekap Kerajaan Barisan Nasional memungkinkan perkembangan positif ekonomi negara, termasuk kejayaan mencatatkan jumlah dagangan paling tinggi, sebanyak RM1.3 trilion tahun lepas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, angka itu sekali gus bererti nilai dagangan keseluruhan negara meningkat dua kali ganda berbanding pendapatan kasar negara (GDP) yang mencatat RM560 bilion.
Pencapaian itu, katanya, meletakkan Malaysia antara negara yang paling tinggi dari segi nisbah GDP dengan nilai dagangan keseluruhan.
"Apabila ekonomi negara berkembang, hasil negara bertambah, dan bila kita urus kutipan hasil dengan baik, kita akan dapat pendapatan yang bertambah.

"Sebab itu bila saya bentang Bajet 2012, saya boleh, dengan keyakinan membantu meringankan beban rakyat," katanya pada majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik Kampung Abok dan Penyerahan Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumudin; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), Datuk Ir Idris Haron.

Najib tiba di sini pagi tadi untuk lawatan kerja sehari ke Negeri Sembilan.
Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, mengumumkan pencapaian Malaysia mencatatkan jumlah dagangan paling tinggi tahun lalu iaitu RM1.3 trilion, naik 8.7 peratus daripada 2010.

Pencapaian itu menempatkan Malaysia dalam kedudukan lima teratas dari segi perdagangan antarabangsa, selepas Singapura dan Hong Kong, melepasi Amerika Syarikat, Switzerland, Australia, Kanada dan United Kingdom.

Mustapa turut menyasarkan pertumbuhan antara lima dan enam peratus jumlah dagangan Malaysia, tahun ini.

Najib berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, perancangan induk negara harus dilihat dalam konteks yang besar dan meluas.

"Kalau tidak ada perancangan besar, negara kita bukan sahaja tidak akan maju, malah kita tidak akan mempunyai dana dan hasil yang cukup yang boleh kita agihkan dan diperturunkan kepada rakyat," katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak membuat pinjaman kewangan daripada mana-mana institusi kewangan luarm termasuk Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), untuk membiaya bantuan kerajaan, termasuk wang ehsan persekolahan, baucer buku 1Malaysia (BB1M) dan BR1M.

"Jadi, kalau ada pembangkang yang mendakwa kononnya kita pinjam daripada World Bank atau IMF, ini cerita karut, fitnah dan dongeng yang patut ditolak oleh rakyat Malaysia," kata Najib. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1