Jumaat, 17 Februari 2012

Rupanya Anwar Pejuang Keselamatan




Disebabkan Anwar ni seorang yang memperjuangkan keamanan dan kemakmuran, terutamanya keselamatan sesebuah negara, dan dalam kes ini, lebih memberikan keutamaan kepada keselamatan negara haram Israel, dia sewajarnya dipuji dan patut dilantik sebagai seorang pejuang keamanan.

Namun jangan pulak hanya mementingkan keselamatan Israel sahaja. Keselamatan Palestine dari ancaman Israel macam mana? Hari-hari dengar ada aja serangan Israel terhadap Palestine yang mengorbankan nyawa. yang ni dia tak nak ulas pulak. Kenapa..?

kalau dia ni pentingkan sangat keselamatan sesebuah negara, apa kata dia perjuangkan negara-negara yang sekarang ni tengah bergolak. Negara-negara Arab seperti Mesir, Libya dan Syria serta beberapa negara lain seperti Afganistan dan Somalia perlu juga dia beri perhatian. Negara-negara ni jadi huru-hara disebabkan anasir-anasir luar. sepatutnya, ini yang dia beri perhatian dan sentiasa cakap di mana sahaja negara yang dia pergi.

Ini tak, ribut takda, petir takda, tetiba keluar tentang isu keselamatan Israel. Adakah Anwar sangat mengetahui tentang keselamatan Israel? Adakah dia sangat arif bila Israel menerima ancaman keselamatan dari negara-negara lain? Apakah maknanya tu? Kenapa kiblatnya hanya kepada Israel? Kenapa tidak kepada Libya, yang pemimpinnya sangat berjasa namun kematiannya begitu dimalukan sekali.



Akhbar Jerusalem Post puji Anwar

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post menerusi penulisnya, Michael Ordman menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha yang dapat menjamin keselamatan negara haram itu.

Ordman yang diiktiraf pemikirannya oleh Jerusalem Post kerana prihatin terhadap teknologi bagi menjamin kelangsungan Israel berkata, beliau secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pembangkang itu.

"Dari segi politik dunia, secara peribadi saya suka dengan berita bahawa Ketua Pembangkang Malaysia mengiktiraf Israel ketika ditanya sama ada Anwar bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.

Beliau berkata demikian sebagaimana dipetik dalam entri terbarunya bertajuk We have lift-off yang ditulis pada 6 Februari lalu, di laman web Jerusalem Post, http://blogs.jpost.com.

Ini bukan kali pertama 'lidah' Israel itu memuji Anwar kerana pada 20 Mac 2008, akhbar sama menerusi rencana bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?' turut menyanjung Ketua Pembangkang tersebut.

Pada 26 Januari lalu, akhbar The Wall Street Journal menyiarkan kenyataan kontroversi Anwar yang menyokong keselamatan Israel apabila berkata: "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel."

Kenyataan itu mendapat kecaman pelbagai pihak tetapi Anwar menegaskan pendirian tersebut dibuat berdasarkan penyelesaian dua negara dalam isu Israel-Palestin, konsep yang ditentang Pas dan majoriti umat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1