Isnin, 6 Februari 2012

Nasib Ulama PAS

Orang PAS baru tahu. dari awal lagi belang PKR dan DAP dah jelas. Dua parti ni mana nak iktiraf PAS. Dua pari ni hanya anggap PAS ni macam penumpang. Tak bagi faedah pun pada PKR dan DAP. Tapi ada yang dua parti ni nak. Sokongan orang-orang PAS. Tu sebab lah dua parti ni nak bermuka-muka. konon inilah, konon itulah pada PAS. wal hal sebaliknya. PAS hanyalah jadi tunggangan dua parti ni takluk PUTRAJAYA.

kini isu Azizan pulak. MO nya dah jelas. singkirkan golongan ulama sebelum PRU13 agar PAS hanya ikut je kata DAP dan PKR. Tanpa golongan ulama yang selama ini jadi tunjang PAS, maka senanglah PAS dikawal oleh ketua pakatan. itu sebablah, kenapa terlalu banyak serangan terhadap Azizan walhal dia orang ni dari kelompok yang sama.


Konspirasi cuba singkir Azizan
Oleh Nahar Tajri
nahar@bharian.com.my
2012/02/06
Pemimpin, ahli PKR dalang penyebaran isu cuba jejas imej MB Kedah

ALOR SETAR: Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dipercayai terbabit dalam usaha halus untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan sengaja membangkitkan pelbagai isu untuk menjejaskan imej beliau menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Sumber dalaman PAS berkata, usaha halus itu mula digerakkan secara aktif sejak beberapa bulan lalu untuk menyingkirkan Azizan jika pembangkang kembali menguasai Kedah selepas PRU-13.
Berikutan itu, ahli PAS peringkat pimpinan pertengahan dan bawahan negeri kini bertekad untuk mempertahankan kedudukan Azizan dan menuntut semula semua kerusi PKR yang bermasalah lompat parti bagi diserahkan kembali kepada PAS.

“Walaupun tidak membabitkan PKR Kedah secara keseluruhan, namun perbuatan segelintir mereka dibimbangi mampu merencatkan usaha pembangkang untuk kekal memerintah Kedah selepas pilihan raya umum akan datang.

“Apa yang dikesalkan beberapa orang dari PKR, termasuk di peringkat kepemimpinan negeri didapati mula tersalah arah dan bersikap oportunis untuk mencari populariti.

“Perbuatan ini mungkin menguntungkan mereka secara peribadi namun tidak kepada pembangkang.
“Mereka harus fokus untuk menghadapi pilihan raya secara bersama dan bukan dengan menyerang Azizan hingga melemahkan pembangkang,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, PAS bagaimanapun masih percaya bahawa perpaduan antara PKR dan DAP adalah kunci kepada kejayaan pada pilihan raya akan datang, namun tidak mustahil mengambil tindakan yang lebih agresif jika kegiatan golongan itu menular dan menjejaskan perpaduan pembangkang.

“Jika ia berterusan, ahli kita di peringkat pertengahan dan bawahan akan mendesak semua kerusi PKR yang lompat parti diserahkan semula kepada PAS,” katanya.

Kelmarin, UMNO Kedah menyifatkan suasana semasa politik negeri memberi gambaran jelas bahawa kedudukan Azizan semakin goyah berikutan wujud usaha dalaman menjejaskan imejnya dan menggantikan dengan tokoh lain menjelang pilihan raya akan datang.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata berdasarkan isu dan maklumat yang diketahuinya ketika ini menunjukkan usaha menyingkirkan Azizan semakin jelas dan ia didalangi beberapa pimpinan dalaman pembangkang sendiri.

Beliau berkata, tindakan beberapa pemimpin PAS dan PKR yang mempertikaikan tindakan Azizan berhubung isu penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN), menunjukkan bahawa pembangkang itu hanya mengutamakan politik, tanpa berusaha memahami tindakan Azizan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1