Sabtu, 18 Februari 2012

Sokong Anwar



setelah PAS bagi ingatan pada ketua pembangkang negara Malaysia, agar tarik balik kenyataan atau saman WSJ jika kenyataannya diputarbelitkan, namun apa kata Anwar. Ketua Umum PKR tu tetap dengan kata-katanya. Kalau begitu, Anwar secara rasmi mengakui dan mengiktiraf kewujudan negara haram Israel wal hal hampir keseluruhan negara Islam tidak mengiktirafnya.

Kenapa Anwar tak perjuangkan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestine ekoran tindakan kejam regim Zionis. Apa kah kita perlu jadi macam Nik Aziz dan hanya kata: Itu tak apa, dia punya pasal. Takadakah kecaman terhadap Anwar selari dengan pendirian PAS yang menganggap negara Israel itu haram. Apakah PAS hanya lepas tangan dengan isu ini walhal PAS sebumbung dengan PKR dalam pakatan. Sementelahan pula, Anwar sebagai leader Pakatan Rakyat.

Apakah nanti, jika ditakdirkan PR memerintah Malaysia, dan Anwar mengiktiraf Israel, PAS akan menyetujuinya juga. Nampaknya, semakin hari PAS semakin hilang arah tujuan.

Itu dia punya pasal – Nik Aziz

KOTA BHARU 17 Feb. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1