Selasa, 22 November 2011

zee avi

mungkin, rata-rata kita semua tak tahu siapa zee avi. artis yang dilahirkan melalui youtube ini telah merakamkan lagu di us. setelah program realiti semakin kurang memberi impak dan AF pun dah tutup kilang, satu-satunya cara menunjukkan bakat dan kehebatan ialah melalui youtube. buktinya, zee avi ni. terdahulu yuna dan terkini najwa latif. selepas ni, akan banyak lagi yang lahir melalui youtube....

lebih lanjut klik sini



Zee Avi adakan konsert di negeri kelahiran
22/11/2011 1:28pm

KUCHING – Penyanyi dan penulis lirik kelahiran Sarawak Zee Avi, salah seorang rekording artis Malaysia yang paling berjaya di luar negara baru-baru ini, kembali ke kampung halaman, Kuching sebagai sebahagian daripada jelajah konsertnya.

Zee, 25, akan membuat persembahan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Petra Jaya di sini Sabtu ini sempena dengan keluaran album sophomore,

“Ghostbird”, yang memaparkan kematangan muzik dan keselesaan beliau sebagai seorang artis yang unggul.

Zee mula menulis lirik Ghostbird atau “Burung Hantu” dalam bahasa Malaysia di dapur rumahnya, Brooklyn pada musim panas lepas, ini diteruskan “Balmy Waters” di Florida Evergladess.

Tiket berharga RM78 (dijual awal), RM98 (di pintu masuk), RM158 (perdana) boleh diperoleh menerusi www.airasiaredtix.com.or www.livescape.asia - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Blogger 1

bmf

bmf